Wahh.. lama betul tak update blog saya ni. Bukan sebab malas or lupa tapi memang tidak berksempatan kerana macam yang telah terjadi. Pada bulan August tu Abah mertua saya telah menjalani operation prostat, takde yang serius cuma langkah awal bagi mengelakkan bengkak tu menjadi kanser. Menurut Doktor, penyakit ini adalah biasa dikalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Setiap lelaki akan menghidapi penyakit ini jadi untuk elakkan dari menjadi serius iaitu kanser so better dibuat operation. Abah kena stay kat Hospital PPUM for almost 1 week so kami berdua ulang alik setiap hari untuk melawat Abah & Mama yang menjaga Abah.
Dan pada 11th August plak saya telah di admit ke Hospital Ampang kerana bleeding. Hari tu adalah Ramadhan yang ke 11, saya nak prepare juadah untuk berbuka puasa. Sebelum itu, selepas sampai dari opis saya rest dulu kat katil dan tertido. Elok kul 715pm nak berbuka saya bangun dari katil dan terus ke dapur. Suddenly, terasa something kuar dan panty rasa basah. Gi toilet chek, ada darah kat panty. Terus panggil hubby dan bersiap ke hospital selepas dapat advice dari mama. Sampai hospital, doktor chek dan terus kena tahan wad. Aduhai, seumur hidup saya tak penah kena tahan wad... suspen betul waktu tu. Saya kena tahan wad dari 11th August hingga pada 23rd august tu bleeding teruk dan saya terpaksa di operate.
Ikut planning saya akan kena operate pada 5th September setelah disahkan Uri saya dibawah tapi perancangan ALLAH melebihi segalanya. Saya telah di operate pada 23rd August jam 900am. Alhamdulillah, baby saya selamat dikuarkan dari perut saya jam 1005am dengan berat 2.46kg. Saat nak operate tu mmg neves dan berserah je nyawa pada Tuhan. Yang mampu sy buat hanya berselawat dan mengucap je. Namun begitu, perancangan ALLAH tetap melebihi dari segalanya... baby saya dimasukkan ke wad ICU kerana air ketuban banyak masuk ke peparu dia dan ada sesuatu yang abnormal pada fizikal nya.
Saya dapat tgk baby hanya pada hari kedua, bila tengok hati rasa sayu dan hiba sangat sebab badan baby penuh dengan wayar sini sana.. MasyaALLAh!!! Bergenang airmata saat tu dan mampu berserah segalanya pada ALLAH SWT... berdoa saya kuat semangat je if anything happen tapi Alhamdulillah kewarasan akal saya masih bleh berfikir positif, sy berdoa semoga baby akan selamat dan sihat. 3 hari baby berpuasa dan hari ke4, saya dapat meyusukan dia... from that moment perubahan positif pada condition dia bertambah baik saban hari. Alhamdulillah, selama beberapa hari di wad ICU.. baby dapat kuar dari wad tu dan masuk wad biasa. Baby perlu abiskan antibiotik selama 14 hari dan condition diperiksa setiap hari oleh Doktor pakar.
Dan sejarah telah tercipta pada kehidupan saya kerana inilah pertama kali seumur hidup saya kena berhari raya di hospital. Benar2 sayu dan hiba hati ni tapi tahan je... nasib baik ramai kat wad tu so takde rasa sangat. Lagipun masa tu takde fikir raya tapi lebih kepada keadaan Baby je. MasyaALLAH... benar2 muhasabah diri time tu....
Sesungguhnya segalanya adalah ketentuan ALLAH yang Maha Esa... pada 8th Sept iaitu hari khamis baby dapat discaj dan disahkan sihat oleh Doktor. Bersyukur sangat pada ALLAH, kami berdua dapat discaj jam 3pm dan terus balik kerumah UK. Malam tu dapat le kami bertiga tido bersama. Esoknya balik ke rumah Mertua sebab nanti nak berpantang di Bentong selama 3 bulan sebab since baby dilahirkan hingga dah kuar hospital, sume orang tak dapat tengok baby lagik termasuk le mereka. Hanya Ayah dan Ibu baby je bleh tengok. Lepas ke KLang baru le kami balik ke Bentong.
Sesungguhnya kami bersyukur kerana kesihatan baby semakin baik dan aktif. Dan kami berdoa untuk anak kami ini Semoga menjadi Anak yang baik, soleh, sihat dan beriman... Ayah dan Ibu Sayang MUHAMMAD IMRAN SHAZANY. Kamu lah permata Hati kesayangan kami.
Semoga Baby menjadi insan yang soleh dan selamat menempuh Alam IBUBAPA to both of you
ReplyDelete