Pada 8th - 10th April 2011, office kami buat trip untuk sume staff ke Pulau Redang. Kami pergi menaiki bas, rasa adventure plak.. tapi risau juga sebab dalam keadaan ku yang tengah pregnant nih... Kami stay sana pakej 3 hari 2 malam. Kami gerak dari UIA hari khamis jam 1130 malam. Alhamdulillah we manage to arrived kat jeti merang tu dalam jam 830 pagi gitu la...
Dari jeti naik boat dalam 1 jam ke jeti resort sana.. Memang rasa adventure tapi seram jugak sbb ombak kuat.. terhuyung hayang jugak le boat masa tu. Kepala mula pening2 lalat... Bila dah smpi resort rasa best je sbb pantai cantik... Room pun cantik.. nice rsort la wlpun 2 star je tp mcm 4 star resort.
Aktiviti kat sana adalah telematch, snorkeling, mandi2 pantai dsbgnya... Pada hari kedua ada terjadi satu tragedi hitam untuk 1 pasangan apabila suaminya mati lemas. Couple tu dikatakan baru bernikah 2 minggu lepas dan ini adalah time honeymoon diorg. Kesian isterinya, mesti trauma... Apa nak buat, sudah suratan takdir. Time ni ombak memang kuat dan besar, bendera merah pun dah dinaikkan tanda amaran tidak boleh berenang tapi nak buat camner dah takdir dia gitu.
Hari terakhir tu kami balik naik boat dari jeti jam 11am smpi jeti merang naik bas terus ke pasar payang dan gerak balik KL dalam jam 3 petamg. Alhamdulillah kami selamat samapi di UIA jam 1030 malam.
Disini ada foto2 untuk tatapan kalian...