Pada hari khamis bersamaan 9 jun 2011, jam 530 pagi kami terima panggilan telefon dari mak mertua ku dari Klang. Kami ni memang suspen kalau terima call pagi2 subuh2 gitu memang la bad news. Masa tu kami masih membuta lagi dengan deruan dengkuran krooh.....kroohhh.... baik punya...!!! Dan sememangnya betul, kami dapat berita rumah nenek sedara kami di rembau hangus terbakar. Hati berbelah bahagi nak cuti kecemasan ke or camner, selepas fikir2 family come first maka kami pun decide amik le cuti kecemasan tu. Terus bangun mandi, solat dan bersiap terus ke klang coz nak bawa mama n abah gi skali.
On the way gi, disebabkan perut aku masuk angin maka kami pun drive thru kat McD bli le breakfast meal utk kami berdua.. sambil makan sambil drive... oklah tu... manja gitu hubby ku makan disuap...
Berbalik kepada citer tragedi kebakaran tu, rumah wan tu rumah pusaka, dibina pada tahun 1962 oleh moyang mereka dengan kudrat sdri tulang 4 kerat. Takde maknanya nak suh cina buat, sume buat sdri beb... Masa aku gi tengok umah tu sume orang yang penah membesar kat umah tu sugul je... mana taknya rumah tu la tempat mereka bermain masa kecik2 dulu. Tempat mereka berkumpul ramai2 anak beranak... sekarang tu sume hanya tinggal kenangan.
Bersyukur, wan achik selamat sebab takde kat rumah tu, kebetulan dia berada di KL untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya. Wan achik tinggal sehelai sepinggang tapi nasib bak sume dokumen berharga macam geran tanah, IC dll ada disimpan ditangan dia.
Ini ada foto untuk tatapan sume...














No comments:
Post a Comment