The Potrayal of Happiness - "Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"
Thursday, May 24, 2012
Imran 1 month old
Alhamdulillah, Imran membesar dengan sihat dan sempurna serta aktif. Ibu berpantang selama 3 bulan di Bentong. Seronoknya duk umah jaga baby.... Bersyukur sangat2 Imran takde banyak ragamnnya. Imran anak yang baik....
Ceritera Imran
Episod hidup seorang wanita apabila telah berkahwin adalah menjadi IBU, Selepas 6 bulan perkahwinan aku telah disahkan oleh Doktor bahawa aku sudah mengandung. Sepanjang aku mengandung, bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana dipermudahkan segalanya. Kesihatan aku baik tanpa ada alahan yg teruk tapi biasa lah bila time ngandung ni lah diabetis nak jadi kawan. Masa kandungan umur 8 bulan, doktor detect uri aku dibawah tapi masih tahap 1. Sebaik mungkin aku menjaga kesihatandan membataskan pergerakanan ku tapi ALLAH dah tentukan aku bleeding minor pada 11 Ogos 2011 iaitu Ramadhan ke 11. Sepantas kilat suamiku membawa ku ke hospital. Tanpa disangka2 aku kena admitted, seumur hidup aku tak pernah admit ke hospital walaupun 1 hari. Semua ini bagaikan 'HARI INI DALAM SEJARAH' padaku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)