The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, July 20, 2010

Marriage life

Salam,

Dah lama sangat tak update my blog coz quite bz with my conference, wedding, family activities.... Alhamdulillah on 4th July 2010, selamat sudah sy menjadi seorang isteri kepada suami ku, Mohd Shaffri. Termeterai la sudah aku janji sumpah setia kami berdua dahulu untuk membahagiakan life masing2 berpaksikan agama kami. InsyaALLAH, akan berusahalah kami untuk menjadi pasangan yang terbaik. Amin...

Aktiviti pada 3rd July 2010 adalah majlis khatam Al-Quran oleh anak2 buah ku serta marhaban oleh kumpulan ibu ku.. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn meriah dan mudahan2 diberkati olehNYA.

Pada 4th July 2010 jam 10 pagi berlangsung la pula majlis akad nikah... lafaz akad dan nikah itu disahkan pada jam 10.19am mengikut jam di video camera sy tu la.... dalam round that time la kan... Alhamdulillah sumenya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Diharapkan, kehidupan kami suami isteri akan diberkati dan dirahmati olehNYA hingga kekal abadi bahagia ke akhir hayat kami berdua bersama anak2 kami dan kedua keluarga kami. Tiada lain yang kami inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan akhirat..... InysaALLAH... Amin....

No comments:

Post a Comment