The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, June 13, 2011

Tragedi di Kampung

Pada hari khamis bersamaan 9 jun 2011, jam 530 pagi kami terima panggilan telefon dari mak mertua ku dari Klang. Kami ni memang suspen kalau terima call pagi2 subuh2 gitu memang la bad news. Masa tu kami masih membuta lagi dengan deruan dengkuran krooh.....kroohhh....  baik punya...!!! Dan sememangnya betul, kami dapat berita rumah nenek sedara kami di rembau hangus terbakar. Hati berbelah bahagi nak cuti kecemasan ke or camner, selepas fikir2 family come first maka kami pun decide amik le cuti kecemasan tu. Terus bangun mandi, solat dan bersiap terus ke klang coz nak bawa mama n abah gi skali.

On the way gi, disebabkan perut aku masuk angin maka kami pun drive thru kat McD bli le breakfast meal utk kami berdua.. sambil makan sambil drive... oklah tu... manja gitu hubby ku makan disuap...

Berbalik kepada citer tragedi kebakaran tu, rumah wan tu rumah pusaka, dibina pada tahun 1962 oleh moyang mereka dengan kudrat sdri tulang 4 kerat. Takde maknanya nak suh cina buat, sume buat sdri beb... Masa aku gi tengok umah tu sume orang yang penah membesar kat umah tu sugul je... mana taknya rumah tu la tempat mereka bermain masa kecik2 dulu. Tempat mereka berkumpul ramai2 anak beranak... sekarang tu sume hanya tinggal kenangan.

Bersyukur, wan achik selamat sebab takde kat rumah tu, kebetulan dia berada di KL untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya. Wan achik tinggal sehelai sepinggang tapi nasib bak sume dokumen berharga macam geran tanah, IC dll ada disimpan ditangan dia.

Ini ada foto untuk tatapan sume...















Wednesday, June 8, 2011

Pregnancy time

Ini aku nak citer tentang bila selepas disahkan oleh Doktor bahawa aku tengah mengandung anak sulong. Mula2 memang tak tau nak buat gapo sebab takde experience kan so banyak dpt info dari kekawan yg dah menjadi ibu2 dan bapa2 nih. Dapat detect aku ngandung ni masa baby dlm perut berumur 5 minggu. Masa tu gi official check kat klinik di kampung ku di Bentong.

1st thing kena buat bila gi klinik desa ni kena register dulu kena bawa IC sdri dan suami dan juga sijil nikah yang asli. Pastu baru isi butir2 di buku pink tu. The most important is kena ingat bila date 1st day period yang last skali sbb doktor tu nak calculate due date kita. Bila dah isi butir2 tu kat buku pink, kita kena bagi sample urine, darah, berat dan tinggi. Banyak giler dia amik darah kat lengan pulak tuh...  sakit wooo....

Selepas 1st check up ni, klinik tu akan tentukan monthly check up kita bila mengikut date2 dan time2 yang dipersetujui. Aku pilih nak buat check up setiap hari khamis jam 8.00am so far OK je, takde la lama sangat nak check up kat klinik area umah nih... Yang penting sampai2 je kat klinik terus gi toilet utk sample urine pastu tunggu le nombor giliran bila.... and then just enjoy the moment je....

Inilah dia rupa bentuk buku pink tu.....

Jenis darah kon A positive....
 
Masa scan ni baby umur 5 bulan so tak brape clear lagi... lagipun scan tu pun zaman batu punya...sabar je lah.
Baby pun sorok2 jantina dia...







Pipi aku dah tembam masa ni... baby umur 6 bulan dah... berat tak timbang lagi.... yang kompom lebih 60kg...



Inilah rupe terbaru kon.... kembang skit la.... almaklumla orang ngandung memang le gini kan.... Yang penting kecomelan ku terserlah..... kekekkekee....

Monday, June 6, 2011

Memories...

Ada something yang funny dan memorable untuk nak di kongsi bersama semua... Wajah aku masa Sekolah Rendah... Aku bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Marong dari darjah 1 sehingga darjah 6... Muka macam kartun je masa ni... kekekkeee...

Foto ni aku donlod dari FB kawan skolah rendah ni la.. nama dia Feroze Afandi... Hengatkan takde jumpe dah gambo2 gini, rupenyer he stil keep it..... Lawak betul la...

Foto ni masa Darjah 5 or 6 gitu, kami gi rombongan ke Penang...


Ini pulak foto kelas masa darjah 5 merah... Cikgu kelas Puan Parameswari.


Foto kelas ni masa darjah 4 merah. Barisan cikgu tu dari kiri Ustazah Khalijah, Cikgu tu tak hengat nama dia, Puan Sarawathy, Guru Besar Cikgu Abdul Rani, Puan Parameswari, Cikgu melayu ni tak hengat jugak tapi kawan mak smpi la nih....


Foto kelas darjah 1 merah bersama cikgu Saemah.. garang giler cikgu nih...  Dah pencen pun dan masih ada lagi dia sekarng ni tp kurang sihat dah.


Foto kelas masa darjah 3 kot... tak hengat dah... Cikgu tu pun tak hengat nama dia... Mr. Ho rasanya...


Happy time masa lepas UPSR... apa lagik aktiviti nyer adalah main....sakan la.... Buruk giler muka aku masa ni tp maintain comel...


Masa ni adalah lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Klaau tak silap masa darjah 2 atau 3 gitu la...