The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, February 10, 2009

Jodoh ku...

Jodoh, ajal, maut dan pertemuan semuanya di tangan ALLAH SWT... Aku mau cepat tapi ditentukan ALLAH jodoh aku lambat... aku terima! Aku percaya pasti ader sebabnya ALLAH SWT melambatkan jodoh aku... sesungguhnya hanya ALLAH TAALA tahu aper yang sebaik2 nya untuk hambaNYA... kan.. kan.. kan....

Aku bukan lah seorg yang terdesak untuk 'MEMILIKI' dan 'DIMILIKI' sebab aku percaya sesungguhnya itu semua adalah keje Tuhan. Aku hanya folow arah yang telah ditentukan olehNYA kepada aku. Jikalau aku bersungguh hendak berkahwin pun tapi masih belum dizinkan Tuhan takkan le nak kawin juga... Aku masih lagi boleh berfikir dengan sebaik2 nya... ALLAH dah bagi aku akal untuk berfikir segala ketentuanNYA.

Jika tidak kerana aku fikir segala ape yang berkaitan jodoh aku adalah ketentuanNYA, kemungkinan aku akan berkahwin dengan sesapa sahaja tanpa perlu memikirkan hal2 yang lain. Jika berkahwin itu amat mudah semudah itu.... tak perlu aku untuk berfikir berkali2 dan memikirkan segala Pro dan Kontra nyer.... Dah ader pun orang sanggup menunggu aku tapi kenapa aku takleh nak terima...sebab hal ini melibatkan hati dan perasaan serta jodoh ku. Jika aku tak fikirkan Pro dan Kontra nyer pasti aku akan tersalah langkah...

Memang betul perkahwinan bukan lah sesuatu yang mudah dan diambil mudah. Sebab tu la aku akan fikir semasak2nya... Yang pasti aku akan berdoa pada ALLAH... apakah perkara yang sebaiknya untuk aku... Aku memohon padaNYA agar membuat pilihan yang tepat dan diredhai supaya aku tidak akan tersalah arah.

Aku rasa andai kata satu hari nanti aku ditakdirkan untuk sendirian hingga akhir hayat pun aku terima! Aku redha... jika itu sebaik2 nya takdir ALLAH untuk aku.....

1 comment:

  1. aminnnn... insyaALLAH, ALLAH da janji selagi kita berdoa dan mengharap padaNYA kan???

    ReplyDelete