The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, March 13, 2009

I'm juz realize i'm not strong enuff to losing my BEST FRIEND!

Aku adalah insan yang tidakle sekuat mana hati nyer. Aku hanya insan biasa yang mempunyai sekeping hati yang penuh dengan kasih dan sayang yang seikhlas mungkin. Aku mudah menangis, aku mudah kecil hati, aku mudah terasa, aku mudah terluka... namun aku berupaya untuk melihat setiap terjadi dari suatu sudut yang positif. Sebaik mungkin aku menjadi insan yang penyabar....

Tapi hanya ada sesuatu yang membuatkan aku berasa amat2 sedih dan berkecil hati. Sehinggakan apabila aku teringat dan berbicara tentang hal itu, ianya mampu menitiskan airmata ku tanpa diduga .... dan tanpa diminta.... Maknanya perkara itu benar2 menggores hati aku.... kalau gores dan menang hadiah takpe jugakkan....

Aku apabila berkawan aku amat setia, aku sayangkan kawan2 aku, aku benar2 berkawan.... aku sanggup bersusah payah kerana seorang kawan itu. Aku sanggup untuk susah senang bersama... aku sanggup harungi segalanya bersama.... Aku sanggup berhabis segala untuk menolong kawan aku.... Tidak semua kawan aku bernasib baik seperti aku... Aku bersyukur aku dilahirkan dalam keluarga yang amat mementingkan kasih sayang keluarga serta mempunyai kehidupan yang baik.... Dan kerana itu, sifat aku terbentuk menjadi sahabat yang ingin menolong kawan2 aku yang amat memerlukan pertolongan. Aku amat tidak berkira orangnya... U can ask any favor from me... insyaALLAH i'll help u!

Itulah sifat aku bila berkawan... dan kakak aku pernah berkata aku akan mengalami masalah bila berkawan ni... sebab aku amat menjaga hati kawan2 aku.... Perkara itu akan memberi masalah pada kehidupan aku. Aku tak percaya.... sekarang ni baru aku akui ianya memang benar. Berkawan tu biarlah berhati2..... tetapkan batasan bila berkawan ni.

Erm...tak lama lagi aku bakal kehilangan kawan aku masa aku susah dan senang dulu.... Dia akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi. Aku doakan dia bahagia... Dia bakal berkahwin dengan pilihan hatinya yang bakal membahagiakannya. Aku kalah dalam peperangan itu nampaknya... Aku sedih! Dan ianya menyedarkan aku, aku hanyalah orang luar yang tiada kuasa dan hak.

Saat dia gembira dan bahagia melangkah ke alam yang bahagia.... aku disini hanya memandang dari jauh dalam kesedihan... Kenapa sedih..?? Sebab kerana menginginkan kebahagiaan tu dia sanggup menusuk hati aku dengan belati tajam tatkala kata2 itu terhambur dari mulutnya... Kata2 dari seorang sahabat yang amat aku sayangi.... kata2 itu benar2 membunuh aku... kata yang akan sentiasa aku ingati, terpendam dalam hati, tertulis di hati dan yang meracuni hati aku... Aku benar2 sedih sgt... tahap kuasa kuda! Tak senang untuk aku lupakan situasi itu... bukan aku dendam tapi aku tak sangka seorang sahabat yang aku sayangi... Huh...it is really HURT me... puas sudah aku istighfar, zikrullah, berdoa... tp ianya benar2 melekat dalam hati aku.

Bukan aku tidak memaafkan dia tapi hati aku benar2 sakit, terlalu terluka... tapi aku kesiankan dia juga... Aku tahu sahabat aku itu pun dalam kesusahan so aku mengambil keputusan untuk tidak menyusahkan kehidupan nya lagi. Aku redha.... Aku faham keadaannya dia... Aku amat memahami dia.... untuk kebaikan dia better aku tidak masuk campur dan mempedulikan dia lagi.... Aku ader sebab kenapa aku harus buat gitu.... walau agak kejam... i know what i'm doing.... and i knows she's understand me.....

May ALLAH bless ur life my Luvly friend.... May Happiness always with u.....


No comments:

Post a Comment