The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, December 5, 2008

Insan yang aku sayang!

Dalam hidup aku, ada org yang aku sayang sangat2....kompom2 keluarga ku adalah orang2 yang aku cintai dan sayangi banget....takkan ader org dpt mengubah cinta dan sayang aku pada keluarga aku. Walaupun aku tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta aku kepada kelaurga ku tp yang pasti aku amat menyayangi mereka semua. Jangan sesapa pun berani untuk menyakiti kelurga ku. Ader berani, sila lah...akan aku amuk satu Bentong nanti...!! hehehehe...

Individu ini memang aku sayang sangat sebab aper ... ntah le....tp sifat kasih dan sayang tu memang dah ader je dalam hati aku ni. Individu ini ialah NOOR ILYANA PALHUDDIN. Aku tak pasti kenapa la aku sayang sangat dia ni. Tapi banyak kisah2 yang membuatkan aku terlalu sayang pada dia. Akan aku ceritakan satu persatu disini....harap apa yang aku coretkan ini tidak disalah anggap oleh kamu2 semua. Aku hanya ingin tribute citer ini untuk dia...individu yang banyak menolong aku ...

NOOR ILYANA PALAHUDDIN
Saat pertama kami berjumpa adalah pada tahun 2003 semasa kami belajar di UPM dalam jurusan KOMUNIKASI. Aku tak ingat camne bleh kenal dan rapat dengan Yana. Yang aku ingat masa kelas bahasa inggeris kot....kami sekelas...saat tu rasanya aku takde buku lagi so aku share buku dengan dia....from that moment terjalin la hubungan antara kami sebagai sahabat. Ya ALLAH, kenapa la aku boleh tak ingat semua2 kenangan dan perkara indah yang terjadi semasa belajar di UPM dulu. Rasanya macam best giler je...tp aku tak ingat....

Dari penceritaan Yana, dia mengenali aku dan sudi untuk berkawan dengan aku sebab Apai yang suruh dia berkawan dengan aku. Aku dulu seorang yang pendiam sangat...tak kisah pun kalau tak bercampur or berkawan dengan orang. Yana takut tengok aku coz muka aku agak serius dan garang, tapi bila dah berkawan rapat...baru tau bagaimana sifat aku.. Aku ni FUNNY orangnya..heheheh....kan aku dah ketawa dulu so kompom la Funny kan....!!! Memang bagi mereka yang tak berapa mengenali aku memang takut nak dekat...tp bila dah kenal aku sememangnya aku manusia yang friendly dan kadangkala boleh jugak kecoh banget!!!

Aku dan Yana selalu dalam group yang sama bila buat assignment...grouping bersama dengan 2 lagi sahabat kami iaitu SALWA dan PIJA... kami berempat ni memang macam ader gam je melekat sebab selalu bersama2. Ponteng bersama, makan bersama, berjalan bersama ......tak kira aper la sume bersama2.... Setiap daripada mereka ni ader karakter nyer tersendiri....jadi sifat aku adalah melayan orang dengan mengikut karakter masing2. Dengan Salwa, karakternya adalah agak ganaz dan indipendent... Pija pulak agak ganaz juga dan gila2 orangnya so bila dengan dia memang kami suka buat lawak2 yang memang lawak.. Ader je perkara yang boleh dibuat lawak. Dengan Yana pulak, dia adalah seorang yang begitu rapuh sifatnya, manja, kebudakan2, sweet..... baik budaknya berbanding dengan kami bertiga. Yana juga indipendent orangnya..

Semasa berkawan dengan Yana, aku rasa Yana ni perlukan somebody untuk take care dia coz dia kat KL bersorangan, family jauh dan she's very innocent person. Thats y aku very protective dan jaga dia baik2...aku selalu bergayut telefon dengan dia dulu...sampai mak dan kakak aku marah sebab bil melambung tinggi. Hehehehe.... bukan dengan yana ni je aku bergayut tapi dengan kawan baik aku dulu pun bergayut gak. Padahal baru balik dari jumpa dia tuh....kekekek...bukan aper syok cakap tepon dengan kawan aku tu, dia memang orang yang sempoi dan kelakar giler.

Sejak dari tu kami rapat sangat sehinggakan Yana mudah untuk berbicara pada aku walaupun apapun masalah dia. Sedangkan sifat semulajadinya adalah begitu susah untuk menceritakan masalah dia. Tapi dengan aku, dia begitu selesa berbicara...dan sebab itulah segala masalah yang menimpa kehidupan nya dulu aku tau..apa kesusahan yang dia hadapi, kesedihan yang dia tanggung, keperitan yang simpan... Aku advice dia untuk menceritakan setiap permasalahan dia kepada sesiapa sebab bila dipendam dan disimpan mesti dia kesakitan menganggung sendiri. At least apabila bercerita kat somebody, berkurangan apa yang terbeban kat hati. Itu teori aku la...dr dulu....

Dari situ lah, aku tahu bagaimana dia sedaya upaya untuk memulihkan ingatan dan memori dia untuk mengingati segala kenangan dan kejadian yang berlaku setelah dia terlantar koma selama 2 minggu dihospital akibat demam panas. Parent Yana tak tau langsung coz Yana sembunyi hal tu.. Bagaimana Yana menghadapai saat2 sukar apabila mendapat tahu tentang berita Alongnya yang...erm..takyah citer la bab tuh erk..!! Aku tak pasti whether masa tu aku memberi dia semangat dan kekuatan supaya Yana menceritakan perihal itu kepada parent dia. Aku memang menjadi seorang pendengar yang setia untuk dia masa tu. Dalam segala hal aku bagi dia semangat dan kata dorongan untuk dia terus kuat dan tabah menghadapi kehidupannya. Aku tahu sebab Yana selalu ulang kata2 yang pernah aku ucapkan pada dia dulu, sekarang ni! Aku memang mudah LUPA!! heheheh....

Aku ingat lagi, masa peperiksaan akhir semester...Yana kena demam agak panas gak le suhu dia. Aku tak tido jaga dia sepanjang dia demam tu sampai kan aku study pun sebelah dia. Macam tu lah Yana, bila nak exam je mesti mengalami gangguan seperti tu..maybe darah gemuruh kot! tapi aku riso sebab Yana ada history demam panas so memang aku care dia sangat2. Anak orang weh, kang apa2 hal jadi...naya le aku, kan!! 2 malam jugak aku tak tido lena sebab jaga dia...tuam kain basah kat kepala dia...bagi dia makan ubat, buatkan sup untuk dia...mcm2 la...nak wat camne dah kat umah tu kami2 je yg ader so take care each other le kan. Akhirnya satu malam tu aku pun demam sekali tapi antibodi aku kuat...esok dah ok skit. Cuma Yana je yang masih demam panas...masa hari exam, kami g lepak surau nak study tp aku tak study sebab Yana baring kat paha aku dan keep calling me coz nak air...maybe haus kan tekak kering....panas dalam kan. Aku memang caring dia betul masa tu dan aku tau ader mata2 yang memandang sinis pada aku sebab terlalu caring. Aku tak kisah sebab mereka tak kenal kami..Sedih jugak tapi aku terima sumenya... Last2 masa result kuar, result Yana lagi gempak dari kami2 smua.Hampeh tul la....tapi aku bangga dan gembira sebab itu harapan dia...target dia adalah nak berjaya macam kakak2 dia coz dia penah hadapi kegagalan masa SPM dulu so kat UPM ni la dia nak tunjukkan pada parent dia pun bleh berjaya.

Masa Yana belajar ni, aku telah kenalkan Yana pada kawan sekolej ku dulu.. MOHD NAZRIL HANIFF.. until now mereka bahagia dan akan berkahwin tak lama lagi, InsyaALLAH bulan Mac 2009. Disaat mula2 perkenalan mereka, aku yang aturkan segalanya...selebihnya atas usaha mereka sendiri. Aku yang aturkan mereka berjumpa di reunion dengan kawan kolej aku dulu...aku bagi no hp Yana pada Nazril. Selepas tu aku aturkan beberapa pertemuan antara kami, dan tempat pertama rasanya kat KL sentral kot...aku pun dah tak ingat dah....gi makan nasi ayam. Pastu kat KLCC dan selepas dari bebrapa pertemuan kami bertiga, mereka berdua membuat pertemuan antara mereka berdua. Yang aku ingat mereka berjumpa di PWTC... Sejak awal perkenalan mereka, aku menceritakan serba sedikit sifat Yana kepada Nazril agar dia dapat mengenali Yana lebih dalam dan memudahkan mereka berdua. Aku selalu pesan pada Nazril, Yana bukan mcm perempuan yang lain. She's different! Dia budak baik....sayangilah dia, jangan lukakan hati dia, jaga lah dia baik2, limpahilah segala kasih sayang yang kamu ader untuk dia...berikanlah kebahagiaan untuk dia! Itulah selalu pesanan aku pada Nazril, Aku harap dia ingat dan berpegang pada janji2 dia! Walaupun banyak kemarahn dan kejian dilemparkan pada aku, tapi aku redha dan terima segalanya sebab aku sayang enkorang berdua. Korang dua2 kawan aku....

Akibat dari terjahan dan lemparan kata2 nista itu, sifat aku terhadap Yana........caring aku pada Yana....terpaksa aku kurangkan kerana aku tidak mau perselisihan faham berlaku lagi. Yang pasti Sayang aku pada Yana macam biasa je...cuma perkara2 tu je yang rasanya menyedarkan aku perlu membatas segalanya. Aku ni bila berkawan dan dah menganggap dia sebagai family, memang aku sayang banget dan jaga....tapi bila dah mendatangkan masalah, aku terpaksa bertindak mengikut cara yang sebaiknya. Maafkan aku if cara aku salah dan menyusahkan semua pihak. Aku bersifat keras hati sekarang ni sebab aku ni sifat semulajadinya seorg yang lembut hati...aku memang lemah bab2 kasih sayang ni sebab aku ni memang penyayang banget orangnya. Bagi aku kasih sayang tu amat2 la penting.....

Erm...Yana ni manusia yang banyak tolong aku. Semasa aku menganggur dulu, dia la yang tolong byrkan sewa umah aku...makan aku...tambang bus n teksi....mcm2 la.... Memang aku ingat sangat segala budi dia pada aku. Dia bleh dikira sebagai sahabat masa susah dan senang.... sebab tu aku sayang kat dia dan tak kisah sangat dengan dia... Semua orang tak tau kisah2 kami tatkala susah dulu....kami berdua aje...yang lain dah lepas kemana dah....kat umah tu kami berdua je...so we take care each other. She's help me a lot!! Indeed....

Yana la jugak yang menunjukkan bagaimana cara nak tunjukkan kasih sayang aku pada mak aku...Yana yang ajar aku supaya ciumla kat pipi mak selalu bila bersalaman dengan dia bila balik kampung atau nak kemana2.... Wish mother's day... bila call always mention that 'SAYANG MAK..." pertama kali aku buat tu semua, lepas cakap dengan mak...aku nangis teresak2 sebab thats is the most HAPPY n TOUCHING moment to me!

Oleh itu, aku nak ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga kepada Yana atas segala budi dan jasa dia pada aku. Aku doakan dia BERBAHAGIA bersama insan tercinta, keluarga tersayang.... Aku berdoa agar dia selalu diRahmati, diBerkati dan diLindungi oleh ALLAH SWT. Ya ALLAH, Kau berikanlah dia sebenar2nya kebahagiaan di dalam hatinya, Kau jauhilah segala kesedihan dari hinggap di hatinya, Kau hindarilah dia daripada keburukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, Kau permudahkanlah segala sesuatu yang amat baik untuk dirinya... Aminnnn....

Yana, saya sayang Yana tau.... Saya marah2 tandanya SAYANG, saya benci2 pun tandanya SAYANG jugak... Its not easy for me to be like this, which is NOT ME at all!!!

No comments:

Post a Comment