The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, December 15, 2008

Cuti lama

Ya Rabbi, knape la hari ni aku maleh benor nak berkerja....ye lah, mana tak nya....dah seminggu cuti direct... Raya haji baru ni aku cuti bapok ke lamanyer....Direct seminggu tuh....aku duk umah je sebab demam pastu mak pulak kena pening kepala. maybe sebab ujan kot...

Aku balik kampung hari sabtu..jalan jem giler kat hiway tu...dari lepas tol gombak sampai le ke terowong sempah tu. dah lepas terowong tu jalan ok je...clear tp masih banyak keta. Masa jem tu, memang meradang tul tengok keta2 tu lalu ikut lorong kecemasan sbelah tepi tu.aku bising giler membebel tengok keta tu sebab bila sebijik dah buat, mesti ramai la yang folow. Elok aku bebel, tengok ader la abang polis duk kejar naik motor ....polis trafik le....suka giler aku tengok drama kejar mengejar dan saman menyaman keta tu....puas hati!!

Orang Malaysia ni la peel dia....tak bertimbangrasa langsung...agak2 bila jalan ikut laluan kecemasan tu dapat lepas ke dari jem tu??? Rasa aku takde pun....tp perangai macam orang tak skolah....orang lain pun nak balik jugak, orang lain pun stucked in teh jem gak, orang lain pun nak balik kampung gak....sama je...arah dan tujuannya....tapi kenapa masih pentingkan diri... eeii...sabar jelah!! Aku bengang tul la....tp puas hati la coz ramai gak yang kena saman!!! kekekeke...padan muker!!

So, berhati2 la ketika memandu dan jangan pentingkan diri, ikutla undang2.....insyaALLAH selamat!!

Friday, December 5, 2008

Insan yang aku sayang!

Dalam hidup aku, ada org yang aku sayang sangat2....kompom2 keluarga ku adalah orang2 yang aku cintai dan sayangi banget....takkan ader org dpt mengubah cinta dan sayang aku pada keluarga aku. Walaupun aku tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayang dan cinta aku kepada kelaurga ku tp yang pasti aku amat menyayangi mereka semua. Jangan sesapa pun berani untuk menyakiti kelurga ku. Ader berani, sila lah...akan aku amuk satu Bentong nanti...!! hehehehe...

Individu ini memang aku sayang sangat sebab aper ... ntah le....tp sifat kasih dan sayang tu memang dah ader je dalam hati aku ni. Individu ini ialah NOOR ILYANA PALHUDDIN. Aku tak pasti kenapa la aku sayang sangat dia ni. Tapi banyak kisah2 yang membuatkan aku terlalu sayang pada dia. Akan aku ceritakan satu persatu disini....harap apa yang aku coretkan ini tidak disalah anggap oleh kamu2 semua. Aku hanya ingin tribute citer ini untuk dia...individu yang banyak menolong aku ...

NOOR ILYANA PALAHUDDIN
Saat pertama kami berjumpa adalah pada tahun 2003 semasa kami belajar di UPM dalam jurusan KOMUNIKASI. Aku tak ingat camne bleh kenal dan rapat dengan Yana. Yang aku ingat masa kelas bahasa inggeris kot....kami sekelas...saat tu rasanya aku takde buku lagi so aku share buku dengan dia....from that moment terjalin la hubungan antara kami sebagai sahabat. Ya ALLAH, kenapa la aku boleh tak ingat semua2 kenangan dan perkara indah yang terjadi semasa belajar di UPM dulu. Rasanya macam best giler je...tp aku tak ingat....

Dari penceritaan Yana, dia mengenali aku dan sudi untuk berkawan dengan aku sebab Apai yang suruh dia berkawan dengan aku. Aku dulu seorang yang pendiam sangat...tak kisah pun kalau tak bercampur or berkawan dengan orang. Yana takut tengok aku coz muka aku agak serius dan garang, tapi bila dah berkawan rapat...baru tau bagaimana sifat aku.. Aku ni FUNNY orangnya..heheheh....kan aku dah ketawa dulu so kompom la Funny kan....!!! Memang bagi mereka yang tak berapa mengenali aku memang takut nak dekat...tp bila dah kenal aku sememangnya aku manusia yang friendly dan kadangkala boleh jugak kecoh banget!!!

Aku dan Yana selalu dalam group yang sama bila buat assignment...grouping bersama dengan 2 lagi sahabat kami iaitu SALWA dan PIJA... kami berempat ni memang macam ader gam je melekat sebab selalu bersama2. Ponteng bersama, makan bersama, berjalan bersama ......tak kira aper la sume bersama2.... Setiap daripada mereka ni ader karakter nyer tersendiri....jadi sifat aku adalah melayan orang dengan mengikut karakter masing2. Dengan Salwa, karakternya adalah agak ganaz dan indipendent... Pija pulak agak ganaz juga dan gila2 orangnya so bila dengan dia memang kami suka buat lawak2 yang memang lawak.. Ader je perkara yang boleh dibuat lawak. Dengan Yana pulak, dia adalah seorang yang begitu rapuh sifatnya, manja, kebudakan2, sweet..... baik budaknya berbanding dengan kami bertiga. Yana juga indipendent orangnya..

Semasa berkawan dengan Yana, aku rasa Yana ni perlukan somebody untuk take care dia coz dia kat KL bersorangan, family jauh dan she's very innocent person. Thats y aku very protective dan jaga dia baik2...aku selalu bergayut telefon dengan dia dulu...sampai mak dan kakak aku marah sebab bil melambung tinggi. Hehehehe.... bukan dengan yana ni je aku bergayut tapi dengan kawan baik aku dulu pun bergayut gak. Padahal baru balik dari jumpa dia tuh....kekekek...bukan aper syok cakap tepon dengan kawan aku tu, dia memang orang yang sempoi dan kelakar giler.

Sejak dari tu kami rapat sangat sehinggakan Yana mudah untuk berbicara pada aku walaupun apapun masalah dia. Sedangkan sifat semulajadinya adalah begitu susah untuk menceritakan masalah dia. Tapi dengan aku, dia begitu selesa berbicara...dan sebab itulah segala masalah yang menimpa kehidupan nya dulu aku tau..apa kesusahan yang dia hadapi, kesedihan yang dia tanggung, keperitan yang simpan... Aku advice dia untuk menceritakan setiap permasalahan dia kepada sesiapa sebab bila dipendam dan disimpan mesti dia kesakitan menganggung sendiri. At least apabila bercerita kat somebody, berkurangan apa yang terbeban kat hati. Itu teori aku la...dr dulu....

Dari situ lah, aku tahu bagaimana dia sedaya upaya untuk memulihkan ingatan dan memori dia untuk mengingati segala kenangan dan kejadian yang berlaku setelah dia terlantar koma selama 2 minggu dihospital akibat demam panas. Parent Yana tak tau langsung coz Yana sembunyi hal tu.. Bagaimana Yana menghadapai saat2 sukar apabila mendapat tahu tentang berita Alongnya yang...erm..takyah citer la bab tuh erk..!! Aku tak pasti whether masa tu aku memberi dia semangat dan kekuatan supaya Yana menceritakan perihal itu kepada parent dia. Aku memang menjadi seorang pendengar yang setia untuk dia masa tu. Dalam segala hal aku bagi dia semangat dan kata dorongan untuk dia terus kuat dan tabah menghadapi kehidupannya. Aku tahu sebab Yana selalu ulang kata2 yang pernah aku ucapkan pada dia dulu, sekarang ni! Aku memang mudah LUPA!! heheheh....

Aku ingat lagi, masa peperiksaan akhir semester...Yana kena demam agak panas gak le suhu dia. Aku tak tido jaga dia sepanjang dia demam tu sampai kan aku study pun sebelah dia. Macam tu lah Yana, bila nak exam je mesti mengalami gangguan seperti tu..maybe darah gemuruh kot! tapi aku riso sebab Yana ada history demam panas so memang aku care dia sangat2. Anak orang weh, kang apa2 hal jadi...naya le aku, kan!! 2 malam jugak aku tak tido lena sebab jaga dia...tuam kain basah kat kepala dia...bagi dia makan ubat, buatkan sup untuk dia...mcm2 la...nak wat camne dah kat umah tu kami2 je yg ader so take care each other le kan. Akhirnya satu malam tu aku pun demam sekali tapi antibodi aku kuat...esok dah ok skit. Cuma Yana je yang masih demam panas...masa hari exam, kami g lepak surau nak study tp aku tak study sebab Yana baring kat paha aku dan keep calling me coz nak air...maybe haus kan tekak kering....panas dalam kan. Aku memang caring dia betul masa tu dan aku tau ader mata2 yang memandang sinis pada aku sebab terlalu caring. Aku tak kisah sebab mereka tak kenal kami..Sedih jugak tapi aku terima sumenya... Last2 masa result kuar, result Yana lagi gempak dari kami2 smua.Hampeh tul la....tapi aku bangga dan gembira sebab itu harapan dia...target dia adalah nak berjaya macam kakak2 dia coz dia penah hadapi kegagalan masa SPM dulu so kat UPM ni la dia nak tunjukkan pada parent dia pun bleh berjaya.

Masa Yana belajar ni, aku telah kenalkan Yana pada kawan sekolej ku dulu.. MOHD NAZRIL HANIFF.. until now mereka bahagia dan akan berkahwin tak lama lagi, InsyaALLAH bulan Mac 2009. Disaat mula2 perkenalan mereka, aku yang aturkan segalanya...selebihnya atas usaha mereka sendiri. Aku yang aturkan mereka berjumpa di reunion dengan kawan kolej aku dulu...aku bagi no hp Yana pada Nazril. Selepas tu aku aturkan beberapa pertemuan antara kami, dan tempat pertama rasanya kat KL sentral kot...aku pun dah tak ingat dah....gi makan nasi ayam. Pastu kat KLCC dan selepas dari bebrapa pertemuan kami bertiga, mereka berdua membuat pertemuan antara mereka berdua. Yang aku ingat mereka berjumpa di PWTC... Sejak awal perkenalan mereka, aku menceritakan serba sedikit sifat Yana kepada Nazril agar dia dapat mengenali Yana lebih dalam dan memudahkan mereka berdua. Aku selalu pesan pada Nazril, Yana bukan mcm perempuan yang lain. She's different! Dia budak baik....sayangilah dia, jangan lukakan hati dia, jaga lah dia baik2, limpahilah segala kasih sayang yang kamu ader untuk dia...berikanlah kebahagiaan untuk dia! Itulah selalu pesanan aku pada Nazril, Aku harap dia ingat dan berpegang pada janji2 dia! Walaupun banyak kemarahn dan kejian dilemparkan pada aku, tapi aku redha dan terima segalanya sebab aku sayang enkorang berdua. Korang dua2 kawan aku....

Akibat dari terjahan dan lemparan kata2 nista itu, sifat aku terhadap Yana........caring aku pada Yana....terpaksa aku kurangkan kerana aku tidak mau perselisihan faham berlaku lagi. Yang pasti Sayang aku pada Yana macam biasa je...cuma perkara2 tu je yang rasanya menyedarkan aku perlu membatas segalanya. Aku ni bila berkawan dan dah menganggap dia sebagai family, memang aku sayang banget dan jaga....tapi bila dah mendatangkan masalah, aku terpaksa bertindak mengikut cara yang sebaiknya. Maafkan aku if cara aku salah dan menyusahkan semua pihak. Aku bersifat keras hati sekarang ni sebab aku ni sifat semulajadinya seorg yang lembut hati...aku memang lemah bab2 kasih sayang ni sebab aku ni memang penyayang banget orangnya. Bagi aku kasih sayang tu amat2 la penting.....

Erm...Yana ni manusia yang banyak tolong aku. Semasa aku menganggur dulu, dia la yang tolong byrkan sewa umah aku...makan aku...tambang bus n teksi....mcm2 la.... Memang aku ingat sangat segala budi dia pada aku. Dia bleh dikira sebagai sahabat masa susah dan senang.... sebab tu aku sayang kat dia dan tak kisah sangat dengan dia... Semua orang tak tau kisah2 kami tatkala susah dulu....kami berdua aje...yang lain dah lepas kemana dah....kat umah tu kami berdua je...so we take care each other. She's help me a lot!! Indeed....

Yana la jugak yang menunjukkan bagaimana cara nak tunjukkan kasih sayang aku pada mak aku...Yana yang ajar aku supaya ciumla kat pipi mak selalu bila bersalaman dengan dia bila balik kampung atau nak kemana2.... Wish mother's day... bila call always mention that 'SAYANG MAK..." pertama kali aku buat tu semua, lepas cakap dengan mak...aku nangis teresak2 sebab thats is the most HAPPY n TOUCHING moment to me!

Oleh itu, aku nak ucapkan TERIMA KASIH tak terhingga kepada Yana atas segala budi dan jasa dia pada aku. Aku doakan dia BERBAHAGIA bersama insan tercinta, keluarga tersayang.... Aku berdoa agar dia selalu diRahmati, diBerkati dan diLindungi oleh ALLAH SWT. Ya ALLAH, Kau berikanlah dia sebenar2nya kebahagiaan di dalam hatinya, Kau jauhilah segala kesedihan dari hinggap di hatinya, Kau hindarilah dia daripada keburukan sesuatu yang tidak baik untuk dirinya, Kau permudahkanlah segala sesuatu yang amat baik untuk dirinya... Aminnnn....

Yana, saya sayang Yana tau.... Saya marah2 tandanya SAYANG, saya benci2 pun tandanya SAYANG jugak... Its not easy for me to be like this, which is NOT ME at all!!!

Thursday, December 4, 2008

Long Faiz Menikah pix





Long Faiz kahwin...

Salam..

Hermm...lately aku rasa betul2 rimas, malas, kejam, jahat sangat pulak rasanya. Apa nak jadik agaknya aku ni...aku rasa jadi fed up dan give up dalam everything yang aku buat. Dengan orang2 pun sama..apa puncanya ye...??? hhmmm....ntah le...

Last week aku g nganu coz my sepupu kawin kat seberang takir rumah perempuannya. Kami g ramai2 naik bus 2 biji. 1 bus utk keluarga sebelah lebu dan 1 bus lagi utk keluarga sebelah karak. Meriah juga le...kami naik bus sebelah karak sebab tak brape rapat sangat dengan sebelah keluarga lebu.

Kami bertolak kul 10 malam dan sampai di masjid terapung kul 415 pagi. Keadaan hari adalah hujan tanpa henti. Alhamdulillah, takde banjir berlaku cuma ader air naik je kat hiway marang...hanya kenderaan berat je bleh lalu. Kereta2 sume kena berhenti tunggu banjir surut dulu...mana2 yang konvoi naik keta tu mmg kena tunggu la banjir surut. Erm, sampai 415 pagi tp takleh masuk masjid lagi coz berkunci. Subuh baru bukak masjid tu...hari hujan dan berangin mmg menyejukkan.

Dah siap mandi, solat subuh sume...kami bergerak ke kedai g breakfast dulu. Dah siap baru bertolak ke masjid di seberang takir untuk acara menikah. Long Faiz pakai serba kuning, macam Raja daa.... erm, nampaknya Long dah temui kekasih hati...aku je blum lagik! bila lagik agaknya kan...hehehee... Alhamdulillah, dengan sekali lafaz je Long dah bertukar status kepada suami orang. OK la tuh...

Selepas selamat sumenya, kami pun bertolak balik ke Bentong tapi last destination kami adalah pasar payang. Tak sah kalau g nganu ni tak gi ke pasar payang.... Masing2 bli la apa yang patut dalam tempoh sejam yang diberikan oleh Driver bus. Aku, mak dan Ngah bli kain pelikat utk abang2 aku, Kaftan untuk kakak2 dan kakak ipar aku... Aku lak bli kepok, kuih bepang dan sos... hehehee... tak lupa juga souvenir utk kawan aku, Yana dan Riduan. Dalam keadaan tergesa2 bli tu smua. Pastu bli payung skali sbb ujan, nak ke bus tak lepas....hehehe....kami antara penumpang yang lambat samapi...kekekekkee....

Erm, nnt aku upload gambar Long Faiz kawin... Aku doakan semoga perkahwinan Long kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan ALLAH SWT memberkati kehiduapn kalian berdua dalam menempuhi alam perkahwinan. Aminnn...

Monday, November 24, 2008

Kasih, Sayang Dan Cinta

Kasih, Sayang dan Cinta adalah anugerah terindah dan terbaik oleh ALLAH SWT kepada kita semua makhlukNya. Namum begitu kenapa masih ader manusia2 yang tidak pandai untuk menghargai kasih, sayang dan cinta seseorang manusia yang ikhlas... Adakah dia sedar benarkah dia LAYAK untuk menerima kasih sayang sebegitu??? Wallahualam...

Aku tiada meminta yang lebih hanya membalas setiap titisan kasih sayang aku berikan...bukan aku meminta ianya dibalas tetapi tiada salahnya mereka2 itu menghargai pemberian ku itu dengan cara yang akan membuat ku terharu. Namun aku tahu setiap sikap manusia ini berlainan antara satu sama lain. Aku hanya manusia yang tidak lokek untuk memberikan kasih sayang ku dengan sepenuhnya tapi kenapa manusia itu begitu lokek untuk melimpah kan segala kasih sayang untuk ku. Adakah aku telah melakukan perkara yang membuatkan aku di hukum sebegitu... Wallahualam...

Setiap hari dan setiap saat aku menangisi kehidupan ku kerana aku begitu rasa terhina tatkala harus menagih setiap kasih sayang yang ku ingin. Ya ALLAH... sampai camtu sekali aku rendahkan martabat diri ku... Adakah mereka tahu...TIDAK!!! Aku hanya mampu bersabar kesemua ini akan berlalu pergi.... Ya ALLAH Ya Tuhanku, berikan lah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi kesemua2 yang telah berlaku...

~~ Ya ALLAH, hapuskan lah segala kesediahan dan kesakitan yang aku alami ini secepat mungkin, Amin...~~

Wednesday, November 19, 2008

Saturday, November 15, 2008

Best Movies!

Salam n Hai... aku keje hari ni...huhhuuuu...

Erm...lately trasa keboringan la...takde aktiviti....so aku telah mengajak kawan2 aku g tengok movies kat TGV. Hari tu kat Alamanda g tengok citer 'BANGKOK DANGEROUS' lakonan Nicholas Cage. Best gak citer tu, action banyak le tp takde la kejam and sadis sangat. OKla tu. Pastu tengok citer 'HIGH SCHOOL MUSICAL 3'... time stress bleh la tengok citer no coz happening la, dengan dancing and singing dia...enjoy to watch la...bebudak skolah minat la kot citer ni. hehehhee.... aku layan je! Dan citer yang paling aku nak tengok adalah citer 'MADAGASCAR 2'. Mesti lawak abis ni...yang 1st dulu pun aku tengok...mula2 tak layan sangat kartun ni tp kawan la yang ajak so ok je... Memang gelak abiss....kekekeke...so senang2 g la tengok sekali sekala, bawak le kawan2, family, beradik, sepupu, sedara mara....

Thursday, November 13, 2008

Statement menarik membuka minda ku...

Salam & Hai sume...

Hari ni rasanya hari yang agak meriangkan sebab takde keje....ader sebenarnya tapi malas pulak nak buat. Hmmm.... hehehehe.... lagipun hari ni ader event kat dewan Moot Court di opis aku ni. Pagi tadi aku masuk atas arahan Deputy Director aku coz tak ramai org so dewan tak penuh...jadi kami pun beramai2 staf Law Centre ni masuk le... seronok gak dengar orang2 besau ni berucap. VIP pg td adalah Ketua Poils Negara, Tan Sri Datuk Seri Musa Hassan. Bagi aku orangnya tinggi kurus dan nampak 'sweet' je... hehhehee....

Dah abis berucap sume, sudah sampai untuk sesi minum pagi...hehheee...seperti biasa jugak ajak kekawan opis g turun sama2 makan ramai2.....seronok!!! heheheh,....diorg sume best n lawak...! Dah kenyang sume pakat2 naik atas sambung keje. Dan aku pun sama, sambung gak surf tenet2 apa yang menarik, selalaunya tentang kereta la...heheheeheee....

Bila sampai waktu tengahari pun sama, dapat panggilan dari kawan2 yang dah standby dibawah. Apa lagik skali lagi turun ramai2 g makan tengahari..kitorang duduk satu meja...ramai2...slagi bleh podot ramai2 dan muat...masuk je n join meja skali. tu yang seronok.... Tadi masa makan ader 1 topik yang agak menarik bagi aku... iaitu camne diorg tackle wife or hubby masing2...rupenyer stipa sorang ader citer2 yang agak menarik untuk aku kongsi bersama dan definisi cinta, kasih n sayang itu sendiri.... Aku tak terfikir tentang statement Abg Fadzriel bagi td....tp yang pasti citer Abg Fadzriel mmg best!!

Rupanyer...dulu wife dia tak suka benor dengan dia...meluat sangat le konon! benci sungguh...memang takde hati...tp atas kesungguhan dan kematangan Abg Fadzriel berjaya membuka pintu hati wife nyer untuk menerima dirinya...Alhamdulillah, dah ader anak sorang dah sekarang...Haziq namanya, comei sangat....dan bahagia sokmo! hehehehe....Abg Fadzriel berkata, if kita dah suka kat somebody dan mau nak menjadikan dia sebagai teman hidup kita...mengapa ada alasan untuk kita melihat yang lain...dan mempunyai "Second taught"...ye jugak kan... If hati dah nekad, tekad dan niat maka ALLAH akan sentiasa membuka jalan dan ruang untuk kita ...kan!!?? Statement Abg Fadzriel itu membuka minda aku untuk melihat kesangsian aku mengenai sesuatu!... Menarik! Kalau lah si dia memikirkan camtu....

Wednesday, November 5, 2008

Good Bye 2008

Tahun depan 2009... tak lama dah nak sampai...lagi 2 bulan je....pejam celik dah nak sampai.... erm, tahun depan juga umur bakal berusia 30 tahun....Ya Rabbi...dah 30 dah aku ni yee...tak sedar diri! hehehhee....mmg pun sebab aku rasa aku macam remaja lagi. Tak matang langsung tp dalam banyak perkara ader kala aku bertindak matang...matang ke??? heheheh..

Sekarang ni aku ligat berfikir, apa yang aku nak sebenarnya dalam hidup aku? Apa yang aku ingin capai? Apa yang ingin aku kecapi?...bagi aku hanya satu....KEBAHAGIAAN dunia dan akhirat! Aku dah dapt ke...belum lagi....tahun 2008 ni adalah tahun penuh dengan liku2 dan dugaan yang mencabar fizikal dan mental aku. Secara fizikal memang ketara dah sebab aku makin SLIM maka aku suka perubahan tuh tapi bab mental la....aku tewas sikit....dah takde skill nak cover semua perasaan yang terpampang kat muka aku ni. Dengan mudah orang dapat membaca walaupun ader kala tak smua nya betul! hehehhee...

So, untuk tahun 2009 ni aku bertekad untuk lupakan segalanya...bina kehidupan yang baru tanpa mengahrap pertolongan dari sesiapa pun...berdiri diatas kaki sendiri! Heheheee... Planning untuk tahun depan ni...nak beli umah, tempat dah ada tapi masih belum sempat untuk meninjau dengan lebih lanjut. Agak jauh dari kawasan umah aku sekarang dan tempat keje tapi rasa mcam aku suka umah tuh...ader swimming pool lagik... nak swim? bleh la ke umah aku nanti! Cewaaahhhhh.... berangan nampak!

Planning aku nak beli umah ni..ader yang setuju dan ada juga yang tak bagi support pun...kalau tanya mak aku mesti dia jawab "ikut ko la...kalau mampu." heheheh...sempoi mak aku! Tanya beradik, boleh kata sume pun ok je...bagi support la...tanya sepupu aku, lagi la dia support...siap suh aku jangan kawin lagik. Kumpul reta banyak2...senang nnt...takde hidup melarat! kekekke....betul jugak coz kena pikir masa depan jugak. Kehidupan kita akan datang, tak siapa yang tahu jalan citer nyer...melainkan hanya ALLAH TA'ALA saje yang tahu so sebagai hambaNYA...aku hanya berusaha untuk mendapat keredhaanNYA pada rejeki dan kehidupan aku!

Tentang jodoh??? ermm....susah untuk aku jawab, camne erk??? Wallahualam... Aku berserah pada ALLAH saje la...semoga aku berjumpa dengan sebaik2 lelaki yang dapat membimbing aku ke jalan lurus yang takde bengkok2 sangat!!! heheheee...