The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Monday, December 27, 2010

Kaklong's E-Day

Last weeeknd ada event besar dalam family saya... iaitu majlis Pertunangan anak sulong kakak saya merangkap cucu sulong dalam keluarga kami. As usual, family kami akan berhempas pulas untuk menyusun atur majlis ini sebaik mungkin dengan tenaga dan kakitangan terdiri dari ahli keluarga kami sendiri iaitu dari BApak dan mak sedara, anak2 buah, sepupu sepapat, abang2, kakak2 serta adik2 semua. Masing ada task masing2.... They know what should they do....


Alhamdulillah... semuanya berjalan dengan baik... dan lancar... Majlis ini untuk pihak perempuan iaitu kami diwakili oleh Bapak sedara paling sulong iaitu Abang saya yang paling tua. Pihak lelaki sampai dalam pukul 1130 pagi gitu la.. pastu terus kami ajak minum pagi dulu. Sepatutnya sampai pukul 10 pagi tapi biasa la kalau konvoi2 ni pasti sesi tunggu menunggu nih. Almaklumla.. beradik dan sedara ramai kan.... kami faham.. No Worries!!!

MAjlis sebetulnya bermula jam 12 tengahri gitu, tak sampai 30 minit sume setel.. coz its better straight to the point... tak perlu pantun2 whatsoever... heheheheee... So sume sudah ditetapkan.. Hantaran sebanyak RM10k.. request by Abahnya lah... pastu dalam tempoh 6 bulan - 1 tahun... Barang hantaran serba 1... ermm... apa lagik erk... ntah le.. sebab saya sibuk di dapur menyediakan apa yg patut.... 

On that day, sume beradik saya ada.... dari yg sulong hingga ke bongsu... anak2 buah pun ramai... sedara mara pun ada.... kebetulan ada wan2 sedara yg tak dtg sebab masing2 tak berapa nak sihat... almaklumla sekarang ni musim domam2 belaka... takpe, kami faham.... yang penting adalah kesihatan cepat sembuh. Lagipun ini baru majlis pertunangan je.. nanti Majlis besarnya mesti kena datang ye.... baru meriahhhhhh.....

So, kepada anak buah saya... NURUL HUDA & MOHD FAUZI.. Acu & Pakcu ucapkan 'SELAMAT BERTUNANG & SABAR HARUNGI DUGAAN PERTUNANGAN DENGAN SEBAIKNYA'.... CONGRATULATIONS.....

Ini ada foto untuk tatapan kalian semua....
 
 
 
 
 

1 comment: