The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, July 26, 2011

Kadar Zakat 2011

Jangan lupa jalankan kewajipan anda untuk membayar zakat. 


TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN

10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN
1.   Berbuka dengan membaca doa.   
2.   Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.   
3.   Bolehlah makan nasi & "noodles"
 
            Nasi                    "Noodles"
            Nasi putih            Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
            Nasi ulam            Koayteow  }
            Nasi kerabu
 
4.    Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.   
5.    Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.   
6.    Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.   
7.    Berhenti makan sebelum kenyang.   
8.    Lebihkan minum air.   
9.    Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.  
10.   Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:
           
            Nasi putih               Oats/ Nestum
           Roti/ Ban                Buah-buahan/ Kurma
   
Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.
  "BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"
   
Credit to : Disediakan oleh Klinik Kaunseling Obesiti Pusat Kesihatan, Program kampus Sejahtera

Ramadhan Al Mubarak


Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma lagik... Aku bersyukur kerana dipanjang umur buat masa ini kerana diberi peuang untuk melalui suasana dan beramal ibadat pada bulan Ramadhan akan datang. Marilah kita bersama2 mengumpul segala kebaikan dan pahala sepanjang bulan Ramadhan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita mendapat 1001 kebaikan dan rahmat sepanjang bulan Ramadhan.


Happy Birthday & Happy Anniversary

Pada 3 julai 2011 yang lalu, cukuplah umur 32 tahun... Alhamdulillah sepanjang umurku ini aku berasa begitu diberkati dan aku bersyukur dengan segala limpah kurnia dari ALLAH SWT kepadaku... Aku benar bersyukur... Tiada lain yang ku inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.


Kepada suami ku tercinta, Terima Kasih atas limpahan Kasih sayangmu kepada ku.... Aku bersyukur mempunyai suami sepertimu... Semoga kehidupan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat bersama anak2 dan cucu kita nnt. InsyaALLAH, Amin.... Selamat Hari Ulang Tahun 1 perkahwinan kita.....