The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, March 26, 2010

Trip to Langkawi - Day 3


Selepas breakfast sume menunggu bas di depan lobby untuk aktiviti seterusnya percutian dengan melawat tempat2 menarik yang di Langkawi ini.


Ambil menunggu sambil berborak.... dan melihat gelagat anak2 masing2..


Ini adalah Hotel Holiday Villa & Spa, Langkawi... hotel yang kami tinggal untuk 4 hari 3 malam...


Selepas bas sampai destinasi pertama adalah Cable Car Gunung Mat Chincang. Punyalah tinggi ketar rasa kaki nak naik ni.. aku naik 1 cable bersama Kak Zaidah, Kelaurga Shidi & Keluarga Hamdan.


Berfoto bersama kak Zaidah dan farish yang comel... di ketinggian 700 meter atas aras laut...


Ini adalah jambatan gantung kat atas tu tapi kami tak naik sebab kesuntukan masa... dan juga takut sebenarnya...


Destinasi seterusnya adalah Beras terbakar... dah kurang dah beras nyer.. kalau kuis2 pun tak mudah jumpa macam dulu2...


Berfoto bersama Bro. fadzriel di depan papan maklumat dan contoh beras terbakar. Selepas ke beras terbakar ni kami makan tengahri kat Restaurant Siam.. sedap gak... abis sume makanan, almaklumla laporrrrr.....


Selepas lunch kami gerak ke underwater world.... bleh tahan la tapi takleh compare dengan aquaria kat KLCC.. yang more better... Berlakon kunun bergambar di atas pergunungan berais... sejuk le konon menggigil....


Antara kehidupan yang dipaparkan kat dalam underwater world.. obor2 ni... lawa giler....tapi merbahaya.... kalau terkena benda ni ubatnya adalah air kencing.... Selepas melawat underwater world ni kami terus balik ke hotel untuk berehat dan prepare untuk Dinner with Show...


Dinner malam ini adalah dengan Cultural show sekali. Nice jugak... sambil makan sambil joget.. huhuhhuuuu... utk memeriahkan suasana diorg bagi wisel.. tiup la bila2 nak tiup....


Menu malam tu adalah BBQ style... aku pun apa lagik... nampak plak udang kara... ketam.. lamb chop... beef steak... sume telan.. kenyang dah macam ular sawa plak... tapi rugi plak coz aku makan sepinggan je malam tuh... takde tambah2 pun...


Alamak.. kak zaidah & Hamdan joget lambak la... cewaaahhhhhh....lepas hajat nampak!!! Teringin ye...

No comments:

Post a Comment