Wah... dah lamanyer tak update blog ku ini.... Kehidupan agak bz dengan macam2 peristiwa dan agenda. Segala macam perkara kehidupan biasa menjadi luarbiasa lately. Kehidupan selepas berkahwin benar2 menjadikan aku bukan biasa tapi luarbiasa. Fuhhhh.....
Starting December 2010, kehidupan ku akan berubah dimana akan hadirnya permata hati kami berdua. Aku telah disahkan pregnant... aku dapat rasakan perubahan pada diri ku maka dengan senang hati nyer aku pun buat le pregnany test sdri kat umah tapi agak kecewa dengan result pada test yang pertama iaitu pada 10 Dec 2010 jam 745pm, result dia negative sebab 1 garis je yang kuar... hehhehee.... . Aku test ni sebab terasa period ku dah lewat beberapa hari.
Test yang kedua aku buat pada seminggu kemudian iaitu 17 Dec 2011, kali ini aku buat test pada waktu pagi jam 745am. Aku ada baca yang time gitu la kandungan dalam urin kita bagus utk test2 pregnant nih. Kami berdua melihat dengan debaran... ada kelihatan 2 garis tapi garisan kedua tak brape clear.. so antara pasti dan tidak la pulak... guano nyer.... tapi kami tak putus asa tetap mencuba lagi test tu. Aku decide nak buat test ketiga sebulan selepas test kedua tu.
Pada 20 Jan 2011 jam 10.30am, kami berdua buat test ketiga... kelihatan 2 garisan yang benar2 clear.. Alhamdulillah, suspen jugak.. Perasaan masa tu happy + suspen sebab tertanya2 pada diri dah bersediakah utk menjadi ibubapa... dah ready ke aku dari fizikal dan mental... selepas tertanya2 pada diri... aku bersedia la nak jadi mak.... hehehehe...

