The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, February 21, 2011

February 2011 Activities

Pergghh... agak dah lama saya tak update this blog erk... bukan malas or apa2.. cuma lately tersangat bz dan juga kesihatan tidak mengizinkan. Pada 10th feb 2011 hari tu saya ada konferen antarabangsa yang perlu saya handle so time mmg limited betul. Everything going well but unfortunately something happen last minutes so tu yang agak bz menyelesaikannya. Memang that time stress dan tensen jangan cakap la... Macam2 la peel nyer...

Tapi lupakanlah hal tu sebab takmo hengat lagik... nak bagi fikiran ni rest jap... Selepas cuti CNY baru2 ni, aktiviti kami berdua adalah balik ke Klang dan juga Bentong. On 3rd & 4th Feb tu balik Klang pastu balik Bentong on 5th (saturday morning). Pada hari tu, family bentong dah buat plan nak gi mandi manda kat Bukit Gambang Resort. Abangah kami booking 4 apartment 2 bilik 5 keluarga. Kami bertolak dari Klang kul 8am dan singgah ke Bentong kul 9 lebih. Ingatkan sume dah siap dan tunggu kami je rupenyer masing2 mandi  pun idak lagik.. Hampeh!!!!

Kami gerak ke Gambang tu dalam kul 10 lebih, Ngah dan Abgnagh dah gerak dulu kul 9am sebab dema nak gi kuantan ada kenduri kahwin. Kami sume lewat gerak sbb tunggu mak gi Marhaban plak. Bila sume dah cukup korum, kami gerak le ke gambang. Konvoi 4 biji keta. Sampai area Bukit Gambang resort tu tengok ramainya manusia. Parking penuh...  While waiting for Abangah nak check in tu kami sume lepak bawah pokok yang redup sambil makan2 aiskrim. 

Sepatutnya masuk bilik kul 3pm tapi disebabkan kami samapi awal dan cleaner slow mencuci bilik so terpaksa kami tunggu kat basement parking sambil makan kacang kuda sehingga lah bilik siap. Kul 5 lebih baru dapat kami masuk room tu. Dah dapat masuk, sume kelaparan mencari makanan.... Siap makan terus bebudak tu mandi pool. Kami tak mandi tapi gi karaoke jamban. hehehehe....  seronot giler.. lepas tensen!!

Wednesday, February 2, 2011

CNY 2011

HAppy Chinese New YEar
to
All Chinese around the world

Wednesday, January 19, 2011

Otot oh Otot.... Sakitnya...

LAst week on 12th Jan 2011, kesihatan saya telah diuji olehNYA... Pagi tu saya tengah bersiap2 nak gi keje, tengah belek2 kat shelf tu nak amik baju dalam dan luar tetiba sepantas kilat... pinggang saya rasa seperti dicengkam dan sakit yang amat sangat... dengan tak semena2nya saya terduduk berlutut kat tepi almari dengan senyapnya sebab menahan sakit. Hubby ku yang baru kuar dari toilet dengan hairannya bertanya "kenapa, sakit ke???"..... sambil dia menghulurkan tangannya untuk mengangkat saya.

Dengan sekuat dan tabahnya saya berkata.." sakit la...." Hubby pun terus angkat dengan slow motionnya ke katil dan terus baringkan saya... Saya baring tuntuk rest skejap kot2 la sekejap je sakitnya... unfortunately, memang sakit sangat dan tak bleh langsung bergerak wlupun untuk beralih tempat je. So aktiviti saya hari tu adalah stay kat umah bersama suami tercinta. Kesian hubby terpaksa Emergency Leave dengan keadaan saya yang begitu, dia riso... Saya dengan sepantas kilat terus SMS HR exec saya bgtau sy MC on that day... Hubby pun bagitau dia EL pada office dia.

Saya hanya terbaring dari pagi tu sampai le ke petang. Bila dah ok, bleh berjalan skit sambil dipapah hubby, saya pun ke klinik untuk amik mc dan chek apa yg patut.... Memang totally OKU saya hari tu... sakit giler bila bergerak... Jumpa Doktor, dia kata otot saya bengkak... so dia bagi mc 2 hari... if tak ok jugak then datang smula untuk cucuk plak... aduhai.. bab cucuk2 ni la yg seram nih.... If after cucuk tak ok juga, disarankan untuk amik X-Ray bagi melihat apa2 kemungkinan yang membahayakan.... Hope takde apa yg bahaya sume otot sahaja.... tp now dah byk kes slip disc so saya agak berhati2 juga la ni.....

Ramai yang menanyakan khabar saya... teirma kasih semua.... tp kawan baik ku sejak skolah menengah lagi si Zuli tu mengingatkan saya pada kenangan dulu yang mungkin jadi punca pada sakit pinggang saya ni. Masa tu zaman kolej kat EDI... kami ni kalau berkawan memang berkawan tak kira la sapa orang tu lelaki ke perempuan. Ada le sorang sahabat akmi ni, lelaki la... kami tau kehidupan dia jadi kami sebagai kawan ingin menolong dia untuk menghargai Ibu, Bapa serta keluarganya... Kami berdua ni memang individu yang pentingkan keluarga.

Biasa la seorang lelaki walaupun sayangkan kelaurganya namun perasaan itu hanya simpan je dalam hati, takde pun dari segi perbuatan. So kami ni beria2 la nak tolong dia... kebetulan Birthday mama dia dah dekat so suggest kami blikan dia something as her birthday present. Kami pun set date appointment dengan dia nak ke bandar KL untuk mencari present tu. Kami tunggu di chow kit atau jalan TAR.. tak hengat dah.. tunggu punya la lama... tp ada satu kejadian yang terjadi, disebabkan kami nak menolong dia la... masa on the way, bus yang kami naik tu dilanggar dari belakang oleh sebuah bas yg lain.... kebetulan kami duduk barisan yg agak belakang juga tp Alhamdulillah selamat la... cumanya pinggang kami le yang sakit giler....

Kami tak pernah marahkan sahabat kami tu tapi kami sedih dan kesal, kenapa tak bgtau tak dapat datang atau memang tak sudi datang... if he tell us earlier mesti kami faham.... Kesian kami macam orang bodoh je sanggup tunggu sebab nak tolong kawan. Adakah benar2 seorang kawan macam tu.... Ermm.... tapi kami tak marah sebab kami always think positive mybe ada aral yang melintang agaknya....

Bila diingatkan kembali, ada benarnnya sakit pinggang saya ini mungkin berpunca dari kejadian yang lepas2... kena langgar bus sebab nak tolong kawan.... jatuh tangga masa rombongan skolah ke cameron highland.... angkat gas masa berniaga kedai runcit dulu..... hehehe..... macam2 la.... Sabar je lah...

Wednesday, January 5, 2011

2011 - Weekend activities

Masa new year 2011 weekend, saya dan hubby takde kemana2 pun juz stay at home dan rest all day long. Hehehee... tapi takde rest pun coz kami buat spring cleaning rumah kami. Dah lama sangat tak membersih rumah kami ni sebab terlalu banyak aktiviti di hujung minggu. Hari jumaat hari tu memang rest day kami berdua... juz tido dan rest serta enjoy watching movie kat rumah je.

On saturday tu baru le kami berdua start spring cleaning nyer... Hubby kemas umah, saya plak vacuum lantai, karpet pastu mop plak.... selepas lantai kering saya mop sekali lagi sebab lantai tu dah macam berminyak... so hubby suh mop lantai tu 2 kali.... pastu kami buat arrangement furniture plak.... susunatur mengikut keselesaan kami berdua... hehehehee.... Rumah kami takde barang sangat lagi... juz basic je yang penting sume tu cukup untuk kami berdua..... Saya plak jenis tak suka rumah terlalu crowded dengan barang2.... sesak mata memandang.....

Ini ada foto untuk tatapan kalian.... juz simple home for us....

 

Ini adalah area dapur kami... kecik je...
Ini ruangan diantara ruang tamu dan dapur kami....



Ini ruang tamu kami....

Ruang makan... dan pintu masuk...

Ini bilik utama kami yang simple je.... sy tak suka almari.... sesak...

Ruang antara ruang tamu dan area bilik....





Thursday, December 30, 2010

New Year 2011

Selamat tahun Baru 2011 kepada semua.... saya wish awal sebab esok adalah cuti dan weekend plak tu. Kami takde internet di rumah so masa kat office je kalau free dapat le kami update apa yang patut di blog saya ni.

Semoga dengan kehadiran Tahun Baru 2011 ini memberi kita semangat dan tekad baru dalam mengharungi dugaan dalam kehidupan untuk urusan dunia mahupun di akhirat. Diri saya sendiri mengharapkan perubahan yang positif dalam menjadi umatNYA yang lebih baik. Pengharapan juga kepada kehidupan yang lebih bahagia bersama suami saya tercinta. Mudahan2 kami berdua bersama2 dapat mengharungi lagi ujian dan dugaan selagi kita mampu. 

Tahun 2010, sesungguhnya memberi 1001 rahmat kepada diri saya.... Pertemuan dengan jodoh saya, murah rejeki di pejabat, urusan selalu dipermudahkan.... Ya ALLAH aku hambamu yang hina bersyukur atas apa yang telah KAU kurniakan kepada kami semua. Semoga KAU selalu merahmati kami semua dan menyedarkan kami atas dosa2 yang telah kami lakukan

Selamat Tinggal 2010 dan Selamat Datang 2011.......

Lunch With LC Officemates

Hari ini saya pegi lunch bersama Officemates sume sebab Senior Manager kami belanja makan. Apa niat dan hajat dia .. Wallahualam...  ada la tu kan... bernazar apa2 ke kan... ALhamdulillah, semoga rejeki SM murah lagi dan boleh belanja kami lagik... hehehheeee...

We will missed you, De!


Pada pagi ini jam 10am, berangkat lah sudah seorang kakak ku bersama anak bongsunya merantau ke negara orang mengikut suaminya. De telah selamat boarding pagi tadi untuk berlepas ke Qatar bagi menemani suami tercinta bersama anaknya yang dah lepas azab exam SPM. Cuti de selama setahun telah di approved oleh majikannya. Cutinya effective sejak bulan Oktober hari tu tapi tunggu anaknya selesai exam SPM baru le berlepas ke Qatar.

De ke Qatar kerana suaminya iaitu abang ipar ku telah merantau berkerja disana sejak lebih 3 tahun yang lepas. Bestnya lah... InsyaALLAH mereka sumenya akan balik pada bulan ramadhan nnt sebelum Aidilfitri. Elok juga dia kesana sambil bercuti dan berehat dari segala aktiviti kerja tapi hanyalah dengan aktiviti bersama family sahaja. Anak sulong de tak dapat ikut serta sebab dia masih belaja di MMU cyberjaya... InsyaALLAH bulan march ni plak dia terbang ke sana  kerana cuti semester selama 3 bulan.

So, kepada kakak ku DE bersama familny.... Selamat sampai dan pulang.... Jangan lupa souvenir untuk kami disini. Enjoy ur time with ur family.....

Inilah dia De bersama 2 orang anaknya... Masa ni lepas abis kenduri Tunang kaklong.. keletihan sumenya....


Malaysia Juara!!!

Piala AFF Suzuki 2010... MALAYSIA CHAMPION....!!!

Alhamdulillah, segala kerja keras mereka berbaloi apabila team MAlaysia menang malam tadi dengan agregat 4-2. Walaupun kita kalah 1-2 pada Indonesia malam tadi tapi Malaysia tetap menang sebab agregat... Syabas Team Malaysia... Harimau Malaya... Game di Stadium Bukit Jalil hari tu memang best....

Oleh kerana MAlaysia menang, maka PM kita bagi Cuti pada hari jumaat... bab tu aku suka.... yeayyyyyyyyy...........

Monday, December 27, 2010

Malaysia BOLEH...


Malaysia Menang 3-0 vs Indonesia....

Bergegar rumah kami malam tadi dengan sorakan isi rumah bila gol pertama Malaysia... itulah pekikan yang pertama GOL kat umah kami semenjak bolasepak Piala Malaysia perlawanan antara Pahang vs Kedah pada tahun 92 dimana Pahang menang the game. Selepas dari game tu takde lagi pekikan seriuh itu sebab aura bolasepak Malaysia waktu sekarang tidak semeriah dan segah dulu..... 

Harap2 selepas Piala Suzuki ini Malaysia team mahupun pasukan negeri akan mempamerkan perlawanan yang berkualiti dan ada KELAS.... baru le peminat sume akan terhibur dan bersorak untuk memberi support yang padu.... GO MALAYSIA... MALAYSIA BOLEH!!!

Kaklong's E-Day

Last weeeknd ada event besar dalam family saya... iaitu majlis Pertunangan anak sulong kakak saya merangkap cucu sulong dalam keluarga kami. As usual, family kami akan berhempas pulas untuk menyusun atur majlis ini sebaik mungkin dengan tenaga dan kakitangan terdiri dari ahli keluarga kami sendiri iaitu dari BApak dan mak sedara, anak2 buah, sepupu sepapat, abang2, kakak2 serta adik2 semua. Masing ada task masing2.... They know what should they do....