The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, December 29, 2009

Mak dah balik...

Alhamdulillah, dengan izin ALLAH SWT... mak, ngah dan abngah selamat landing di KLIA dr Tanah Suci Mekah selepas 55 hari mengerjakan Haji. Mereka landed dalam kul 330pm, awal dari jadual asal iaitu jam 400pm... Alhamdulillah, elok2 kami sampai di KLIA, diorg blum kuar dari balai ketibaan tu. Nampak ramai jemaah dah kuar sikit demi sikit... tapi bayang ngah, mak or abngah tak namapk2 lagi... kami plak tak sabar2 dah... hehehehe...

Yang g ke KLIA untuk menjemput tuh terdiri dari De, Ri, Jali & Kak D, Kamar, Yip & Kak Salha, kon, Tot, anak2 ngah, pali.... Kami naik 4 biji keta, konvoi dari umah zura. hehehee... memang tak sabar2 rasanya masa on the way nak g jemput tuh.. huhuuhuuu... Sabar jelah....

Duk tunggu lama jugak, last2 bila org dag berkurangan baru le nampak kelibat mak, ngah n abgngah ni... rupernyer diorg solat sunat dulu kat surau.... Sekali nampak tolak troli penuh dgn beg2 besar dan juga kotak... sabau jelah... ngerjakan haji ke shoping ni.. wallahualam... hehehee... tak kisah asalkan dah selamat sampai.... ALHAMDULILLAH......

Lepas dah jemput, kami g umah zura untuk makan2 dulu baru lah bertolak ke bentong beramai2... best tuh, konvoi lagik... huahauuahaua.... Makan malam pulak kami mintak catering yg masak... lauk mmg best... tahap makan tak hengatnyer!!! hehehehe.... kerabu pucuk paku n kerang tu la yg wat leleh tuh.... pergghhh... Shetap....

Tuesday, December 22, 2009

Congratulation

Tahniah kepada Puan Noor Ilyana bt Palahuddin dan suami diatas kelahiran baby pertama iaitu baby GIRL pada 21 december 2009, jam 4.59am di Hospital Putrajaya. Alhamdulillah sumenya sihat dan selamat ye..

Semoga menjadi Ibu Bapa yang mithali yang akan mendidik anak menjadi anak yang solehah.. InsyaALLAH... Semoga ALLAH SWT memberkati hidup kalian bersama keluarga.

Tahniah sekali lagi...

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Boleh!!!

Yeyeyeee.... After 20 years waiting, team bolasepak Malaysia Menang Gold Medal Sukan SEA kali ni.... Malaysia lawan Vietnam.... kita menang 1-0... OK la tuh..... Aku tengok dari start minit pertama sampai le minit ke 96... huhuhhuuu... game mula slow skit tapi second half nampak ok baru best tgk... tapi tak seenjoy tgk bola EPL... pantas dan kemas... apapun Malaysia dah menang so bangga la jugak.... I'm Proud to be Malaysian. Kalau kita sdri sebagai Rakyat Malaysia tak sokong team negara sdri, sape lagi nak sokong kan.... Masa acara penyampaian medal dan lagu Negaraku dimainkan aku sebak gak... perghh... Negara aku menang.....
Moral support dari rakyat Malaysia tu penting... Kalau kita tgk bolasepak EPL, diorg nyer supporters mmg happening dan support abisan... walaupun team diorang kalah, standing ovation tetap diberikan sbagai tanda sokongan mereka yg tak berbelah bagi.... Bleh ke kita Rakyat Malaysia jadi begitu... ??? persoalan ini, kita fikir sdri la kan.... Tapi tak dinafikan sometimes kita pun fed-up dgn prestasi team Malaysia yang tak konsisten... kojap menang kojap kalah... aper ke halnye yop.... tu sape perlu jawab..... ??? haaaa....
Kita ni kat Malaysia bukan takde players yg bagus... ramai tapi maybe kurang pendedahan yang sewajarnya dan peluang yang kurang... Ye ke?? Wallahualam.... Nak cari yang betul2 minat main bola dan berimpian tinggi untuk membawa team Malaysia ke World cup ke.... susahnya lah.. sebab nampak macam sume main nak cari popular dan harta je... mmg la perlu tapi kena selarikan la.... Now, banyak players dan juga coach yg kadang2 lebih pentingkan team negeri dari team negara... tak Patriotik la camtu... pastu sumenya politik belaka bila dapat pegang position dalam management. Bukannya nak upgrade industri sukan negara... sume nak kumpul harta sdri je.. haiii.... tak cukup2 agaknya.... takpela... mari la kita sama2 fikirkan camne nak tingkatkan prestasi industri sukan negara kita ni....
Apapun aku bangga dengan kejayaan pasukan Malaysia dalam sume acara di sukan SEA kali ni... hope nanti kat Sukan ASIA kita akan improvekan prestasi dan seterusnya tambahkan medal2 di sukan Olimpik... kata keramat ni mmg sometime berhantu juga pada aku....
MALAYSIA BOLEH.........

Thursday, December 10, 2009

Nami ooo Nami.....

Wednesday, December 9, 2009

Today is...

Today is 9th December 2009... today is Wednesday... huh... rasa boring plak... why?? Donno.... coz takde keje agaknya or mood holiday dah mari.... This coming Friday adalah hari cuti untuk Negeri Selangor coz Hari Keputeraan Sultan Selangor. So aku plan untuk balik kampung esok lepas keje... yeyeyeee... pastu nak ajak nami g joging kat taman la... huhuhuuuu.... aktiviti yang semestinya nami nak ikut sgt... coz dia suka nak g taman tuh...

Ermm... aku ni boring benda lain ni.... maybe i'm doing the same thing kot so i need a variety tapi mmg aku wat keje pun macam2 la... wahhh... this is serious matter nih.. kena cari balik semangat nih... maybe i need a break!! Takpe la.. 3 minggu berturut2 ni akan aku nikmati betul2 hari cuti tuh....

Hal perkahwinan... lagi 10 bulan tu nak prepare apa yang patut.. i'm lil bit confused whether nak sewa baju sanding ke or tak perlu, juz wearing baju aku nikah tu and kalau pandai aku 'renovate' penampilan aku nnt mybe ok kan....so bleh la nampak different tu... Erm, pening gak... ikutkan mmg la senang sewa je tapi rasa macam membazior je... guano erk!!! Aku ada idea nak buat pelamin tapi takut tak sempat je... lagipun sape nak buat.... huhhuuu... td call supplier aku yg ada buat pelamin ni.. estimation cost nak buat pelamin dengan bunga segar... RM1k... perghh...gilak!! Membazior betul la.... baik aku guna duit tu g honeymoon ke kan... ada baiknya gak... eishh... mmg la kawin sekali tapi benda tak perlu elok la jangan membazir.. kan..kan..kan....

La ni dok list kan barang yang perlu beli awal2.. nnt takde la aku jadi huru hara.. last minutes nak beli kompom2 aku stress nnt... Dah le bz dengan koje...huh... hope sumenya dipermudahkan sebaiknya... InsyaALLAH, Amin...

Ya ALLAH Ya Tuhanku, Kau murahkan lah rejeki kami, mudahkan lah urusan kami dan berkati lah diri kami. Amin...

Monday, December 7, 2009

Stressed weekend

Last week adalah hari yang amat bz bg diri aku... minggu lepas bermula nyer 1 event iaitu Training with UN -Habitat... participant nya adalah terdiri daripada foreigner dan juga local. Pelbagai peel yang harus di hadapi oleh staf2 sume dengan peel masing2. Aku telah diamanahkan untuk menguruskan hal2 yang berkaitan dengan transportation untuk menjemput pserta dari KLIA ke UIA. Dan juga transportation utk harian selama seminggu. Pelbagai perkara terjadi yang membuatkan aku sesekali kehilangan kesabaran ku.

Tapi as usual aku tak bleh nak marah sebab aku tak pandai menengking dan kurang ajar dgn org.. lain la jika orang tu kurang ajar dgn diri aku tp aku masih mempunyai cara untuk menghadapi orang begitu. Tak perlu aku bersikap kurang ajar tapi dengan cara berhemah aku menjawab setiap pertanyaan dan segalanya. Adakah itu satu sifat yang bagus atau pun tidak... Wallahualam... aku tak tau... sebab semakin aku begitu semakin orang memijak kepala aku.... tapi yang pasti itu adalah sifat yg terpuji bagi diri aku yang ALLAH kurniakan.. selagi aku boleh bersabar insyaALLAH aku akan bersabar.....

Last week juga aku membawa peserta training pergi melawat JAWHAR dan Muzium FELDA... agak interesting jugak... Aku suka dan tak kisah untuk membawa sesapa saje untuk pergi melawat ke tempat2 yang menarik dan bertemu dengan orang2 yang berjawatan kerana aku suka coz bleh simply2 melawat ke tempat yg kita tak boleh masuk dan memberi knowledge pada diri aku. Best!!! Thanks to my boss coz bagi peluang utk aku manage hal2 tu sume.

Stressful weekend betul last week tuh... tp Alhamdulillah sume dapat di manage dengan baik oleh sume staf2 kat opis ni.. thanks to all coz helping me in many ways....

Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha1430H

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah .

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama.
Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

[i]Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah . Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.
Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah . Wallahualam.....

Monday, November 16, 2009

Semalam dan Akan Datang...

Semalam, aku dapat SMS dari abg aku.... dia forwardkan SMS akak aku dari Mekah. Katanya Mak aku kekurangan air so terpaksa masuk air (Drip) coz kat sana cuaca yang agak panasnya. Sekarang mak terpaksa rest kat room dia dulu.... akak aku kata jgn riso, mak dah ok... so doa2kan yang terbaik mereka di sana.. insyaALLAH, aku selalu mendoakan mereka.

Terasa rindukan mak plak.... aku ni jenis sayangkan orang takde menunjuk sangat cume kalau org dapat trace dari cara tindakan aku. Kalau nak tgu kata2 tu mmg lambat skit la.... hehehheee... LAmbat lg la mak n ngah nak balik... they all akan balik on 25th December nnt... Huh, sebulan lagi.... lama tuh.... huhuhuuu....

Pejam celik kejap je nnt... dah smpi bulan Dec... camtu juga aku rasa... tinggal lagi 11 bulan je lg utk aku prepare majlis pernikahan ku nnt.. Apa yg aku dah bleh mula, aku dah mulakan... cthnya design kad dah ada, supplier pun dah dpt... brg2 hantaran nnt aku nak cari so skrg tgh kumpul duit nak bli brg2 ni sume... bior cepat snang skit, bleh fikir hal lain plak... Idea utk hantaran pun dah ada.... lauk pauk, pelamin, baju2 sume in progress..... semoga ALLAH permudahkan segalanya utk majlis aku nnt... huhhuhuuu.... Ameennnn...

Thursday, November 12, 2009

Jiwa aku...

Sepanjang pemergian mak ku ke Mekah... aku berulang alik dari bentong ke KL coz menjaga anak2 buah ku yg mak abah nya pun g ke Mekah juga. Seminggu aku berulang alik sama dengan Kaklong.. anak sulong kakak aku.... Aku memikirkan keadaan dema coz minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah, sume OK... berjalan lancar.. sapa yg antar g skolah...sapa yang jemput balik skolah... sume setel....

Selama seminggu aku stay kat bentong, aku hepi coz duk umah sdri kan... rasa tak stress or tensen langsung.... relax je.. Aman je... erm.. jiwa kampung kan mesti nak suasana kampung jugak... tapi nak buat camne dah rejekinya di bandar... Rasa mcm nak balik kampung je..keje kat kampung... Sejak dari peristiwa kesediahan aku bermula dulu lagi aku memang nak sangat balik kampung tapi hati ni berat sangat la.. tak tau kenapa....

Stay kat bentong best tapi yang aku tak tahan adalah tol.... perghh.. pergi balik sehari RM16 hinggit... mana tahan.... abis duit gaji ke situ je la.... sebab kan hal tu la aku tahan je stay kat KL ni... bagi aku KL ni sesak, rimas..... stress memanjang... fuhhh.... Stay kat KL ni mmg membuatkan aku stress tentang duit... tak penah rasa cukup...pasti ada je yang tak cukup....kenapa ye.. tak berkat ke rejeki aku nih... nak kata tak bagi mak..aku bagi.... ikut mampu aku la.... Dulu, aku bleh tolong orang lain dari segi kewangan... skrang ni sapa pun takde nak tolong aku.. bukan nak tanya khabar, amik tau hal aku pun takde agaknya... tu ke kengkawan... ntah le... masing2 punya peel....

Aku ni nak kawin nnt, kewangan pun tak brape best lagi. kekadang fikir stress juga.... Rasa macam bodoh sgt coz tak saving duit dulu.... sebenarnya ada banyak..... alhamdulillah la.... tapi abiskan sbb apa.... takyah citer la... salah sdri.... Padan Muka aku... orang yang aku tolong dulu pun sume dah senang lenang kehidupannya.... Dah bahagia pun dema..... Alhamdulillah, aku tumpang gembira... tumpang je la.. hehehhee...

Dulu, aku bercita2.... kalau aku dah berkahwin, aku nak benti keje jadi surirumah tangga... bleh jaga anak, suami dan rumah. Kalau nak keje pun mybe keje sdri2 kat umah... Mybe aku dah fed up nak keje... busan keje dgn org, letih dgr perintah org, penat melayan kerenah org.... Hmm... berharap sgt bleh la aku jadi ibu mithali seperti mana ibu membesarkan anak2nya sdri dgn kaki tangannya sdri. Tapi bukan rejeki aku.... aku tetap kena keje juga utk menolong keluarga yang bakal aku bina nnt. Aku bukan macam pompuan ain yang suka berkerja dalam keadaan yg cantik, jaga imej, penampilan... aku suka keje yg outdoor.... berdampingan dgn alam... sbb tu sume memberi ketenangan pada aku... melihat kebesaran ALLAH TAALA.... Impian aku adalah utk membuka kandang kambing... jadi usahawanita aka Petani moden.... Aku nak balik kampung..... bleh ke.... Dalam keadaan camni bleh ke aku resign dan balik kampung... NTAH le....

Wednesday, November 4, 2009

Hajj 2009 - Keluarga ku



Pada 31hb Oktober yang lepas, Alhamdulillah... Emak ku, kakak ku dan abang ipar ku selamat pergi mengerjakan ibadah Haji tahun ni. Pada hari tu kami sekeluarga mengantar mereka di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Kami konvoi ramai2... Ramainya orang masa tu mengantar ahli keluarga masing2.

Masa di kompleks tu pelbagai perasaan menerjah hati aku tapi yang pasti aku gembira sebab ahli keluargaku pergi untuk menunaikan rukun islam yang ke 5. Sedih sebab nnt tak jumpa lama.... huhuhuu...

Yang pergi mengantar adalah Embong, De, Ri, Jali, Yip, Zura, Aku dan Citot... bahkan keluarga tunanganku pun ada sama. Terima Kasih kerana sanggup bersama kami tgu kat situ.. Lama pulak tu, sian mama dan Abah ye.... Aku mendoakan semoga para jemaah haji termasuk family aku selamat sampai dan pulang dan dapat menikmati haji yg mabrur... InsyaALLAH, Ameen....

Tuesday, October 20, 2009

BTHO Open house

Last weekend all my family datang ke KL utk menghadiri majlis open house setiap beradik kami yg stay kat KL ni... so mak dan beradik kami yang kat Bentong akan konvoi ke KL. Sebelum tu hari sabtu aku g jemput mak kat bentong then gerak lepas zohor ke umah de kat ampang.... Lepak2 dan makan2 dulu sambil tgu yg lain sampai..... Actually, plan kami ptg sabtu tu adalah beraya ke Klang.. ke umah bakal mertua ku. Orang dah ajak so rasa tak elok untuk tolak kan... Kami g beramai2 dalam 4 keta... Gerak lepas asar dalam kul 5pm then smpi klang kul 645pm coz asyik sesat dan terlajak simpang la.. hhehehe... Ye la kan, tempat tak penah pegi so mmg la tak tau dan tak familiar. Alhamdulillah, at last kami sampai jugak. .. Terima kasih kepada mama dan abah kerana sambutan dan menu yang menarik... Laksa dan nasi impit kuah kacang...... Sedap hingga menjilat jari tapi sayang.... on that day aku kurang sihat, perut tak selesa dan kepala ku pening.... Thanks ayang coz bagi minyak cap kapak dan panadol.

Keesokan hari nya plak, akak aku buat open house utk family... so org bentong dtg hari ahad dan pit stop yg pertama adalah umah de aku d ampang... pastu baru ke umah ueya kat suasana ni.... Aku yg sedang lena diulit mimpi terima call dari tunanganku, depa sefamily nak mai umah beraya.... aku pun terus bangun mandi... Ueya suh aku g bli kek coz nnt ada besday celebration tuk family members aku yg lahir pada bulan Oktober. bli topi dan belon utk decoration umah. Kul 12 lebih my bakal mertua datang... duk borak2 dan makan2.... aku plak tak sempat nak layan... bz kat dapur je lah. Lagipun takpela, dema syiok melayan borak dengan mak aku dan maklang aku so takmo le ganggu kan.... Menu kat umah ueya ni nasi beriani kambing... Abg Sudin aku yang masak.... pergghhh.....

Lepas je potong2 kek dan makan kek, kami bergerak ke umah My bro... kat taman sebelah je... hehehee.... menu kat sana adalah steamboat....pergghhh.... best!!! Akak Ipar aku Kak Nisa ni mmg pakar masak.... sodap2 sumenya.... kalau duk umah dia mmg gemuk la.... hehehehee... makan mmg tak hengat.. brape kali tambah.... dah kenyang duk lepak2 jap... sementara tgu abg aku sorg lagi prepare kat umah dia plak.....

Bila dah dpt greenlight dr umah abg Jali aku kat suadamai, kami pun bergerombolan ke sana... menu kat situ adalah sate kajang.... perut hari ni mmg kembung la.... sendat dah rasanya...tp nyekik tetap nyekik..... makan brape cucuk ntah le.... sambil makan, sambil borak dan sambil tgk tv.... dah kul 615, my mak dan beradik yg lain nak balik ke bentong dah.... abis le aktiviti weekend kami ni. Masing2 mula beransur2 pulang ke umah. Aku lak antar adik aku ke USIM kat nilai.... tak berani aku nak biorkan adik aku tu balik sorg2... kalau ada kengkawan ramai takpe.... kalau sorg2 aku lebih rela antar dia.... biorle aku letih ke pening ke sakit ke.... tu je lah sorg adik yg aku ada....

Ni aku ada skit gambar2 yg dpt di 'snap' kan on that day....









Thursday, October 15, 2009

Nana Balik ke Mesir

Hari Isnin yang lepas.. 12th Oktober, anak sedara aku AINUL FARHANA .... akan balik ke Mesir setelah bercuti lama sejak dari bulan 6 hari tu. Dia belajar di Mesir dah 5 6 tahun la kot. Aku tak hengat dah. So Isnin lepas kami pegi ke KLIA untuk menghantar dia balik ke Mesir. Kali ni balik tak tau lagi brape tahun akan berjumpa dgn dia... Maybe for another 5 years kot. Hope aku kawin nnt balik dema sume....


Inilah dia rupa Nana....


Nana diapit kedua akak aku... Mektam dan Ummi nyer....


Saat perlepasan...dah nak boarding dah....


Antara orang2 yang menghantar ke KLIA...


E'eh....tunang aku pun ada.... Thanks for joining ye.....

Monday, October 12, 2009

Diri ku dan Diri mu bakal bersatu...

Semoga ALLAH TA'ALA memberkati perhubungan kami ini dan memberi kebahagiaan yang kekal hingga ke akhir hayat kami berdua jua kepada kedua keluarga kami.... Amin....Amin... Yarabbal Alamin....



Wednesday, October 7, 2009

Foto Pertunangan ku




























Pertunanganku

Pada tanggal 4hb oktober 2009 bersamaan 15hb syawal 1430H jam 1.00 tengahari aku sah menjadi tunangan kepada Mohd Shaffri. Alhamdulillah sumenya dipermudahakan dan majlis berjalan lancar hari tu. Syukur aku kepada ALLAH.... semoga majlis kami itu diberkati olehNYA.

Aku berkenalan dengan tunanganku pada 7th Januari 2009 semasa aku service kereta di COE Shah Alam.. kami berjumap tanpa disangka dan tanpa sepatah ayat pun... namun semua ketentuan ALLAH kami berjumpa pada hari tu dan seterusnya memanjang kan perkenalan itu melalui Chatting di YM... Mula2, aku tak endah pun ttg dia tapi tergerak hati aku untuk menyiasat sapa pemilik kenderaan proton saga kaler silver berbodykit Airmaster dan bersport rim hitam ring aloi... mula2 chat ttg keta dan seterusnya kepada peribadi... last2 camne bleh sangkut pun tak tau... hehehehee....

Lama kelamaan, perasaan tu bertukar menjadi lebih2 plak... on 1st Mac 2009 bermula la segalanya apabila tunanganku berjumpa dengan ahli keluargaku di bentong.... sume tu berlaku dgn begitu pantas.... kelamaan aku melihat kesungguhan dan keikhlasan hatinya menerima diri ku.... Dan doa ku hanyalah ingin mancari seseorg yg dapat menerima diriku dan menyayangi diri ku serta ahli keluarga ku seikhlasnya... itu sudah cukup untuk dia mendapat dan menambat hati ku.

Seterusnya pada 5th July 2009, tunangan ku membawa ahli keluarganya berjumpa dengan sume ahli keluargaku... Alhamdulillah semuanya berlangsung dalam suasana kekeluargaan. Respond dari kedua2 pihak terhadap diri dan keluarga masing cukup positif dan memberi kekuatan kepada kami untuk teruskan hubungan suci ini.... bermula detik 6th July itu la segalanya bermula.. planning utk menyunting diri ku diluahkan oleh tunanganku.... sejak dari itu kami mula membuat perancangan dan persiapan sehingga pada 4th oktober 2009 ianya termakbul.

Aku rasa hepi dan bersyukur, semoga hubungan kami ini kekal abadi hingga ke akhir hayat kami. Amin... banyak perkara yag terjadi sebelum majlis kami ini disempurnakan. Selepas tarikh tu dipersetujui... 2 minggu sebelum majlis, kami dapat berita bahawa mak, ngah dan abgngah aku kena pegi kursus perdana Haji... kursus ni utk mereka2 yang akan ke Haji tahun ni.... Kursus itu berlangsung pada hari yg aku bertunang tu plak..... jemputan dan wakil dah dijemput. Telah berlaku sedikit konfrontasi antara aku dan dia tp alhamdulillah kami dapat bertolak ansur dgn keadaan masing2. Semua tu mematangkan diri kami... dah lebih membuatkan kami melihat dan memahami keadaan masing2....

Majlis kami tu berjaya dan diadakan dengan meriahnya... semua beradik aku ader on that day... tu yg lebih membahagiakan aku... Semua ahli kelaurga aku adalah org kuat majlis aku ni... dr mak, beradik aku, anak2 sedara aku yg kecik dan besar...... Aku amat bahagia mempunyai keluargaku ini.... Terima KAsih..... I love u all....

Kepada tunangan ku.... Semoga hubungan kita ini berkekalan, diberkati dan hidup penuh dengan kasih dan sayang.... jangan curang ok... hhehheee.... Bersama2 la kita menghadapi liku2 kehidupan ini dengan tabah dan redha ye.... Thanks for everything Ayang.... I love u... (kkeekkee.... akak aku mesti nak muntah baca nih...!!!)



Friday, October 2, 2009

Raya kelima (24/09/2009 - Khamis)

Raya hari kelima, kami beraya ke umah Family Kak Salha kat Lanchang...


Posing dulu bila baru smpai.. kami konvoi ke lanchang... 3 biji keta... keta ueya, keta ngah dan keta sport aku....


Ejat menyatat nami....


Ader je peel sorg2 anak2 sedara aku ni...


Ni aku le... posing sdri, amik gambar sdri.... kekekeke...


Anak2 buah aku... ALiah, fawwaz dan ejah.... Macam cicak je aku tengok si ejah ni... hehehhee...


Masing2 ralik tgk tv citer aper ntah....


posing lagi...


Borak2 lepas abis makan.....

Malam selepas balik dr Lanchang... bebudak ni main saki baki bunga api yg ada.....


Berkotak2 aku bli dan juga pemberian aunty2 yg lain.... rasa tak meriah kalau takde bunga api nih...


Beria sguh amir main ...... si abg2 plak ntah aper strategi main bunga api tu...


Nami pun sibuk....


Pandai ke idak main bunga api tu....


Ibu2 dan bapa2 plak duk berehat depan setelah seharian berjalan... kekekeke.... masa ni aku tgh bz deco...deco....deco....hantaran pertunangan aku nnt.... hehehehee.... dah nak bertunang dah aku....moga2 panjang lah jodoh ni ye... insyaALLAH...aminnnn.....

RAya Keempat (23/09/2009 - Wednesday)

Raya hari keempat kami sume sepakat beraya ke Raub....


Masa ni drive nak beraya ke Raub, ada 4 destinasi yg bakal di tuju. Kami ke umah Pakwe abg sudin, Umah Makwi, umah opah Amir dan umah pakteh....


Kat umah Pakwe Abg Sudin kat Kampung Pamah Kulat....


Makan kuih2 je...aku makan lemang 2 3 ketul coz lapar tak sarapan dan rendang dia sedap banget....


Yang pakai Tshirt tu Makwe Abg Sudin.... bukan makwe (Awek) tp mak sedara pangkat dia We...so jadi le makwe...


Ni umah Opah Amir lak... makan nasi kat sini... masa kat umah makwi lupa plak nak capture gambar...


Nana.... lepas ni nak balik Mesir plak... ntah brape tahun lg nak balik ke mesia ni.....


Nami dpt duit raya dr paklang nyer....


Pening kepala nami coz banyak sgt dpt duit raya.....


Inilah Daddy Nami... iaitu abg aku... Yip....

Raya Ketiga (22/09/2009 - Tuesday)

Raya ketiga g beraya umah ngah.....


Sampai2 je terus ke meja makan... menu specil ngah setip atahun yg di tunggu2 kami adalah SOTO..... perggghhh..... aku makan tak hengat....


Aku amik gambar sdri sbb takde org nak amikkan gambar aku.... coz depa bz makan.....kekekkeke...


Sambil makan sambil borak... sambil borak sambil tangan menyuap ke mulut.... sampai bila2 pun tak abis borak dan makan....


Nadhirah, ejah dan fawwaz..... inilah yg dikatakan seni fotografi.... kunun la....


Dah kenyang makan berat kat meja utama.... sambung la makan ringan2 kat meja ruang tamu.... hehehhhee....