The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Thursday, May 24, 2012

Imran meniarap

Imran pandai meniarap masa umur 5 bulan, mcm lambat je kan... tak tau le apa yg berat mybe bontot kot sebab bolat sangat sapa suh.... hehehehe.... Alhamdulillah, berkat minum susu badan ibu ye!













Imran 5 months old

Muhammad Imran Shazany berumur 5 bulan.

Imran 1 month old

Alhamdulillah, Imran membesar dengan sihat dan sempurna serta aktif. Ibu berpantang selama 3 bulan di Bentong. Seronoknya duk umah jaga baby.... Bersyukur sangat2 Imran takde banyak ragamnnya. Imran anak yang baik....

Ceritera Imran

Episod hidup seorang wanita apabila telah berkahwin adalah menjadi IBU, Selepas 6 bulan perkahwinan aku telah disahkan oleh Doktor bahawa aku sudah mengandung. Sepanjang aku mengandung, bersyukur aku kepada ALLAH SWT kerana dipermudahkan segalanya. Kesihatan aku baik tanpa ada alahan yg teruk tapi biasa lah bila time ngandung ni lah diabetis nak jadi kawan. Masa kandungan umur 8 bulan, doktor detect uri aku dibawah tapi masih tahap 1. Sebaik mungkin aku menjaga kesihatandan membataskan pergerakanan ku tapi ALLAH dah tentukan aku bleeding minor pada 11 Ogos 2011 iaitu Ramadhan ke 11. Sepantas kilat suamiku membawa ku ke hospital. Tanpa disangka2 aku kena admitted, seumur hidup aku tak pernah admit ke hospital walaupun 1 hari. Semua ini bagaikan 'HARI INI DALAM SEJARAH' padaku.

Tuesday, January 17, 2012

Happy New Year 2012

Selamat Tahun Baru 2012 kepada sume....
Semoga tahun ini memberi keberkatan kepada kita semua dan memberi sinar cahaya yang cemerlang.
Amin....


Friday, December 23, 2011

Imran dah 4 bulan






Thursday, December 8, 2011

Imran Bolat.. bam...bam...

Amboi, lamanya tak 'hapdet' blog ni kan... Almaklumla kebizian melanda selepas berholiday selama 3 bulan. Start je keje dah ada keje yang menanti. Sabar je lah! Nak buat camner, orang harapn di opis... hehehe.. ye la tuh, kunun....!!! Alhamdulillah, bersyukur pada ALLAH.. baby saya dah nak masuk 4 bulan dah... membesar dengan sihat dan aktif, so far takde kena demam dan selsema... Ibu berdoa Imran sentiasa sihat dan kuat ye...

Ini ada foto Imran umur 3 bulan.. sebelum cukur rambut jadi botak dan selepas cukur....

Foto masa Raya korban, kami beraya di Klang...


On the way balik ke Bentong selepas berhari raya di Klang.




 Muka selepas cukur rambut... botak licin...

 Tido meniarap... pipi tembam, mulut tak leh tutup...


 Foto paling latest masa gi menghantar kenduri kaklong kat baling, kedah.




Thursday, September 29, 2011

Our Precious

Inilah dia permata hati kami....

MUHAMMAD IMRAN SHAZANY BIN MOHD SHAFFRI


Cerita Ramadhan & Syawal

Wahh.. lama betul tak update blog saya ni. Bukan sebab malas or lupa tapi memang tidak berksempatan kerana macam yang telah terjadi. Pada bulan August tu Abah mertua saya telah menjalani operation prostat, takde yang serius cuma langkah awal bagi mengelakkan bengkak tu menjadi kanser. Menurut Doktor, penyakit ini adalah biasa dikalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Setiap lelaki akan menghidapi penyakit ini jadi untuk elakkan dari menjadi serius iaitu kanser so better dibuat operation. Abah kena stay kat Hospital PPUM  for almost 1 week so kami berdua ulang alik setiap hari untuk melawat Abah & Mama yang menjaga Abah.

Tuesday, July 26, 2011

Kadar Zakat 2011

Jangan lupa jalankan kewajipan anda untuk membayar zakat.