The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Sunday, September 28, 2008

Jika ini kisahnya...

Sebenarnya apa kah rasa dalam hati aku??? Apa sebenarnya yang aku mahu? Entah lah, dimana silap aku agaknya.. Hati ini rasa sunyi sangat tapi aku hadapi dan tangani sebaik mungkin, namun aku hanyalah insan biasa yang kekuatan itu hanya setakat mana. Tiada siapa di dunia ini yang mahu kan kesunyian menjadi penemannya, kesedihan menjadi kawannya.... Aku..entah lah!

Ahmad Zamani Othman, ini adalah insan pertama yang menyukai aku dalam diam2 semasa di sekolah dulu namun disebabkan aku tidak pandai dalam bab2 ni jadi itu hanyalah tinggal menjadi kenangan ku. Kenangan manis ....? Mungkin..... Zaman sekolah adalah zaman yang aku takkan lupakan sampai bila2. Disaat diri ini dikelilingi kawan2 yang sekepala menjadikan kehidupan ku begitu ceria dan bahagia. Tiada saat pun yang menyentap jiwa ku.....tiada duka, sedih dan perit tapi hanya kebahagiaan yang meliputi. Happy sungguh masa tuh, ada masalah pun bila jumpa kawan2 masalah jadi cebisan je. Saat aku diusik dan disakat kerana seorang lelaki beminat pada ku. Hehehe....kelakar sungguh! Zamani, aku masih teringat lagi disaat kau mengintai2 akan diri ku... masa aku memberi sokongan semasa kau bermain bola mewakili sekolah ku... Muka merah kau saat bertembung dengan diri ku semasa balik sekolah...semasa bertembung dengan kau semasa di hospital, patah bahu kerana main bola. Masa tu kebetulan aku dihospital juga kerana nenek ku kemalangan. Kami bertembung di bilik X-Ray. Ya ALLAH, kelakarnya lah zaman sekolah dulu...seandainya, boleh diputar ke zaman itu..pasti aku akan happy gila! Namun begitu, kenangan kita hanya setakat sampai tingkatan 4 sebab kau bertukar sekolah...
selepas tu takde jumpa dah.....

Habis SPM, aku sambung belajar ke kolej swasta...EDI...aku belajar situ dengan kawan baik aku..ZULI...dia memang kawan aku yang sejati. Susah senang kita sama2 ... Kau nangis, aku nangis sama....kau ketawa, aku pun turut ketawa.... Sebelum aku belajar di kolej, aku berkerja di restoran Zuli, masa di situ aku berkenalan pula dengan seseorang... Mat Zawawi Ismail. Baik orangnya, rajin dan peramah. Namun dia mempunyai latarbelakang yang kurang baik. Aku hanya bertindak seperti seorang kawan, menasihati disaat memerlukan, memberi dorongan dan galakan disaat dia kecewa... Tanpa aku sedari, dia menaruh hati padaku. Namun aku terpaksa membuat keputusan yang menghancurkan hati dia, maaf bukan niatku tapi aku terpaksa kerana aku perlu memikirkan masa depan ku. Dia adalah bekas penagih.....tapi aku percaya semangatnya untuk terus berubah amat menebal dalam dirinya. Aku sayang padanya.....saat terakhir aku bertemu dan berterus terang dengan dirinya adalah pada seminggu selepas raya tahun itu, tak ingat pulak tahun bila. Kami berjumpa di KFC bentong...dia ingin sangat berjumpa dengan ku. Belum sempat dia berkata apa2, aku berterus terang dengan keputusan ku. Dia terima dan amat hancur hatinya, dari riak mukanya...sememangnya sedih dan kecewa yang teramat sangat. Selepas seminggu dari kejadian itu, barulah aku tahu...dia telah memberitahu keluarganya untuk meminang diri ku... Ya ALLAH, kejamnya aku....kesian Awi! Maafkan diri ku....

Di kolej, semua yang terjadi mematangkan diriku namun tiada apa yg berubah dengan karakter ku... aku seorang yang pendiam namun tak banyak kerenah tp nakal jugak. Hanya mereka yang amat kenal dengan diriku amat memahami dan mengenali diri ku sebenarnya. Tahun terakhir ku di kolej EDI.. setelah 2 tahun menimba ilmu, baru aku tahu aku mempunyai secret admirer... apabila kawan2 ku memberitahu siapa orangnya aku masih tak tahu dan tak kenal, bayangkan lah orang itu adalah kawan sekelas ku...masih aku tak kenal lagi. Semuanya bermula semasa majlis berbuka puasa merangkap majlis perpisahan badge kami DCS 98. Norisham Sanip, itulah orangnya..perkara pertama yang dibuat adalah mengirimkan kad raya untuk ku..dan aku membalasnya, disitulah permulaan hubungan kami. Aku terasa ini adalah cinta pertama untuk diri ku. Perasaan yang membawaku ingin pergi jauh lagi dalam kehidupan ku iaitu perkahwinan. Aku berubah segalanya, dari perawakan ku, sikap ku dan perasaan ku. Aku rasakan ini adalah perasaan paling ikhlas pernah ku berikan kepada seorang yang bergelar lelaki. Aku perkenalkan kepada keluargaku, maksudnya dialah lelaki yang bakal menjadi pasangan ku. Namun aku terima ketentuan ku, hubungan suci ini telah musnah di pertengahan jalan. Yang mana punca segala kejadian masih menjadi tandatanya kepada kami berdua. Mungkin bukan jodoh kami.. Dia pun dah selamat dan bahagia dengan kehidupannya bersama isteri dan 2 orang anak yang comel.
Kekecewaan itu mendorong aku menolak lagi perasaan cinta itu. Kecewa itu begitu sakit....namun aku berjaya ubati kekecewaan ku dengan mencabar diriku untuk melanjutkan pelajaran. Alhamduliilah aku berjaya! Masa yang agak lama juga nak mengubati kekecewaanku. Yang tau aku dalam kesakitan akibat kekecewaan ini hanyalah ALLAH SWT & kawan ku ZULI. Dia tahu bagaimana aku menangis setiap hari, bagaimana aku melarikan diri dr kesakitan itu serta dr kenangan2 aku bersama dia.Tapi aku redha semua itu terjadi kerana ku tahu, pasti ada jodoh yang untuku. Terima kasih kerana menyayangi diri ini!

Tatkala aku berusaha memulihkan sepenuhnya kekecewaanku, ada seorang lelaki yang ikhlas untuk berkawan dengan ku. Aku berasa gusar untuk menerima dirinya kerana aku masih dalam proses pemulihan perasaan dan hati. ABDUL RAHMAN, itulah nama yang pernah bertakhta di hati ku. Dia menghulurkan perkenalan dan aku menyambutnya tanpa apa2 rasa..kami berkawan dan seterusnya melangsungkan pertunangan. Keputusan itu diambil dalam masa yang begitu singkat tanpa memikirkan bagaimana hati ku...benar2 kah ini keputusan ku, namun semuanya telah terjadi. Namun aku percaya jika rasa itu di pupuk pasti akan terpahat sesuatu. Aku berserah kepada ALLAH TAALA....tapi sudah menjadi ketentuan Yang Maha ESA. Jodoh kami tak panjang. Pada masa ini, keadaan ku bagaikan tak menentu...aku berperang dengan keluargaku, aku menangis setiap waktu, aku ketawa dalam sengsara, aku tersenyum dalam duka....ALLAH saja yang tahu keadaanku pada waktu itu. Aku tidak kecewa disaat aku putus tunang tp yang membuatkan aku begitu sedih dan kecewa kerana aku telah membuat Ibu ku dan keluarga menangis kerana diri ku. Selepas peristiwa ini, kehidupanku tidak lagi ceria dan gembira seperti selalu. Riak muka selalu melukis kedukaan dan kesengsaraanku. Tiada apa yang mampu aku lakukan untuk menyembunyikan keperitan yang aku alami. Maafkan diri ku.....

Selepas apa yang terjadi, aku didatangi seorang lelaki yang baik untuk diriku, namun dia terpaksa menolak atas kekurangan dirinya. Kami berkawan baik seperti biasa tapi kelamaan satu perasaan timbul dihatiku seperti mana perasaan ku kepada Norisham dulu. Aku berusaha untuk menawan hati tapi alasan kekurangan itu tetap menjadi penghalangnya. Setelah meminta untuk berterus terang, satu jwapan yang sama aku terima iaitu HANYA KAWAN. Biarlah jodoh menentukan segalanya. Dan sehingga kini ianya tetap menjadi realiti. HANYA KAWAN...selepas ini mungkin tiada lagi HANYA KAWAN tapi hanya tinggal kenangan. Selepas pemberian terakhir hadiah darinya, aku cuba untuk call or SMS tapi tiada jawapan. Selama 2 hari berturut2 aku mencuba namun tiada juga....maka aku fahamlah segalanya.... HANYA KAWAN tinggal HANYA KENANGAN! Terima kasih awak atas segalanya! Saya sayang awak...jaga diri bebaik & senyum selalu!

**itulah kisah2 ku dengan insan2 yang pernah bertakhta dan singgah di hati ku.. Kenangan2 tu tetap bersemadi dalam lipatan memori ku. Jika ini kisahnya, maka aku bersedia untuk berseorangan sampai bila2!

No comments:

Post a Comment