The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Wednesday, September 29, 2010

Pertunangan sepupu suamiku

Pada 25 sept 2010 yang lepas kami berdua menyertai rombongan ke kuantan bersama sebahagian keluarga dan wakil2 pihak sepupu suami ku untuk majlis peminangan. Kami bertolak dari umah OK jam 730am, lepak untk breakfast di Mamak corner kat Taman melati while waiting for the bus lalu. Dapat SMS mengatakan bas bertolak kul 730am dari Shah Alam. Selepas breakfast, kami gerak dulu... kami dah inform if anything juz tunggu di tol gambang.

Lepas gerak ke kuantan tu, perut memulas plak... stop kat petronas tgh2 hiway bentong-kl tapi penuh la plak.... Kami teruskan perjalanan je sebab memulas tu sekejap2 je. pastu sampai satu tahap tak taan terpaksa berhenti juga so stop la kat RnR lanchang. Buang lah segala apa sisa toksik yang ada, lama gak duk dalam toilet tu. Bila keluar je my hubby kata bus baru lepas dalam 5-10 mins. Kami pun pecut untuk dapatkan bas tu, alhamdulillah dekat nak RnR temerloh.. bus stop coz ada yg nak g toilet dan ada yang nak tukar baju segalanya. Kami berdua amik peluang berjumpa dengan mama dan abah kat kedai.

Mama suh makan dulu sebelum gerak ke kuantan, selagi tak makan selagi tu mama bising.... hehehhee.. dah tau peel dia, kami berdua share makan sikit sebab masing2 perut tak selesa coz makan kari mamak pagi tadi nya. Kami makan nasi lemak, sedap sambal tumis mama... dgn ayam goreng seketul... minum plak abah belanja mescafe tarik... TERIMA KASIH MAMA & ABAH.... Hati rasa terharu bila abah kata "BALIK JUGA ANAK ABAH NI.." huhuhuuuu... sambil makan2 sambil citer2 macam2 la... aku selitkan juga suh dema tuh rehat secukupnya.. jangan le keje berat sangat... terutama abah coz dapat tau citer, abah pengsan masa dalam keta tgh drive kat tgh jalan... perghhh.... seriau giler dgr!!! Alhamdulillah, ada orang yang kenal dan bagitau mama.... terus kena masuk Hospital tapi sehari je masuknya katanya lah.... Erm.. sabar je lah!

Dah agak lama dan abis makan tu kami pun gerak ke Kuantan, bus tadi dah lama gerak dulu... Kami sampai ke tol dgambang tu dalam kul 12 noon dan sampai ke rumah pengantin pompuan dalam kul 1230pm. Jauh dari target nak sampai tapi biasa la.. hope they'll understand kan. Sampai2 je terus aku kena bawa kek hantaran, pastu teruskan dengan upcara peminangan. Straight to the point takde pantun2 ke aper ke... simple and easy. Alhamdulilah sume selesai, lepas tu makan lunch... lauk sedap2 siap ada kambing golek lagi... mcm masa aku kawin dulu kat Klang.

Dah siap makan masing nak gerak balik... kami balik ke bentong dulu esoknya baru balik ke KL.. bus plak terus balik ke KL. Kami singgah masjid solat sume dulu pastu baru balik, masa nak singgah masjid ternampak laut so stop dulu amik foto then rehat2 jap baru g masjid. Hehehehe... Lepas solat sume, gerak nak balik kami singgah Jaya Gading nak beli keropok kering dan lekor. Gerak kul 3 lebih kot smpi kul 5 lebih la... smpi2 terus berehat sakan... penat giler.. sian suami ku....

Ini ada aku upload sikit foto masa majlis tuh.

Ini foto kami berdua masa on the way ke Mamak corner nak brekfast.

Ini lah dia bus yang membawa rombongan peminangan.

Muka2 ceria nak g menyertai rombongan peminangan sepupu suami ku.

Macam dia plak nak g menikah ye.. teringat masa dulu2 ye...

Segak suami berbaju melayu....

On the way ke rumah perempuan....

Signboard kerumah nya.. Kampung Kempadang.

Rombongan dah sampai so amik tempat2 dan hantaran masing2...


Bapa pengantin lelaki berbaju kuning, Uncle Shafik dan pengantin lelaki berbaju Oren.. Halim.

Upacara bermula....

Hantaran dan majlis perbincangan hampir berakhir...

Inilah dia ibu kepada lelaki menyarungkan cincin pertunangan ke jari bakal anak menantu....

Berposing bersama hantaran dan pelamin.. nice and sweet..

Simple...but sweet...

Lepas selesai majlis.. makan pulak..lauk sedap2...

Inilah dia pasangan bakal pengantin...

Bakal pengantin baru dan pengantin tak brape nak baru... tp baru juga lagi sbb baru 3 bulan...

Sebelum g masjid ternampak pantai so amik foto dulu la.. amik angin, buang angin... naik hangin pun ada...

Lawa view nyer... alam ciptaan ALLAH yang MAHA BESAR....

Ensemnyer la... ni pun ciptaan indah ALLAH SWT....

Inilah lagi ciptaan ALLAH SWT yang paling manis dan indah...

Model keta saga...

Berposing bersama suamiku....


Menusuk kalbu betul papan tanda nih... hahahahaha... tak faham2 lagi ke....

Tuesday, September 21, 2010

Raya sakan 2010

Tahun 2010 adalah Aidilfitri yang pertama aku menyambut sebagai seorang isteri dan bersama suami tercinta. Perasaan rasa seronok dan bahagia sebab dah ada teman yang menemani dan ada geng nak pakai baju sedondong warnanya. Hehehehee.... Raya tahun ni walapun sakan tapi bab shoping takde la sakan sanagt lebih membeli baju kerja je coz baju kurung dan baju melayu kami dah buat siap2 masa nak kawin dulu. Baju2 tu semua dijadikan barang hantaran so save bajet kan.. kekekeke... Kaler tema aku dan suami adalah kaler hijau lumut kot... itu kaler tema di bentong, kalau balik lang plak planning kami nak pakai kaler pepel.


Tahun 2010 ni kami beraya di bentong dulu dan hari raya ketiga balik ke Klang plak untuk beraya bersama mertua ku. Kami balik ke Bnetong pada hari rabu lepas keje bersama Kaklong Huda (anak buah ku). Kunun2 beli mcD siap2 coz takut hiway jem teruk tapi hampeh.. jalan clear abisss.... takes time 1 hours je nak sampai umah mak kat bentong. Elok sampai tak lama tu my oldest sister pun samapi juga dari Ipoh. So hari tu berbuka beramai2 la kat umah... Seronok!!! erm.. Raya tahun ni yang beraya di bentong adalah Embong, Ri, Yip, Zura, aku (yan) dan adik bongsu citot. Beradik yang lain sume beraya umah mertua masing2.

Disini aku upload skit foto2 semasa malam raya, Raya pertama, Raya kedua dan seterusnya...


Masa ni Raya ke 3, aku pulang ke kampung suami ku di Rembau, Negeri Sembilan. Abah mertua ku, suami ku dana anak buah ku sedang memetik buah rambai .

Ini adalah anak buah pertama suami ku, nama dia IZZ AEDEN AMZAR berumur 2 tahun. Masih pelat kekadang sepatah haram tak faham apa dia cakap...

Aku menunggu sambil melihat anak buah ku tu merayap ntah ke mana...

Raya Kedua, kami g beraya ke kampung Arwah Abah ku kat Karak setia. Mula2 g umah Mak kecik dulu. yang g konvoi 9 bj keta. Perghhhh..

Pastu g umah adik abah plak iaitu Pakngah Mamat, pakngah ni tak sihat sangat tapi masih berdaya lagi. mula2 dulu dia kena stroke so lemah sebelah badan. Ini adalah adik abah sedarah sedaging satu mak satu bapak.

Bila sume family ku ada berkumpul, penuh rumah Mak kecik nih.. Ini lah umah arwah wan tempat kami main masa kecik2 dulu...



Masa pagi raya ke 2, kami g ziraha kubur abah. Kami buat tahlil skit... Kubur ni dah lawa dan bersih sangat compare dgn dulu maybe sbb sekarang dah ada orang yang jaga. Alhamdulillah, semoga ALLAH memberi 1001 kebaikan kepada orang yang menjaganya.

Tahlil ni diketuaio oleh Ustaz Ayoi a.k.a Dr. Kojie, anak embong yang sulong... Sekarang ni dia dah lepas balik ke Mesir dah coz cuti semester dah nak abis.


Masa pagi raya, saat ditunggu2 sesi bermaafan. Hubby ku meminta untuk sesi ni dilakukan di depan orang diruang tamu. Sabar je lah.. Nasib baik kon sporting.. hehehhee.. tapi malu la jugak... tapi seronok sebab dah ada suami..

Sesi berfoto : - ini foto kami beradik2 dgn mak...

Embong sekeluarga dgn mak...

Ri sekeluarga dan mak

Aku bersama suami ku tercinta...

Selepas solat Raya, masing2 balik kelaparan mencari makanan...

Suami ku tengah call mama kat klang.. sian mama beraya dgn abah n kak mira je...

Antara tetamu yang balik awal dari solat raya, khutbah tak abis lagi dah balik sebab perut dah lapar...

Ni dia.. hampeh tul..

Kon di pagi Hari raya 2010... ayu gitu...

Umah di pagi raya selepas kemas2...

Kakak aku yang sulong tengah memasak lontong untuk makan esok...

Dapur bersepah sebelum kemas coz sibuk menyediakan hidangan untuk tetamu jemaah masjid yang datang bertakbir...

kon tgh bukak uih2 dan kepek2 utk kon makan.. huauauhahaua...

Jemaah masjid bertakbir... lepas abis bertakbir, makan2 dulu then diorg gerak kerumah yang lain plak...



Tuesday, September 7, 2010

Aidilfitri 2010


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin diucapkan kepada semua, semoga Syawal kali ini memberi 1001 kebahagiaan kepada kita semua dalam melalui kehidupan ini. Kami suami isteri menyusun 10 jari masing2 memohon keampunan serta kemaafan diatas kekhilafan yang telah kami lakukan secara sedar mahupun separa sedar. Halalkan makan dan minum kami selama kami hidup. Terima Kasih atas segalanya.

Kepada sahabat2 dan saudara2 kami, berhati2 ketika memandu... semoga kita semua selamat sampai ke kampung mahupun ke mana2 destinasi...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.......

Thursday, September 2, 2010

Malam Lailatulqadr

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"

Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


-- Credit to Al Azim.com --