The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, February 23, 2009

Ucap 'Aku mencintaimu' secara serius

BANYAK perkara yang perlu diketahui apabila menjalin hubungan dengan lelaki atau wanita yang baru dikenali.

Sisi sesebuah perhubungan, lama atau baru bukan persoalan. Namun, menyatukan dua insan yang berlainan pandangan, sikap mahupun latar belakang tidak semudah disangka. Bahkan, ia melalui banyak fasa dalam meneguhkan jalinan yang penuh keindahan pada akhirnya.

Jika anda sudah lama mengenali, tetapi belum begitu memahami dirinya, petua berikut mungkin boleh menjadi panduan di saat hubungan sedang goyah. Ia juga mungkin bermanfaat jika mahu memulakan satu fasa baru bersama pasangan.

  • Berikan lebih daripada yang dia harapkan dan lakukan dengan senang hati. Ingat, jangan harap mendapat balasan daripada apa yang anda berikan, selagi dia belum milik anda ataupun jika sudah termaktub dia hak anda sekalipun, biarlah balasan itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta.

  • Bernikah dengan lelaki atau wanita yang anda cintai. Ketika usia beranjak tua, kebijaksanaan dan keelokan percakapan serta perlakuannya akan membuat anda bahagia sepanjang hayat biarpun tanpa dilimpahi kemewahan.

  • Jangan percaya dengan apa yang anda dengar, jangan habiskan apa yang anda miliki atau tidur semahunya. Percayalah pada kata hati ketika mendengar segala fitnah dan tohmahan bagi menguji kesetiaan.

  • Ketika mengucapkan, "Aku mencintaimu", lakukan dengan serius. Semua keputusan yang anda pilih, ada akibatnya oleh itu, bertanggungjawab atas pilihan atau keputusan yang dibuat.

  • Ketika berkata, "Maafkan saya", pandang matanya. Kata maaf tidak cukup hanya dengan ucapan tetapi perubahan sikap juga penting. Maaf yang tulus adalah daripada hati.

  • Bertunang dulu sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan sebelum membuat keputusan bernikah kerana ia mampu memberi ruang untuk mengenali hati budinya. Perhubungan harus dilaksanakan tahap demi tahap dalam usaha mencapai keserasian dan keindahannya.

  • Percayalah pada cinta pandang pertama.

  • Jangan mentertawakan atau meremehkan impian orang.

  • Cintailah orang lain dengan mendalam setelah anda melalui kekecewaan dalam cinta pertama. Anda mungkin akan sakit dan terluka tetapi sesungguhnya itulah cara untuk menjalani hidup yang sebenar dalam fasa seterusnya.

  • Saat pertengkaran atau perdebatan yang hebat, jangan menyebut nama seseorang yang sememangnya dibenci pasangan atau kekasih anda.

  • Jangan menilai orang dengan siapa mereka berteman.

  • Bicara biarlah perlahan tetapi berfikir biarlah cepat. Ingat, lidah ibarat sebilah pedang tajam dan setiap saat dapat melukai sesiapa termasuk orang yang anda sayangi.

  • Ketika seseorang mengajukan pertanyaan yang anda tidak ingin menjawabnya, anda hanya perlu tersenyum dan tanya sebaiknya dalam nada yang tidak menyakitkan.

  • Cinta dan kejayaan besar memerlukan pengorbanan bukan sedikit.

  • Ketika kalah, jangan lupa pelajaran yang diperolehi. Kekalahan bukan bererti anda sudah gagal tetapi daripada kegagalan itulah anda sedar dan mulai belajar sesuatu.

  • Hargai diri sendiri dan orang lain serta bertanggung jawab pada semua yang anda lakukan.

  • Jangan biarkan pertengkaran kecil memusnahkan persahabatan.

  • Ketika anda sedar sudah melakukan kesalahan, ambil langkah segera untuk memperbaikinya.

  • Tersenyumlah saat menerima telefon daripada si dia atau yang teristimewa. Orang yang menghubungi anda akan mendengarnya daripada reaksi atau nada suara anda.

  • Habiskan waktu sendirian adalah saat tepat untuk anda mengkaji atau bermuhasabah diri.
  • Fahami Makna C.I.N.T.A

    HANYA mereka yang pernah melaluinya pasti menyatakan betapa indahnya meneroka dunia cinta.

    Yang gagal pula barangkali serik untuk meneruskannya buat kali kedua. Namun kepada mereka yang suka memburu cinta, istilah tewas, kecewa, pedih atau terluka tiada dalam kamus hidup mereka.

    Sayang, cinta, kasih, suka atau obses kepada seseorang adalah elemen yang tertera dalam dunia perkasihan. Anugerah cinta adalah nilai yang tidak terhitung kerana di dalamnya terkandung pelbagai perkara yang memungkinkan anda bertemu dengan pelbagai rencah dan ranjau berbisa sebelum akhirnya menemukan cinta sejati.

    Mungkin perasaan sedemikian pernah atau sudah anda lalui tetapi bagi yang baru pertama kali berdepan dengan perasaan dianggap aneh itu, ia mungkin satu pengalaman sukar ditafsirkan.

    Hayati makna yang terkandung dalam kata-kata menyukai, menyayangi, mencintai atau apa saja yang berkaitan dengannya sebagai panduan.

  • Saat kau menyukai seseorang, kau ingin memilikinya untuk keegoanmu sendiri.

  • Saat kau menyayangi seseorang, kau ingin sekali membuatnya bahagia dan bukan untuk dirimu sendiri.

  • Saat kau mencintai seseorang, kau akan melakukan apa saja untuk kebahagiaannya walaupun kau harus mengorbankan jiwamu.

  • Saat kau mencintai seseorang dan berada di sisinya maka kau akan menggenggam erat tangannya.

  • ‘Suka’ adalah saat dia menangis, kau akan berkata: “Sudahlah, jangan menangis.”

  • ‘Sayang’ adalah saat dia menangis dan kau akan menangis bersamanya.

  • ‘Cinta’ adalah saat dia menangis dan kau akan membiarkannya menangis di pangkuanmu sambil berkata: “Mari kita selesaikan masalah ini bersama-sama.”

  • ‘Suka’ adalah saat kau melihatnya kau akan berkata: “Ia sangat tampan dan menawan.”

  • ‘Sayang’ adalah saat kau melihatnya dari hatimu dan bukan matamu.

  • ‘Cinta’ adalah saat kau melihatnya, kau akan berkata: “Buatku dia adalah anugerah terindah yang pernah Tuhan berikan padaku.”

  • Di saat orang yang kau suka menyakitimu, kau akan marah dan tidak mahu lagi berbicara dengannya.

  • Di saat orang yang kau sayang menyakitimu, engkau akan menangis untuknya.

  • Di saat orang yang kau cintai menyakitimu, kau akan berkata: “Tak mengapa, dia hanya tak tahu apa yang dia lakukan.”

  • Di saat kau suka padanya, kau akan ‘memaksanya’ untuk menyukaimu.

  • Di saat kau sayang padanya, kau akan membiarkannya memilih.

  • Di saat kau cinta padanya, kau akan selalu menantinya dengan setia dan tulus.

  • ‘Suka’ adalah kau akan menemaninya apabila itu menguntungkan.

  • ‘Sayang’ adalah kau akan menemaninya di saat dia memerlukan.

  • ‘Suka’ adalah hal yang menuntut. ‘Sayang’ adalah hal memberi dan menerima.

  • Cinta adalah hal yang memberi dengan rela.
  • Friday, February 20, 2009

    Sweet & Sweat memories

    Hari yang panas...bikin hati hangat.... huh... itu le keadaan aku hari ni.... geram + bengang + Hangin + hangat + Suam2 kuku = Minum sirap limau.... sejuk skit. Semalam aku cuti sebab nak gi repair keta aku tu... Aku g dengan buah hati aku.... Terima kasih sbb sudi teman kan saya... sampai sanggup amik cuti... Uhh....! touching moment... !! Erm... sambung citer.... dulu gi masa service dapat detect ader problem dengan 'IAFM & Brake disc" dan diberitahu ianya under warranty.... tup2 g semalam tak cover dek warranty.....hampeh tul!! hangin tul la... Sabar je la.... Aper la nak jadi PROTON ni... Maka terjadi babak2 kontroversi kat situ... cewah... macam gempak je kan... tp nasib baik kami ni sume profesional dan sabar orangnya....

    Kami siap jumpa Manager kat situ tuh.... huh! Da le ader problem tak setel, pastu tak cover warranty pastu dapat tahu lak ader problem yang lain lagi timbul.... adoi, hangin tul la.... Ya ALLAH aku bersyukur padaMU Ya ALLAH kerana memberikan ku kesabaran yang tinggi sepertimana KAU berikan pada masa yang lepas. Bayangkan lah, kami berdua menunggu dari kul 945am sampai 630pm... bayangkan lah....fuhh... tapi nasib baik moment2 itu kami penuhi dengan berborak dan kenal mengenali sifat2 masing... dengan lebih mendalam lagi... whole day kami bersama.... bercerita mengenai pelbagai perkara. Erm.... sweet memories! hehehhee....gatei!!

    Disini aku nak perkenalkan seseorang dalam hidup ku... Semoga jodoh antara kita ni kuat dan abadi sehingga ke akhir hayat. Semoga keluarga kita memberi restu dan memberkati perhubungan kita.... Semoga ada pengakhiran yang baik dalam hubungan kita ini. Saya perkenalkan MOHD SHAFRI MOHD AZAMI... (Dia yang BUKAN memakai tudung!)



    Kami bertemu buat pertama kali tanpa suara pada 7th January 2009 di COE Shah Alam. Saat2 tu memang funny bila difikirkan tapi memang sweet la... masing2 nak tegur tapi malu2 cicak... hehehee... On that day, aku amik cuti untuk service keta saga blm kesayanganku... masa tu g dengan Kak zaidah. Kami punya booking kul 10am tapi kami kena stay kat sana sampai kul 430pm.... Ya Rabbi lama betul..... kesian Kak Zaidah. hehehhee...

    Antara aku dan dia... masing2 hanya memandang dari jauh, dan kebetulan aku ternampak stiker 'PROSBOC' ader kat kereta dia... itu stiker kelab owner keta saga blm. Memang aku folow forum kelab keta tu.... dulu semua aktiviti kelab tu aku tau tapi aku tak register official jadi member lagi sampai la ni pun tak lagi. Heheheee.....

    Keesokan atau 2 hari selepas tu aku mencari sape la tuan punya keta yang ader stiker ni kat dalam forum, at last aku jumpa... aku pun sound la dia... "u ke yg g service kat COE tu??"... hehehe.... Dia pun balas.. "yup, tlg PM aku..." amboi kasaq tul bahsa dia.... hehehehe.... selepas dari detik itu kami berkawan sehingga ke hari ni... sehingga bil2 tepon kami melambung tinggi... hehehhee.... Alhamdulillah, kami berdua serius tentang hubungan ini... doa kami semoga jodoh kami kuat! Are u ready for everything, My Dear?? I am ready enough...!! hehehehe....


    Wednesday, February 18, 2009

    Kenali karakter melalui tarikh lahir

    PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.

    Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.

    Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.

  • Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.

  • 2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

  • 3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.

  • 4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

  • 5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.

  • 6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.

  • 7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

  • 8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

  • 9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.

  • 10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

  • 11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.

  • 12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

  • 13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.

  • 14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.

  • 15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?

  • 16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

  • 17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

  • 18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.

  • 19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.

  • 20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

  • 21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

  • 22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.

  • 23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.

  • 24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

  • 25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.

  • 26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.

  • 27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

  • 28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.

  • 29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

  • 30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

  • 31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.
  • Car Park

    Hehehehe... I have my own car park..... fuuhhh... Finally, kami semua staf dapat parking sdri setiap sorang... selama ni main parking kat mana2 yang kosong je... or merempat je la kat tepi2 jalan.. Kalau tak bernasib baik kena la saman dek security... hehehhee...





    Sunday Nite Activities..

    Last sunday nite...aku gi round and lepak2 kat putrajaya... best nyer dapat lepak kat dataran tu coz lapang and macam2 peel bleh kita tengok... keletah anak2... huhuhuu...lawak2 pun ader jugak... Aku duk situ dari petang sampai malam... bila masuk maghrib, aku gi solat kat masjid tu.... pergghh..... solat berjemaah tuh! Alhamdulillah... kekekkekee...

    Ni aku ader bagi gambar skit malam tu...










    Monday, February 16, 2009

    Lalalalalaa...

    Huh...letih la pulak... hehehee... tadi aku g 'Central' beli nasi je.. tapau je la... Aku amik nasi berlaukkan ayam goreng, ulam kacang botol dan ulam raja serta cicah nyer off course la sambal belacan... pergghh.... dah cukup menyelerakan bagi diri aku! Melelh lak ayaq luir aku... hehehehe.... Pastu aku g bayar bil kat pejabat pos, nasib baik takde ramai orang. Bayar bil ASTRO... dag tertunggak 2 3 bulan... hehehhe....maaf kakak ku... bukan takdok duit tapi malas benor nak pi bayar.... Almaklumla, keje bz.... hehehhe...

    Hari ni aku try masuk web TGV dan GSC... masih tak bleh lagik....ini mesti penangan 'Upin & Ipin & The Geng" la ni... aduui.... excited gak dengar member2 kata sedap citer tuh.... Dapat tgk midnite pun takpela... g kat area umah je tapi tu la... tiket takleh nak booking thru online. Geram betul!! Maybe sebab laku sangat macam 'Pisang Panas'... Huh... bagus la...at least there's something that we should proud of kan...

    Erm.... nanti aku nak apply cuti khamis ni coz nak anta keta g tukaq 'IAFM' & Brake disc.. hari tu g service dan nak tukar, sparepart takde lak tapi aku dah call tadi dema kata ader stock so cepat2 aku booking... so free time adalah hari khamis ni jam 10 pagi. Hope they can solve my problem sebaik mungkin.... Kalau tak... aku suh buah hati aku sound dema.... Bleh kan BOY??? huhuhuuu.... Eh, tp u are not my BOY....u are my MAN!!! hehhehehe.... Sabar je lah!

    Nak upgrade enjin keta la...ader idea tak?? erm...nanti aku try surf tenet dan buat sedikit penyelidikan tentang enjin keta ku itu.... hehehehe... nak kasi save FC dan pick up skit je....takmau Mod yang extreme sangat.... apapun tengok pada keadaan rejeki.... hehehe...kata tahun ni tahun berjimat cermat kan.... kena simpan duit woo....nak kawin nnt.....takkan makan mihun dan air sirap je..... hehehehe...

    Saturday, February 14, 2009

    Movie...

    Salam & Hai.... Hari ni aku keje lagik.... kat opis le nih! Tak jadik g Hotel Quality for the preview... kena stand by kat opis.... hehehehe.... Aku surf la tenet tengok web "GENG : PENGEMBARAAN BERMULA - Upin & Ipin" masam best plak.... so aku try nak booking, tiket sold out beb! But one thing "I'M PROUD TO BE MALAYSIAN" la sebab keje 3D diorg memang SUPERB... bleh challenge omputeh nyer kualiti. Staf diorg pun bagus sebab diorg gunakan tenaga kerja diorg sdri untuk proses dubbing suara. Tak perlu nak guna artis2 popular, dah le nak byr mahal pastu banyak songeh... kalah artis omputeh.....

    Last Friday nite, aku nak g tengok Movie ni dengan Yana tapi sebab kes cermin keta dia pecah... aku tak jadi g... tengok yana pun macam lemah semacam dan pucat je... so aku diamkan je perkara tu. Actually aku dah booked tiket pun tapi takde rejeki aku gamaknya. Takpela, lain kali ader lagi kan... Hari ni pun aku tengok lagi web TGV & GSC pun samer gak.....sold out tuh.... takpela, duk umah je la... merehatkan minda dan jiwa!



    Tuesday, February 10, 2009

    Mereka tau ke....??

    Mereka tau ke??? Mereka tak tau... mereka tak tau apa yang aku lalui selama ini. Bagaimana pendirian ku, apakah tindakan ku, rasional setiap perlakuan ku.... NO, they don't understand! Kerana mereka tidak berfikir sepertimana aku berfikir... dan bertindak.... setiap tindakan dan perlakuan aku masih ader relevan dan rasional nya. Walaupun tindakan aku itu mendatangkan kekecewaan pada pihak lain tapi sebenarnya mendatangkan kebahagiaan pada banyak pihak yang lain. Aku bukan seorang yang berhati busuk, bukan seorang pentingkan diri sendiri, bukan yang berfikiran yang cetek!

    Setiap tindakan aku tidak pernah aku untuk menyalahkan orang lain selain dari diri ku sendiri. Aku percaya aku tidak bersalah tapi aku tetap memandangkan kesilapan itu dari aku sendiri dan itu memberikan aku pengajaran supaya sentiasa memandang kekurangan diri dan jika itu kesalahan dari diri aku maka aku akan sentiasa merendahkan diri aku yang dah memang rendah ni. Tapi adakah mereka2 itu FAHAM???? NO....

    Alhamdulillah, hanya keluarga ku yang memahami diri aku. InsyaALLAH aku takkan menyusahkan orang lain lagi. Takkan terhutang budi lagi dengan orang lain. Takkan AMIK TAHU lagi hal orang lain. Takkan MASUK CAMPUR lagi hal orang lain. Cukupla sekali dalam seumur hidup aku, aku dicerca begitu hanya kerana sifat yang suka mengambil tahu.

    Apapun terima kasih banyak kerana menyedarkan siapa diri aku... Maafkan aku... Semoga kalian bahagia!!!

    Aktiviti weekend

    Hari sabtu hari tu... lepas keje aku kuar g Alamanda, saje jenjalan dan tengok wayang.. aku g dengan 'teman rapatku'. Kami g tengok citer Ong Bak 2... memang aksi dia amat le dahsyat tapi rasanya mcam kekurangan sesuatu dalam citer tu.... Ye lah, sebab aku tak berlakon... hahahaha... takde la, jalan citer dia terlalu mudah dan senang sgt nak baca, walaupun guna bahasa thailand. Hehehehe...

    Sebelum tu kami g makan kat Taman warisan, aku makan laksa... selera dah ader tp masin la pulak laksa tu...terbantut skejap selera tu. 'Teman rapatku' makan nasi ayam je... sambil makan sambil borak... biasa lah... borak2 kosong je... Lepas makan tu kami terus g Alamanda, waktu tayangan mula jam 450pm... sebelum nak masuk panggung, kami g solat dulu kat surau berdekatan. Bila masuk je panggung tu citer dah mula. So layan je la... Aku ok je citer camtu tapi NGILU la skit sbb adegan2 berlawan dia dengan pedang dan pisau2 ni... eishh.... ngeri la pulak!

    Tapi tak best la ending citer ni tergantung...kompom ader Ong Bak 3... Nantikan di pawagam berdekatan umah anda!

    Jodoh ku...

    Jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya di tangan ALLAH SWT... Aku mau cepat tapi ditentukan ALLAH jodoh aku lambat... aku terima! Aku percaya pasti ader sebabnya ALLAH SWT melambatkan jodoh aku... sesungguhnya hanya ALLAH TAALA tahu aper yang sebaik2 nya untuk hambaNYA... kan.. kan.. kan....

    Aku bukan lah seorg yang terdesak untuk 'MEMILIKI' dan 'DIMILIKI' sebab aku percaya sesungguhnya itu semua adalah keje Tuhan. Aku hanya folow arah yang telah ditentukan olehNYA kepada aku. Jikalau aku bersungguh hendak berkahwin pun tapi masih belum dizinkan Tuhan takkan le nak kawin juga... Aku masih lagi boleh berfikir dengan sebaik2 nya... ALLAH dah bagi aku akal untuk berfikir segala ketentuanNYA.

    Jika tidak kerana aku fikir segala ape yang berkaitan jodoh aku adalah ketentuanNYA, kemungkinan aku akan berkahwin dengan sesapa sahaja tanpa perlu memikirkan hal2 yang lain. Jika berkahwin itu amat mudah semudah itu.... tak perlu aku untuk berfikir berkali2 dan memikirkan segala Pro dan Kontra nyer.... Dah ader pun orang sanggup menunggu aku tapi kenapa aku takleh nak terima...sebab hal ini melibatkan hati dan perasaan serta jodoh ku. Jika aku tak fikirkan Pro dan Kontra nyer pasti aku akan tersalah langkah...

    Memang betul perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah dan diambil mudah. Sebab tu la aku akan fikir semasak2nya... Yang pasti aku akan berdoa pada ALLAH... apakah perkara yang sebaiknya untuk aku... Aku memohon padaNYA agar membuat pilihan yang tepat dan diredhai supaya aku tidak akan tersalah arah.

    Aku rasa andai kata satu hari nanti aku ditakdirkan untuk sendirian hingga akhir hayat pun aku terima! Aku redha... jika itu sebaik2 nya takdir ALLAH untuk aku.....

    Saturday, February 7, 2009

    Keje kawin.....??

    Hai...hari ni aku keje.... Sabtu pun keje! tapi takpe aku suka sbb penuh masa weekend aku..takde la duk umah mengadap tv pastu tido, pastu makan.... heheehe... lagipun bleh la jugak kumpul OT...masyukkkk bulan nih....hehehhee....

    Aku sampai opis kul 845 am gitu la..sampai2 je terus aku diserbu oleh student sbb nak bayar yuran pengajian diorg... almaklumla masing2 duk nak ngejar kelas masing2. Ader yang byr by cheque, tapi yang best bayar cash....fuuhh..... beribu riban tu...mana nak simpan.... takut lak aku simpan. Nasib baik ader peti besi... hehehehe...

    Hari ni collection hampir RM10k....perghhh... shoping best ni! kekekek...eish...tak baik le.. amanah opis ni kena jaga beb.... itu skit je amount dia... aku penah collect berpuluh2 ribu masa registration dolu2 dgn kak zaidah le... Gandingan yang bagus.... collection pun bagus! hehehhee....

    Aktiviti aku hari ni nak kuar g dating.... dgn buah hati aku! kekekkee... yo la tuh! Saje2 nak kuar amik dan buang angin skali.... hehehhee.... Kat umah aktiviti takde so sesekali kuar la kan... untuk mereleasekan tensen serta stress yang ada... baik untuk kesihatan.

    Hehehee... kelakar plak td, chat dgn kakak aku kat New Zealand... dia nak support kawin aku dengan membeli kelambu dan cadar yang lawa2 kat New Zealand. Aku ok je cuma aku tak terfikir plak kaler untuk tema kawin nnt. hehehhee.... tak terfikir beb! Aku terpikir nak kaler hitam dan putih. What do u think??? hehehehe.... bagi aku kombinasi yang menarik! hehehehe... itu tandanya aku anak jati pahang.... Amboi, awal nyer hal kawin2 ni.... berserah je pada jodoh ALLAH...

    Semoga urusan kehidupan aku dipermudahkan serta diberkati dan dirahmati oleh ALLAH TAA'LA....

    Monday, February 2, 2009

    Malam sambutan besday...

    Malam sebelum g majlis bukak hadiah kat umah makteh...kami sekeluarga ader majlis makan2 untuk sambutan besday anak buah aku.... iaitu PALI dan WAWA.... Pali 31 jan .... Wawa 1 Feb.... Kami makan Kek yang di sponsor oleh my bro.....Dato' Aseri... dan makan sate... fuhh....burpp...alhamdulillah....


    kek ni sedap giler.... atas tu coklat....mmg best la....




    Masing2 dah siap duduk tempat masing2....


    Sebelum potong kek kena baca doa dulu...buat doa selamat skit...


    Amin....wawa...tudung ariani liplap liplap lagik....


    Aminnn....


    Apa lagi tiup la...lilin...






    Serbuuuu....



    Yang tua2 pun serbu jugak.....



    Malam bukak hadiah...


    Banyak jugak dpt hadiah...


    Antara audiences yang ader...


    Suka ye dpt banyak hadiah erk...


    Nanti den kawin ..jangan lupo hadiah den lak erk...









    Acara bersanding...


    Pengantin turun dari bilik nak g menyambut suami...


    Siap sedia nak g sambut suami erk...


    Senyum chek...


    Si suami udah menunggu dengan segaknya...


    Slim je hubby mu kakngah weh...


    Ensem bak pahlawan tuh....


    Hari hujan rintik2 masa ni tp tak ujan...


    Paparazzi dan mamarazzi men'snap' sini dan sana bagaikan artis....


    Senyum jgn tak senyum...


    Abah pengantin perempuan...penuh poket nampakkkk....


    Pengantin lelaki di singgahsana....


    Pengantin perempuan di singgahsini....


    Bagaikan dua sejoli....










    Ibu pengantin lelaki menepung tawar....


    Ayah pengantin lelaki...


    Abah pengantin perempuan....


    Ibu pengantin perempuan...


    sedara mara pengantin lelaki.... yang bagi bunga telur tu aku le.... hehehehe..






    Macam ku kenal je....ini mak aku daa....


    Selepas berhempas pulas memberi bung atelur dengan jayanya...aku makan le dengan lahapnya...bersama anak buah ku....Nadhirah....


    Di meja santap pengantin....amboi2...paklang, maklang, Ngah dan Mak aku....




    Keluarga pihak lelaki di meja santapan...


    Akak2 ipar aku melepak selepas kekenyangan makan....


    Alahai....ni akak aku yang sulong dan no.2... Embong dan Ngah....


    Aper la yg depa duk pandang tu....akak ipar ku dan mak pengantin...makteh aku le...


    Acara potong kek...kami sekeluarga ader sponsor kek untuk pengantin ni...


    Alah...suap2 lak...


    Gelak tawa, senda gurau si pengantin....


    Lentuk Kangah..jangan tak lentuk...




    Like mother like son....hampesss.....