The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, December 3, 2010

Holiday 2010

Pool View in Evening#  Newly Refurbished Deluxe Sea View#Deluxe King

Swimming Pool#
Ya ALLAH mengantuk dan malas nya lah kat office ni hari ni. Asyik menguap je, time camni lah aku kurang berkenan iaitu time takde keje sebab rasa boring dan membuatkan aku mengantuk. Kalau time banyak keje tu memang tak cukup kaki dan tangan nak buat keje. Adakala mendatangkan ketensenan lah jugak tapi masa rasa penuh dengan kerja.

Dalam 4-5 bulan yang lepas, memang kehiduapn aku agak sibuk dengan persediaan perkahwinan aku, konferen kat ofis aku, pastu aktiviti bersama kedua2 family aku di bentong dan jugak Klang. Memang rasa sepanjang weeekend tu penuh dengan aktiviti hingga aku rasa takde rehat je. Permulaannya rasa agak stress dan keliru dan tak tau nak buat camner sebab dah ada 2 family kan so kami terpinga2 camner nak bahagikan masa dengan adil untuk kedua2 family nih. Alhamdulillah, dengan adanya planning dan rotate system kami rasa ok la sikit.


This weekend ni kami akan pergi bercuti bersama dan hanya berdua je. Plan ni jadi sebab ada kawan baik kepada hubby ku berkahwin di Ipoh so alang2 gi jauh2 tu yang aku plan bersama untuk stay 2 3 hari kat resort mana2 yang ok. After search dalam cuti.com dapat le kami tempat yg sesuai kami berdua rest dalam suasana romantik dan tenang, so tempat yang kami booking ialah Swiss Garden Damai Laut kat lumut. Hope tempat tu ok... apapun dah pegi baru tau ok ke tak.... gi ni pun gamble je sebab tak tau jalan so refer pada map je lah....

Kat Resort ni kami hanya ambil room saja, tak amik pakej utk lunch dan dinner... Dah plan dengan hubby nak rest pastu jenjalan ke mana kami suka kat dalam resort ataupun kawasan sekitar... ala2 backpackers la kununnya... Mesti seronok kan.... Baju aku bawak pun sume yang santai2 je.. takde masa nak lawa2.. hehehehe... sebab aku ni pakai apapun akan lawa jugak.. huahahuaua... sapa le nak puji diri kita selain diri sendiri kan.. hahahaha...

InsyaALLAH, doakan kami sepanjang perjalanan percutian kami. Nanti bila dah balik, kami akan upload foto2 yg menarik utk tatapan ye... Rasanya memang bergambar sakan kami kat situ... nak simpan kenangan kan... kenangan bila berdua, honeymoon la.... nnt dah ada anak kenangan bersama anak pulak.... hehehehe...

So kepada yang pergi bercuti jugak tu BERHATI2 DIJALANRAYA...PANDU DENGAN BERHEMAH... enjoy your holiday dan have fun....!!! SELAMAT BERCUTI SUME....

No comments:

Post a Comment