The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, August 30, 2010

MERDEKA!

Pada 31hb Ogos 1957, termaktub dalam sejarah Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada waktu itu. Perit jerih untuk merealisasi kan Kemerdekaan itu oleh orang2 yang terdahulu amat kita hargai. Betapa berani dan tekadnya mereka menempuh segala onak duri, peperangan dan penjajahan oleh british untk mendapatkan kemerdekaan bagi anak2 dan cucu2 mereka serta penduduk Tanah Melayu.

Dan tanggal 31hb Ogos setiap tahun adalah hari yang amat diingati kerana hari ini lah Hari kemerdekaan negara ku yang tercinta MALAYSIA. Tahun 2010 ini cukup 53 tahun kita mengecap kemerdekaan yang amatbermakna. Apakah maksud Merdeka ni pada segenap lapisan masyarakat Malaysia sebenarnya??? Setiap orang mempunyai definisi yang berlainan mengikut kefahaman masing. Namun begitu wajib lah kita terus mempertahankan kemerdekaan negara kita dari dijajah lagi.

Merdeka kan lah diri kita, hati kita, mental dan rohaniah kita supaya menjadi rakyat Malaysia yang betul2 Merdeka!!!

MERDEKA... MERDEKA.... MERDEKA!!!

No comments:

Post a Comment