The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, November 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha1430H

AIDILADHA yang dirayakan pada 10 Zulhijah adalah tanda pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail mentaati perintah Allah. Ia juga simbol perpaduan ummah apabila setiap tahun umat Islam berhimpun di Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Sambutan hari raya ini oleh umat Islam di seluruh dunia mempunyai falsafahnya tersendiri. Hari raya adalah kurniaan Allah kepada orang Islam Ansar menggantikan amalan hari perayaan jahiliah sebelum kedatangan Islam di Madinah.

Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas dalam hadis yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.”

Ibn Taimiyah juga menyebut perayaan ini adalah suatu ’syariat’ seperti ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama atau ibadat (yang wajib diikuti oleh masing-masing).” (Surah Al Maidah, ayat 48)

Oleh itu, perayaan yang diraikan umat Islam bukan semata-mata aktiviti sosial tetapi adalah satu ibadat yang dituntut dalam agama.

Garis panduan merayakan Aidilfitri dan Aidiladha ada persamaan dan perbezaan. Jika pada Aidilfitri kita dilarang berpuasa pada hari raya pertama, pada sambutan Aidiladha dilarang berpuasa selama empat hari.

Bertakbir hanya sehari di Aidilfitri tetapi dituntut bertakbir selama empat hari berturut-turut di Aidiladha, disunatkan mengerjakan solat sunat hari raya, diwajibkan membayar zakat fitrah pada Aidilfitri tetapi disunatkan melakukan ibadat korban sebagai tanda ketakwaan dan keimanan terhadap Allah selepas solat sunat Aidiladha.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dapat difahami bahawa apa yang dituntut daripada ibadat korban ialah keredaan dan lapang dada kita untuk melakukan ibadat itu, bukan terpaksa, terikut-ikut atau untuk menunjuk-nunjuk. Apa yang akan sampai kepada Allah bukan daging, atau binatang korban tetapi ketakwaan yang mendorong kita melakukan ibadat korban.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Daging dan darah binatang korban itu tidak sekali-kali sampai kepada Allah , tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang itu bagi kamu, supaya kamu mengagungkan Allah atas apa yang Dia beri petunjuk kepada kamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang melakukan kebaikan.” (Surah Al-Haj, ayat 37)

Perayaan Aidiladha berlangsung selama empat hari dari 10 Zulhijah hingga 14 Zulhijah. Selama empat hari itu disunatkan berkorban dan daging korban akan diagih-agihkan kepada mereka yang miskin sebagai satu cara penyucian jiwa bagi mereka yang kaya.

Kita juga sewajarnya menziarahi sanak-saudara dan keluarga terdekat serta kenalan untuk menguatkan ikatan persaudaraan sempena menyambut Aidiladha. Kegembiraan meraikan hari raya amat digalakkan dalam mentauhidkan Allah .

Ibadat korban mencerminkan dua perkara. Pertama, ia adalah wasilah atau perantaraan bagi mengeratkan hubungan sesama anggota keluarga dan masyarakat. Kedua, ibadat korban mencerminkan sifat keihsanan yang sangat dianjurkan Islam.

Tetapi apa yang berlaku di tanah air kita ialah semakin ramai menjadi kurang prihatin dan memahami tujuan sebenar sambutan hari raya seperti yang disarankan agama.
Cuti umum Aidiladha pula dianggap seperti hari cuti biasa, diisikan dengan tidur atau membasuh kereta. Mungkin ramai beranggapan Aidiladha khusus bagi mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah menyebabkan ramai yang tidak berapa mengambil peduli untuk meraikan Aidiladha.

[i]Sudah sampai masanya kita kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah untuk menyambut hari raya supaya pengisian yang dilakukan mendapat keredaan Allah . Wang untuk membeli pakaian baru adalah lebih baik digunakan untuk melaksanakan ibadat korban.
Kemungkinan kita boleh meraikan Aidiladha tahun ini dengan mengorbankan seekor lembu yang dikongsi bersama ahli keluarga, kemudian daging korban diberikan kepada orang miskin atau komuniti orang asli supaya dapat merasai nikmat keimanan serta penghayatan Aidiladha.

Firman Allah yang bermaksud:

“Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua-dua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya ketika mereka mempersembahkan korban maka diterima daripada salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Ia berkata (Qabil): Aku pasti membunuhmu! Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima korban daripada orang yang bertakwa.” (Surah al-Maidah, ayat 27)

Umat Islam mesti mengagungkan dan membesarkan hari perayaan agama mengikut konsep yang sebenarnya. Kita perlu mengetahui tujuan sebenar atau cerita di sebalik sambutan hari raya supaya mendapat rahmat daripada Allah . Wallahualam.....

Monday, November 16, 2009

Semalam dan Akan Datang...

Semalam, aku dapat SMS dari abg aku.... dia forwardkan SMS akak aku dari Mekah. Katanya Mak aku kekurangan air so terpaksa masuk air (Drip) coz kat sana cuaca yang agak panasnya. Sekarang mak terpaksa rest kat room dia dulu.... akak aku kata jgn riso, mak dah ok... so doa2kan yang terbaik mereka di sana.. insyaALLAH, aku selalu mendoakan mereka.

Terasa rindukan mak plak.... aku ni jenis sayangkan orang takde menunjuk sangat cume kalau org dapat trace dari cara tindakan aku. Kalau nak tgu kata2 tu mmg lambat skit la.... hehehheee... LAmbat lg la mak n ngah nak balik... they all akan balik on 25th December nnt... Huh, sebulan lagi.... lama tuh.... huhuhuuu....

Pejam celik kejap je nnt... dah smpi bulan Dec... camtu juga aku rasa... tinggal lagi 11 bulan je lg utk aku prepare majlis pernikahan ku nnt.. Apa yg aku dah bleh mula, aku dah mulakan... cthnya design kad dah ada, supplier pun dah dpt... brg2 hantaran nnt aku nak cari so skrg tgh kumpul duit nak bli brg2 ni sume... bior cepat snang skit, bleh fikir hal lain plak... Idea utk hantaran pun dah ada.... lauk pauk, pelamin, baju2 sume in progress..... semoga ALLAH permudahkan segalanya utk majlis aku nnt... huhhuhuuu.... Ameennnn...

Thursday, November 12, 2009

Jiwa aku...

Sepanjang pemergian mak ku ke Mekah... aku berulang alik dari bentong ke KL coz menjaga anak2 buah ku yg mak abah nya pun g ke Mekah juga. Seminggu aku berulang alik sama dengan Kaklong.. anak sulong kakak aku.... Aku memikirkan keadaan dema coz minggu itu adalah minggu peperiksaan akhir tahun. Alhamdulillah, sume OK... berjalan lancar.. sapa yg antar g skolah...sapa yang jemput balik skolah... sume setel....

Selama seminggu aku stay kat bentong, aku hepi coz duk umah sdri kan... rasa tak stress or tensen langsung.... relax je.. Aman je... erm.. jiwa kampung kan mesti nak suasana kampung jugak... tapi nak buat camne dah rejekinya di bandar... Rasa mcm nak balik kampung je..keje kat kampung... Sejak dari peristiwa kesediahan aku bermula dulu lagi aku memang nak sangat balik kampung tapi hati ni berat sangat la.. tak tau kenapa....

Stay kat bentong best tapi yang aku tak tahan adalah tol.... perghh.. pergi balik sehari RM16 hinggit... mana tahan.... abis duit gaji ke situ je la.... sebab kan hal tu la aku tahan je stay kat KL ni... bagi aku KL ni sesak, rimas..... stress memanjang... fuhhh.... Stay kat KL ni mmg membuatkan aku stress tentang duit... tak penah rasa cukup...pasti ada je yang tak cukup....kenapa ye.. tak berkat ke rejeki aku nih... nak kata tak bagi mak..aku bagi.... ikut mampu aku la.... Dulu, aku bleh tolong orang lain dari segi kewangan... skrang ni sapa pun takde nak tolong aku.. bukan nak tanya khabar, amik tau hal aku pun takde agaknya... tu ke kengkawan... ntah le... masing2 punya peel....

Aku ni nak kawin nnt, kewangan pun tak brape best lagi. kekadang fikir stress juga.... Rasa macam bodoh sgt coz tak saving duit dulu.... sebenarnya ada banyak..... alhamdulillah la.... tapi abiskan sbb apa.... takyah citer la... salah sdri.... Padan Muka aku... orang yang aku tolong dulu pun sume dah senang lenang kehidupannya.... Dah bahagia pun dema..... Alhamdulillah, aku tumpang gembira... tumpang je la.. hehehhee...

Dulu, aku bercita2.... kalau aku dah berkahwin, aku nak benti keje jadi surirumah tangga... bleh jaga anak, suami dan rumah. Kalau nak keje pun mybe keje sdri2 kat umah... Mybe aku dah fed up nak keje... busan keje dgn org, letih dgr perintah org, penat melayan kerenah org.... Hmm... berharap sgt bleh la aku jadi ibu mithali seperti mana ibu membesarkan anak2nya sdri dgn kaki tangannya sdri. Tapi bukan rejeki aku.... aku tetap kena keje juga utk menolong keluarga yang bakal aku bina nnt. Aku bukan macam pompuan ain yang suka berkerja dalam keadaan yg cantik, jaga imej, penampilan... aku suka keje yg outdoor.... berdampingan dgn alam... sbb tu sume memberi ketenangan pada aku... melihat kebesaran ALLAH TAALA.... Impian aku adalah utk membuka kandang kambing... jadi usahawanita aka Petani moden.... Aku nak balik kampung..... bleh ke.... Dalam keadaan camni bleh ke aku resign dan balik kampung... NTAH le....

Wednesday, November 4, 2009

Hajj 2009 - Keluarga ku



Pada 31hb Oktober yang lepas, Alhamdulillah... Emak ku, kakak ku dan abang ipar ku selamat pergi mengerjakan ibadah Haji tahun ni. Pada hari tu kami sekeluarga mengantar mereka di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya. Kami konvoi ramai2... Ramainya orang masa tu mengantar ahli keluarga masing2.

Masa di kompleks tu pelbagai perasaan menerjah hati aku tapi yang pasti aku gembira sebab ahli keluargaku pergi untuk menunaikan rukun islam yang ke 5. Sedih sebab nnt tak jumpa lama.... huhuhuu...

Yang pergi mengantar adalah Embong, De, Ri, Jali, Yip, Zura, Aku dan Citot... bahkan keluarga tunanganku pun ada sama. Terima Kasih kerana sanggup bersama kami tgu kat situ.. Lama pulak tu, sian mama dan Abah ye.... Aku mendoakan semoga para jemaah haji termasuk family aku selamat sampai dan pulang dan dapat menikmati haji yg mabrur... InsyaALLAH, Ameen....