The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, July 26, 2010

Maher Zain




Friday, July 23, 2010

Pulau Ketam @ Crab Island

Dimanakah Pulau Ketam??? ermm... actually dekat je di Klang... dekat2 dan ke arah Pelabuhan Klang. Kenapa Pulau Ketam isu hari ini kerana last week, itulah destinasi percutian aku bersama Hubby dan familyku yg tersayang. Holiday kali ini Abangah aku yang ajak semua, actually plan nak pegi masa selepas kenduri Kahwin aku di Klang tapi kerana terlalu ramai yang konvoi so plan itu di postponed ke minggu depannya. So dapatlah aku dan hubby aku joint the club... hehehehee....

Permulaannya memang tertanya2 kat mana Pulau Ketam ni dan apa aktiviti yang ada kat sana? Tengok dalam web takde banyak info tentang Pulau Ketam ini. Kalau ada pun hanyalah sebuah perkampungan cina. Agak risau juga.. tapi apa yang penting aku dapat spend time with all my family. Aku gi sana pada 17th July - 18th July (2 days). Kami pakat berkumpul di RnR awan besar jam 11am, kami lah peserta paling awal... hehehee....excited tuh nak g jenjalan. Setelah sume korum cukup so kami gerak ke Jeti Pulau Ketam kul 11 lebih. Korum yang g adalah family Embong, family Ngah, family Ri, family Kama, family Zura, me & Hubby, mak dan ciktot. maybe dalam 20 org gitu la...

Kat jeti, member Abangah dah tunggu untuk ke pulau tu, sekali tengok naik speed boat... wahhh..... aku suker.... mencabar tuh!!! Bayangkan dalam lebih 20 orang naik speed boat so sume rasa suspen... tp best dan excited.... Naik boat lebih kurang amik masa 30min la.. panorama sepanjang perjalanan naik bot memang syiok.. nampak hutan bakau, kapal kontena berlabuh, boat2 kecil etc.... sampai ke tempat yang dituju tu sebuah jeti persendirian di perkampungan cina. Pelik jugak sbb sume cina... cina tu pun pelik tgk kami ni agaknya. Melayu dari mana la nih... kekekkeee... Perkampungan kat situ sume atas air, syiok wooo..... smpai terus chek in kat lodge.... nak ke lodge tu kena lalu tepi2 rumah orang... Lodge tu ada 7 bilik so cop la room masing2...

Yang menarik disini adalah transportation utama masyarakat disini adalah BASIKAL so kami yang jakun ni macam orang tak penah jumpa basikal, mengayuh kesana ke sini... yang seronok mestilah bebudak... tapi tak kira budak kecik or dewasa sume mcm tak penah naik basikal, kelakar giler...

Aktiviti di Pulau Ketam

Aktiviti yang ada disini yang kami lakukan adalah memancing, tengok boat, lepak tepi jeti, tengok nelayan naikkan ikan n udang, berbasikal dan berjalan ke pekan. Best la sebab new experience for us untuk holiday kali ni. Selalu lepak2 makan2 tepi pantai, shoping2... kali ni tidak... juz abih kan masa lepak dan berjalan2 melihat kehidupan masyarakat lain... serta memancing... syiok wooo bila dapat ikan nih....

I think this is the best honeymoon i've ever had... no need something romantic but the most important is the quality time that i spend with my beloved hubby and my precious family. Maybe the best honeymoon could be the family day on this 31st.... maybe.... kita tungguuuuu....

Foto @ Pulau Ketam:-







RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah".


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.



Credit to : Kapt Hapidi bin Hussin

http://maf.mod.gov.my/masjid%20page/Rahsia%20Jumaat.htm


Tuesday, July 20, 2010

Perkahwinan ku - 4th July 2010


Masa malam berinai, aku memakai baju songket mak yang dah dismpan oleh mak selama lebih 20 tahun... masih elok lagi... kualiti kain dolu2 mmg bagus.....

Masa akad nikah... hanya dengan sekali lafaz je lelaki ini telah menjadi suami ku yang sah... inilah dia MOHD SHAFFRI BIN MOHD AZAMI...

Menunggu ketibaan suamiku untuk bersanding diatas pelamin yang indah... kekekkekee.... Baju sanding ini adalah rekaan dan dijahit oleh sepupu ku Roziana. Thanks Ana...sume kata baju cantik... huahahahua....

Ketibaan suamiku disambut dengan paluan kompang.... alahai bagai pinang dibelah 2 lah... hehehhe..... orang kata sama cantik sama padan.. mudahan2... Alhamdulillah.... Kaler tema di bentong adalah Hitam dan putih...

Masa di rumah klang, balik awal untuk menghadiri majlis Aqiqah anak buah suami ku....


Persandingan ku di rumah suami ku di Klang pakai kaler merah putih.... hehehhee... org kata lawa dan seksi bajunyer...

Kehidupan selepas berkahwin

Apakah kehidupan selepas berkahwin??? Adakah berubah? Adakah sama je? Adakah takde berubah langsung???

Erm.. its depend pada cara org yg mencorakkan life tu sdri... If dia berkehendakkan life tu sama as single... sama je la rasanya... If dia rasa nakkan pembaharuan then dia akan merasai the new life tuh.... If dia mau certain berubah mengikut kehendaknya maka itulah yang dia dapat....

Pada aku... ada perbezaan skit kehidupan selepas kahwin dan masa bujang dulu. Masa bujang ingat diri sdri dan family je... tapi bila berkahwin kena fikir suami dulu dan bertambah keluarga menjadi 2. Itu tak menjadi masalah pada aku tapi adakala perkara2 yg kita rasa mudah bila diambil mudah akan menjadi masalah plak so kena pandai fikir2 kan dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kelaurga mentua aku anggap macam family aku sdri tapi kena faham karakter masing2 dan scenario family tu sdri. Pepatah melayu dah berkata - " Masuk kandang lembu, mengembuuuuu..... Masuk kandang kambing... mengembekkkkkk...." begitu lah yang akan aku lakukan tp bukanlah mengembek dan mengembu tuh.... pendek akal la plak camtu.... kekekekkee...

2 family ini mempunyai karakter dan suasana yg amat berbeza.... Family aku yg ramai mmg la meriah dan agak bingit jika berkumpul reramai tapi itu lah best nyer.... Family mertua plak suasana nyer agak senyap kerana ahli keluraga tak ramai.. yang akan memeriahkan hanyalah cucu2 yg 2 beradik tu je.... hehehehee... tp dah cukup memeriahkan rumah mertua ku....

Hal attitude plak, masa bujang aku agak malas skit... tapi bila kahwin dah rajin buat sume wlpun tak sume.. tp aku enjoy to doing it... hope lasting la peel aku tuh.... hehehhehe.... Masa bujang tak fikir hal org lain tp dah kahwin kena fikir perasaan hubby ku tercinta... kena jaga makan minum nyer... sedangkan aku masa bujang tak fikir pasal makan pun sbb tu la kurus kot... hehehehe... Kehidupan tu mula teratur la...

Life after married ni, stakat ini aku rasa bahagia kerana ada orang yang mencintai dan menyayangi diri ku... huhuhuhuu.... kami buat keje sama2... kemas umah sama2, masak sama2, makan sama2 dan macam2 la kami buat bersama... seperti masa kami bujang2 dulu.... mmg kami buat bersama2 keje apapun... hope kaedah itu akan kami lakukan smpi bila2 nnt.... InsyaALLAH....

Kepada suami ku... semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kita... sayangilah dan cintai lah diriku seperti dulu di masa sekarang dan akan datang... I love u....

Marriage life

Salam,

Dah lama sangat tak update my blog coz quite bz with my conference, wedding, family activities.... Alhamdulillah on 4th July 2010, selamat sudah sy menjadi seorang isteri kepada suami ku, Mohd Shaffri. Termeterai la sudah aku janji sumpah setia kami berdua dahulu untuk membahagiakan life masing2 berpaksikan agama kami. InsyaALLAH, akan berusahalah kami untuk menjadi pasangan yang terbaik. Amin...

Aktiviti pada 3rd July 2010 adalah majlis khatam Al-Quran oleh anak2 buah ku serta marhaban oleh kumpulan ibu ku.. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn meriah dan mudahan2 diberkati olehNYA.

Pada 4th July 2010 jam 10 pagi berlangsung la pula majlis akad nikah... lafaz akad dan nikah itu disahkan pada jam 10.19am mengikut jam di video camera sy tu la.... dalam round that time la kan... Alhamdulillah sumenya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Diharapkan, kehidupan kami suami isteri akan diberkati dan dirahmati olehNYA hingga kekal abadi bahagia ke akhir hayat kami berdua bersama anak2 kami dan kedua keluarga kami. Tiada lain yang kami inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan akhirat..... InysaALLAH... Amin....