Episod hidup seorang wanita apabila telah berkahwin adalah menjadi IBU, Selepas 6 bulan perkahwinan aku telah disahkan oleh Doktor bahawa aku sudah mengandung. Sepanjang aku mengandung, bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana dipermudahkan segalanya. Kesihatan aku baik tanpa ada alahan yg teruk tapi biasa lah bila time ngandung ni lah diabetis nak jadi kawan. Masa kandungan umur 8 bulan, doktor detect uri aku dibawah tapi masih tahap 1. Sebaik mungkin aku menjaga kesihatandan membataskan pergerakanan ku tapi ALLAH dah tentukan aku bleeding minor pada 11 Ogos 2011 iaitu Ramadhan ke 11. Sepantas kilat suamiku membawa ku ke hospital. Tanpa disangka2 aku kena admitted, seumur hidup aku tak pernah admit ke hospital walaupun 1 hari. Semua ini bagaikan 'HARI INI DALAM SEJARAH' padaku.
Almost 10 days aku kena stay dan berpose di hospital, giler trauma dah nak masuk hospital lepas ni. hehehehe..... Elok tanggal 23 Ogos 2011 jam 3.30 pagi, aku bleeding teruk smpi basah lenjun kain batik. Time tu maybe panik sikit kot terus aku bangun dan panggil nurse. Diorg pun terkejut beruk sebab nampak ada bleeding teruk. Terus diorg call doktor yang ONCALL pagi tu. Sampai2 doktor terus cucuk amik darah & drip... Seterusnya aku ditolak dgn katil2 ku ke 'OBSERVATION ROOM' & on the spot juga aku call hubby suh standby coz doktor kata maybe kena operate juga pagi tu. Jam 8 pagi, doktor paling pakar datang menilai condition aku so confirmed lah aku kena caerserean pagi tu. Alhamdulillah, time tu hubby dah smpi. Jam 8.30 pagi aku terus ditolak ke Operation Room, hubby kata muka ku pucat putih. Ye lah mau tak pucat, nak operate tuh... pastu darah non-stop flow. Sebelum masuk OR, aku call & SMS sume beradik & mertua ku untuk minta ampun dan maaf atas kesalahan. Sepanjang jalan ke OR mulut tak abis2 aku selawat & berzikir.
Kali pertama dalam OR memang ngeri dan seriau weh!!! Perghh... perasaan bercampur2 antara takut, kecut, sejuk, neves, suspen dsbgnya lah. Mana tak sejuk dah boleng... sejuk lah weh!!! Nurse2 sume dok pasang oksigen, drip, heart beat, machine2 sume duk bunyi 'beep...beep..beep..' fuhhhh.... Paling suspen bila pakar bius nak bius aku kat pinggang... sakit masa nak cucuk tu je... doktor advise bius separuh badan, lagipun aku memang nak sedar masa proses operation tu berlangsung. Nak merasa suasana tu tp mmg ngeri la wa cakap lu... bunyi besi2 berselisih... Kalu tak semangat better pengsan je la.... hehehehhe.... Doktor tu duk tekan2 perut aku sume terasa la... dia hiriskan pisau kat perut tu pun terasa tp sakit tu idak le cuma terasa benda berjalan atas perut. Suspen tul!!!
Alhamdulillah, jam tepat 10.05 pagi terdengar suara baby menangis, Muhammad Imran Shazany dilahirkan pada tanggal 23 Ogos 2011 bersamaan 23 RamaDHaan 1432h di Hospital Ampang, KL. Mula2 dengar suara tangisan tu so kite pun tunggu le kot2 doktor tu nak letak atas dada kita. Tunggu2 takdok, kite pun tanya nurse2 tu.. mula2 ramai kat kepala kita pastu tetiba sume lari. Apahal plak, takde syak apa2 sebab takde pengalaman kan.. rupanya, Imran terus dihantar ke NICU (Neo-natal Intensive Care Unit) ni kira ICU utk baby la. Ada masalah pernafasan rupanya... Hari pertama tak dapat tgk Imran sebab masih sakit lagi kesan operation tu, nak bersin or batuk kira ngeri la. Hari ke 2 baru dpt tgk dia... perasaan bercampur baur waktu 1st time tgk.. nak nangis pun ada, happy sudah tentu... kira speechless la. Happy sebab inilah rupanya anak ibu selepas dalam perut 9 bulan. Sedih sbb tengok banyak benor wayar2 kat badan dia...
Alhamdulillah hari ke 4 bru dapat menyusukan dia sbb dia kena pose efek dari paru2 nya dipenuhi air ketuban, itulah sebab dia masuk NICU tu. Happy sgt dapat susukan imran.. 1st time hisap susu badan, Imran pandai nyonyot kata nurse kat situ. Anak ibu mmg pandai! Stay kat NICU for almost 1 week untuk 24 hours observation by specialist. Kali pertama kite nangis bila doktor kata nak ambil air tulang belakang dia untuk analisis kuman apa yg efek dia. Twice doktor ambil tapi tak dapat, ye la mana nak dapat Imran kecik lagik. Hanya mampu kuat kan semangat je lah Ayah & Ibu hari tu. Selepas 1 week kat NICU tu, Imran dah bleh kuar ke ward biasa tapi masih under observation specialist. Doktor bagi antibiotik every 4 hours untuk matikan kuman yang tak diketahui tu untuk 14 days. Jadi kami menunggu penuh sabar hari ke 14 tu sebab tak sabar nak bawa Imran kuar dari hospital. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kami discaj pada 8 september 2011 jam 3.30 petang. Gembira tak terkira hati Ayah & Ibu...!!!
Ini ada foto Imran sepanjang kat hospital tu.
Imran 1st Day

.jpg)
.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment