Dimanakah Pulau Ketam??? ermm... actually dekat je di Klang... dekat2 dan ke arah Pelabuhan Klang. Kenapa Pulau Ketam isu hari ini kerana last week, itulah destinasi percutian aku bersama Hubby dan familyku yg tersayang. Holiday kali ini Abangah aku yang ajak semua, actually plan nak pegi masa selepas kenduri Kahwin aku di Klang tapi kerana terlalu ramai yang konvoi so plan itu di postponed ke minggu depannya. So dapatlah aku dan hubby aku joint the club... hehehehee....
Permulaannya memang tertanya2 kat mana Pulau Ketam ni dan apa aktiviti yang ada kat sana? Tengok dalam web takde banyak info tentang Pulau Ketam ini. Kalau ada pun hanyalah sebuah perkampungan cina. Agak risau juga.. tapi apa yang penting aku dapat spend time with all my family. Aku gi sana pada 17th July - 18th July (2 days). Kami pakat berkumpul di RnR awan besar jam 11am, kami lah peserta paling awal... hehehee....excited tuh nak g jenjalan. Setelah sume korum cukup so kami gerak ke Jeti Pulau Ketam kul 11 lebih. Korum yang g adalah family Embong, family Ngah, family Ri, family Kama, family Zura, me & Hubby, mak dan ciktot. maybe dalam 20 org gitu la...
Kat jeti, member Abangah dah tunggu untuk ke pulau tu, sekali tengok naik speed boat... wahhh..... aku suker.... mencabar tuh!!! Bayangkan dalam lebih 20 orang naik speed boat so sume rasa suspen... tp best dan excited.... Naik boat lebih kurang amik masa 30min la.. panorama sepanjang perjalanan naik bot memang syiok.. nampak hutan bakau, kapal kontena berlabuh, boat2 kecil etc.... sampai ke tempat yang dituju tu sebuah jeti persendirian di perkampungan cina. Pelik jugak sbb sume cina... cina tu pun pelik tgk kami ni agaknya. Melayu dari mana la nih... kekekkeee... Perkampungan kat situ sume atas air, syiok wooo..... smpai terus chek in kat lodge.... nak ke lodge tu kena lalu tepi2 rumah orang... Lodge tu ada 7 bilik so cop la room masing2...
Yang menarik disini adalah transportation utama masyarakat disini adalah BASIKAL so kami yang jakun ni macam orang tak penah jumpa basikal, mengayuh kesana ke sini... yang seronok mestilah bebudak... tapi tak kira budak kecik or dewasa sume mcm tak penah naik basikal, kelakar giler...
Aktiviti di Pulau Ketam
Aktiviti yang ada disini yang kami lakukan adalah memancing, tengok boat, lepak tepi jeti, tengok nelayan naikkan ikan n udang, berbasikal dan berjalan ke pekan. Best la sebab new experience for us untuk holiday kali ni. Selalu lepak2 makan2 tepi pantai, shoping2... kali ni tidak... juz abih kan masa lepak dan berjalan2 melihat kehidupan masyarakat lain... serta memancing... syiok wooo bila dapat ikan nih....
I think this is the best honeymoon i've ever had... no need something romantic but the most important is the quality time that i spend with my beloved hubby and my precious family. Maybe the best honeymoon could be the family day on this 31st.... maybe.... kita tungguuuuu....
Foto @ Pulau Ketam:-
No comments:
Post a Comment