The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, July 26, 2011

Happy Birthday & Happy Anniversary

Pada 3 julai 2011 yang lalu, cukuplah umur 32 tahun... Alhamdulillah sepanjang umurku ini aku berasa begitu diberkati dan aku bersyukur dengan segala limpah kurnia dari ALLAH SWT kepadaku... Aku benar bersyukur... Tiada lain yang ku inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.


Kepada suami ku tercinta, Terima Kasih atas limpahan Kasih sayangmu kepada ku.... Aku bersyukur mempunyai suami sepertimu... Semoga kehidupan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat bersama anak2 dan cucu kita nnt. InsyaALLAH, Amin.... Selamat Hari Ulang Tahun 1 perkahwinan kita.....



Monday, June 13, 2011

Tragedi di Kampung

Pada hari khamis bersamaan 9 jun 2011, jam 530 pagi kami terima panggilan telefon dari mak mertua ku dari Klang. Kami ni memang suspen kalau terima call pagi2 subuh2 gitu memang la bad news. Masa tu kami masih membuta lagi dengan deruan dengkuran krooh.....kroohhh....  baik punya...!!! Dan sememangnya betul, kami dapat berita rumah nenek sedara kami di rembau hangus terbakar. Hati berbelah bahagi nak cuti kecemasan ke or camner, selepas fikir2 family come first maka kami pun decide amik le cuti kecemasan tu. Terus bangun mandi, solat dan bersiap terus ke klang coz nak bawa mama n abah gi skali.

On the way gi, disebabkan perut aku masuk angin maka kami pun drive thru kat McD bli le breakfast meal utk kami berdua.. sambil makan sambil drive... oklah tu... manja gitu hubby ku makan disuap...

Berbalik kepada citer tragedi kebakaran tu, rumah wan tu rumah pusaka, dibina pada tahun 1962 oleh moyang mereka dengan kudrat sdri tulang 4 kerat. Takde maknanya nak suh cina buat, sume buat sdri beb... Masa aku gi tengok umah tu sume orang yang penah membesar kat umah tu sugul je... mana taknya rumah tu la tempat mereka bermain masa kecik2 dulu. Tempat mereka berkumpul ramai2 anak beranak... sekarang tu sume hanya tinggal kenangan.

Bersyukur, wan achik selamat sebab takde kat rumah tu, kebetulan dia berada di KL untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya. Wan achik tinggal sehelai sepinggang tapi nasib bak sume dokumen berharga macam geran tanah, IC dll ada disimpan ditangan dia.

Ini ada foto untuk tatapan sume...















Wednesday, June 8, 2011

Pregnancy time

Ini aku nak citer tentang bila selepas disahkan oleh Doktor bahawa aku tengah mengandung anak sulong. Mula2 memang tak tau nak buat gapo sebab takde experience kan so banyak dpt info dari kekawan yg dah menjadi ibu2 dan bapa2 nih. Dapat detect aku ngandung ni masa baby dlm perut berumur 5 minggu. Masa tu gi official check kat klinik di kampung ku di Bentong.

1st thing kena buat bila gi klinik desa ni kena register dulu kena bawa IC sdri dan suami dan juga sijil nikah yang asli. Pastu baru isi butir2 di buku pink tu. The most important is kena ingat bila date 1st day period yang last skali sbb doktor tu nak calculate due date kita. Bila dah isi butir2 tu kat buku pink, kita kena bagi sample urine, darah, berat dan tinggi. Banyak giler dia amik darah kat lengan pulak tuh...  sakit wooo....

Selepas 1st check up ni, klinik tu akan tentukan monthly check up kita bila mengikut date2 dan time2 yang dipersetujui. Aku pilih nak buat check up setiap hari khamis jam 8.00am so far OK je, takde la lama sangat nak check up kat klinik area umah nih... Yang penting sampai2 je kat klinik terus gi toilet utk sample urine pastu tunggu le nombor giliran bila.... and then just enjoy the moment je....

Inilah dia rupa bentuk buku pink tu.....

Jenis darah kon A positive....
 
Masa scan ni baby umur 5 bulan so tak brape clear lagi... lagipun scan tu pun zaman batu punya...sabar je lah.
Baby pun sorok2 jantina dia...







Pipi aku dah tembam masa ni... baby umur 6 bulan dah... berat tak timbang lagi.... yang kompom lebih 60kg...



Inilah rupe terbaru kon.... kembang skit la.... almaklumla orang ngandung memang le gini kan.... Yang penting kecomelan ku terserlah..... kekekkekee....

Monday, June 6, 2011

Memories...

Ada something yang funny dan memorable untuk nak di kongsi bersama semua... Wajah aku masa Sekolah Rendah... Aku bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Marong dari darjah 1 sehingga darjah 6... Muka macam kartun je masa ni... kekekkeee...

Foto ni aku donlod dari FB kawan skolah rendah ni la.. nama dia Feroze Afandi... Hengatkan takde jumpe dah gambo2 gini, rupenyer he stil keep it..... Lawak betul la...

Foto ni masa Darjah 5 or 6 gitu, kami gi rombongan ke Penang...


Ini pulak foto kelas masa darjah 5 merah... Cikgu kelas Puan Parameswari.


Foto kelas ni masa darjah 4 merah. Barisan cikgu tu dari kiri Ustazah Khalijah, Cikgu tu tak hengat nama dia, Puan Sarawathy, Guru Besar Cikgu Abdul Rani, Puan Parameswari, Cikgu melayu ni tak hengat jugak tapi kawan mak smpi la nih....


Foto kelas darjah 1 merah bersama cikgu Saemah.. garang giler cikgu nih...  Dah pencen pun dan masih ada lagi dia sekarng ni tp kurang sihat dah.


Foto kelas masa darjah 3 kot... tak hengat dah... Cikgu tu pun tak hengat nama dia... Mr. Ho rasanya...


Happy time masa lepas UPSR... apa lagik aktiviti nyer adalah main....sakan la.... Buruk giler muka aku masa ni tp maintain comel...


Masa ni adalah lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Klaau tak silap masa darjah 2 atau 3 gitu la...

Thursday, May 26, 2011

Aku nak jadi Ibu dah....

Wah... dah lamanyer tak update blog ku ini.... Kehidupan agak bz dengan macam2 peristiwa dan agenda. Segala macam perkara kehidupan biasa menjadi luarbiasa lately. Kehidupan selepas berkahwin benar2 menjadikan aku bukan biasa tapi luarbiasa. Fuhhhh.....

Starting December 2010, kehidupan ku akan berubah dimana akan hadirnya permata hati kami berdua. Aku telah disahkan pregnant... aku dapat rasakan perubahan pada diri ku maka dengan senang hati nyer aku pun buat le pregnany test sdri kat umah tapi agak kecewa dengan result pada test yang pertama iaitu pada 10 Dec 2010 jam 745pm, result dia negative sebab 1 garis je yang kuar... hehhehee.... . Aku test ni sebab terasa period ku dah lewat beberapa hari.

Test yang kedua aku buat pada seminggu kemudian iaitu 17 Dec 2011, kali ini aku buat test pada waktu pagi jam 745am. Aku ada baca yang time gitu la kandungan dalam urin kita bagus utk test2 pregnant nih. Kami berdua melihat dengan debaran... ada kelihatan 2 garis tapi garisan kedua tak brape clear.. so antara pasti dan tidak la pulak... guano nyer.... tapi kami tak putus asa tetap mencuba lagi test tu. Aku decide nak buat test ketiga sebulan selepas test kedua tu.

Pada 20 Jan 2011 jam 10.30am, kami berdua buat test ketiga... kelihatan 2 garisan yang benar2 clear.. Alhamdulillah, suspen jugak.. Perasaan masa tu happy + suspen sebab tertanya2 pada diri dah bersediakah utk menjadi ibubapa... dah ready ke aku dari fizikal dan mental... selepas tertanya2 pada diri... aku bersedia la nak jadi mak.... hehehehe...



Tuesday, April 12, 2011

Office Trip 2011 ke Redang Island

Pada 8th - 10th April 2011, office kami buat trip untuk sume staff ke Pulau Redang. Kami pergi menaiki bas, rasa adventure plak.. tapi risau juga sebab dalam keadaan ku yang tengah pregnant nih... Kami stay sana pakej 3 hari 2 malam. Kami gerak dari UIA hari khamis jam 1130 malam. Alhamdulillah we manage to arrived kat jeti merang tu dalam jam 830 pagi gitu la...

Dari jeti naik boat dalam 1 jam ke jeti resort sana.. Memang rasa adventure tapi seram jugak sbb ombak kuat.. terhuyung hayang jugak le boat masa tu. Kepala mula pening2 lalat... Bila dah smpi resort rasa best je sbb pantai cantik... Room pun cantik.. nice rsort la wlpun 2 star je tp mcm 4 star resort.

Aktiviti kat sana adalah telematch, snorkeling, mandi2 pantai dsbgnya...  Pada hari kedua ada terjadi satu tragedi hitam untuk 1 pasangan apabila suaminya mati lemas. Couple tu dikatakan baru bernikah 2 minggu lepas dan ini adalah time honeymoon diorg. Kesian isterinya, mesti trauma... Apa nak buat, sudah suratan takdir. Time ni ombak memang kuat dan besar, bendera merah pun dah dinaikkan tanda amaran tidak boleh berenang tapi nak buat camner dah takdir dia gitu.

Hari terakhir tu kami balik naik boat dari jeti jam 11am smpi jeti merang naik bas terus ke pasar payang dan gerak balik KL dalam jam 3 petamg. Alhamdulillah kami selamat samapi di UIA jam 1030 malam.

Disini ada foto2 untuk tatapan kalian...



MArch 2011 Activities

PAda awal bulam March hari tu, kami balik klang untuk wat sambutan Birthday suami ku dan juga anak buahnya.. Birthday suamiku pada 2 Mac dan anak buahnya pulak pada 3 mac... so celebrate skali. Kami berdua buat BBQ.. siap bli dapur BBQ tu... hehehee... Dan mak mertua dan akak ipar ku buat menu masing2 iaitu nasi impit kuah lodeh dan mihun goreng.... Pergh... nasib baik ayam BBQ ku abis gak ler..... hehehehee... Kira ok la tu...

Ini ada foto2 untuk tatapan....

Foto percutian Bukit Gambang

Foto semasa kami sekeluarga bercuti di Bukit Gambang REsort City. Kami booking 4 apartment untuk 8 family. Seronok dan happening gak le....




Monday, February 21, 2011

February 2011 Activities

Pergghh... agak dah lama saya tak update this blog erk... bukan malas or apa2.. cuma lately tersangat bz dan juga kesihatan tidak mengizinkan. Pada 10th feb 2011 hari tu saya ada konferen antarabangsa yang perlu saya handle so time mmg limited betul. Everything going well but unfortunately something happen last minutes so tu yang agak bz menyelesaikannya. Memang that time stress dan tensen jangan cakap la... Macam2 la peel nyer...

Tapi lupakanlah hal tu sebab takmo hengat lagik... nak bagi fikiran ni rest jap... Selepas cuti CNY baru2 ni, aktiviti kami berdua adalah balik ke Klang dan juga Bentong. On 3rd & 4th Feb tu balik Klang pastu balik Bentong on 5th (saturday morning). Pada hari tu, family bentong dah buat plan nak gi mandi manda kat Bukit Gambang Resort. Abangah kami booking 4 apartment 2 bilik 5 keluarga. Kami bertolak dari Klang kul 8am dan singgah ke Bentong kul 9 lebih. Ingatkan sume dah siap dan tunggu kami je rupenyer masing2 mandi  pun idak lagik.. Hampeh!!!!

Kami gerak ke Gambang tu dalam kul 10 lebih, Ngah dan Abgnagh dah gerak dulu kul 9am sebab dema nak gi kuantan ada kenduri kahwin. Kami sume lewat gerak sbb tunggu mak gi Marhaban plak. Bila sume dah cukup korum, kami gerak le ke gambang. Konvoi 4 biji keta. Sampai area Bukit Gambang resort tu tengok ramainya manusia. Parking penuh...  While waiting for Abangah nak check in tu kami sume lepak bawah pokok yang redup sambil makan2 aiskrim. 

Sepatutnya masuk bilik kul 3pm tapi disebabkan kami samapi awal dan cleaner slow mencuci bilik so terpaksa kami tunggu kat basement parking sambil makan kacang kuda sehingga lah bilik siap. Kul 5 lebih baru dapat kami masuk room tu. Dah dapat masuk, sume kelaparan mencari makanan.... Siap makan terus bebudak tu mandi pool. Kami tak mandi tapi gi karaoke jamban. hehehehe....  seronot giler.. lepas tensen!!

Wednesday, February 2, 2011

CNY 2011

HAppy Chinese New YEar
to
All Chinese around the world