The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Friday, July 23, 2010

RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah".


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.



Credit to : Kapt Hapidi bin Hussin

http://maf.mod.gov.my/masjid%20page/Rahsia%20Jumaat.htm


Tuesday, July 20, 2010

Perkahwinan ku - 4th July 2010


Masa malam berinai, aku memakai baju songket mak yang dah dismpan oleh mak selama lebih 20 tahun... masih elok lagi... kualiti kain dolu2 mmg bagus.....

Masa akad nikah... hanya dengan sekali lafaz je lelaki ini telah menjadi suami ku yang sah... inilah dia MOHD SHAFFRI BIN MOHD AZAMI...

Menunggu ketibaan suamiku untuk bersanding diatas pelamin yang indah... kekekkekee.... Baju sanding ini adalah rekaan dan dijahit oleh sepupu ku Roziana. Thanks Ana...sume kata baju cantik... huahahahua....

Ketibaan suamiku disambut dengan paluan kompang.... alahai bagai pinang dibelah 2 lah... hehehhe..... orang kata sama cantik sama padan.. mudahan2... Alhamdulillah.... Kaler tema di bentong adalah Hitam dan putih...

Masa di rumah klang, balik awal untuk menghadiri majlis Aqiqah anak buah suami ku....


Persandingan ku di rumah suami ku di Klang pakai kaler merah putih.... hehehhee... org kata lawa dan seksi bajunyer...

Kehidupan selepas berkahwin

Apakah kehidupan selepas berkahwin??? Adakah berubah? Adakah sama je? Adakah takde berubah langsung???

Erm.. its depend pada cara org yg mencorakkan life tu sdri... If dia berkehendakkan life tu sama as single... sama je la rasanya... If dia rasa nakkan pembaharuan then dia akan merasai the new life tuh.... If dia mau certain berubah mengikut kehendaknya maka itulah yang dia dapat....

Pada aku... ada perbezaan skit kehidupan selepas kahwin dan masa bujang dulu. Masa bujang ingat diri sdri dan family je... tapi bila berkahwin kena fikir suami dulu dan bertambah keluarga menjadi 2. Itu tak menjadi masalah pada aku tapi adakala perkara2 yg kita rasa mudah bila diambil mudah akan menjadi masalah plak so kena pandai fikir2 kan dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kelaurga mentua aku anggap macam family aku sdri tapi kena faham karakter masing2 dan scenario family tu sdri. Pepatah melayu dah berkata - " Masuk kandang lembu, mengembuuuuu..... Masuk kandang kambing... mengembekkkkkk...." begitu lah yang akan aku lakukan tp bukanlah mengembek dan mengembu tuh.... pendek akal la plak camtu.... kekekekkee...

2 family ini mempunyai karakter dan suasana yg amat berbeza.... Family aku yg ramai mmg la meriah dan agak bingit jika berkumpul reramai tapi itu lah best nyer.... Family mertua plak suasana nyer agak senyap kerana ahli keluraga tak ramai.. yang akan memeriahkan hanyalah cucu2 yg 2 beradik tu je.... hehehehee... tp dah cukup memeriahkan rumah mertua ku....

Hal attitude plak, masa bujang aku agak malas skit... tapi bila kahwin dah rajin buat sume wlpun tak sume.. tp aku enjoy to doing it... hope lasting la peel aku tuh.... hehehhehe.... Masa bujang tak fikir hal org lain tp dah kahwin kena fikir perasaan hubby ku tercinta... kena jaga makan minum nyer... sedangkan aku masa bujang tak fikir pasal makan pun sbb tu la kurus kot... hehehehe... Kehidupan tu mula teratur la...

Life after married ni, stakat ini aku rasa bahagia kerana ada orang yang mencintai dan menyayangi diri ku... huhuhuhuu.... kami buat keje sama2... kemas umah sama2, masak sama2, makan sama2 dan macam2 la kami buat bersama... seperti masa kami bujang2 dulu.... mmg kami buat bersama2 keje apapun... hope kaedah itu akan kami lakukan smpi bila2 nnt.... InsyaALLAH....

Kepada suami ku... semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kita... sayangilah dan cintai lah diriku seperti dulu di masa sekarang dan akan datang... I love u....

Marriage life

Salam,

Dah lama sangat tak update my blog coz quite bz with my conference, wedding, family activities.... Alhamdulillah on 4th July 2010, selamat sudah sy menjadi seorang isteri kepada suami ku, Mohd Shaffri. Termeterai la sudah aku janji sumpah setia kami berdua dahulu untuk membahagiakan life masing2 berpaksikan agama kami. InsyaALLAH, akan berusahalah kami untuk menjadi pasangan yang terbaik. Amin...

Aktiviti pada 3rd July 2010 adalah majlis khatam Al-Quran oleh anak2 buah ku serta marhaban oleh kumpulan ibu ku.. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn meriah dan mudahan2 diberkati olehNYA.

Pada 4th July 2010 jam 10 pagi berlangsung la pula majlis akad nikah... lafaz akad dan nikah itu disahkan pada jam 10.19am mengikut jam di video camera sy tu la.... dalam round that time la kan... Alhamdulillah sumenya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Diharapkan, kehidupan kami suami isteri akan diberkati dan dirahmati olehNYA hingga kekal abadi bahagia ke akhir hayat kami berdua bersama anak2 kami dan kedua keluarga kami. Tiada lain yang kami inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan akhirat..... InysaALLAH... Amin....

Wednesday, June 2, 2010

Big Event of the Year 2010

Dengan segala Hormatnya, saya menjemput kepada semua kenalan2 saya ke majlis Walimatul urus saya yang akan diadakan pada 4th July 2010 (Ahad) dialamat KT 307 Ketari, 28700 Bentong, Pahang. Diharapkan dengan kehadiran kalian akan memeriahkan majlis saya ini. Dan doakan juga kebahagiaan kami berdua hingga kekal ke akhir hayat.

Kad Kahwin, Alamat dan peta majlis di rumah lelaki

Kad Kahwin, Alamat dan peta ke Majlis rumah perempuan (Rumah saya la tuh!....)

Event 15th - 16th June 2010

This coming 15th - 16th June 2010, akan ada satu International Conference di IIUM. Conference ini organize by Law Centre la so aku adalah salah seorang kaki tangan nyer. Aku bab2 Printing2 ni la.. aduyai... bab ni la paling leceh... coz nak make sure sume information mesti dapat cepat ... coz nak print ni amik masa skit... aduyai... pening kopalo den!

This conference called INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC BANKING AND FINANCE:CROSS BORDER PRACTICE AND LITIGATIONS. Will be held at Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia on 15th - 16th June 2010.

Hoping that still ramai lagi yang nak register... late comers... moga ramai la crowd nnt on that day.... After the event, i will bz with my another big event.. event of my life.... huhuuuuu... i have 2 weeeks to settled everything for my wedding day... perghh.... chaiyyoooolkkkk.... InsyaALLAH everything gonna running smoothly.... MUdahan2.. Amin...

Wednesday, April 21, 2010

Bz betul.....

Salam Semua.... lately aku bz dgn macam2... keje la... majlis aku la... aktiviti sosial aku la... berpoya2... hai... macam2 la... rasa mcam tak cuku prehat pun ye jugak.... bila nak rehat je ada je kena buat.... tak kira le kat opis ke kat umah ke kat mana2..... sabar jelah....

Masa awal bulan april hari tu aku kena keje ada preview tp sebelum nak menzahirkan previu tu sume kena la buat apa yang patut so mmg la byk keje... tapi takpe aku suke.. at least bleh membantu aku improve cara kerja aku. Asal aku hepi dengan cara keje aku dan selesaikan segalanya then takde apa yg aku kisah.... hehehehe...

Pastu anak sedara aku masuk ward.. si Aisha debab tu la, kecut dah badan dia... sian dia. Demam suhu tinggi sangat.. suspected denngi tapi nasib baik bukan cuma demam biasa je.. Alhamdulillah... tapi kena la juga stay kat ward 2 3 hari..

Pastu hari tu aku g jumpe sepupu aku kattaman bolton g fitting baju, tunggu 1 lagi baju je.. pastu aku takde nak pikior dah sgt.. brg2 yg lain sume keje beradik aku..dema yg suh aku jgn fikir so aku tak fikir la... kekekekee.... bukan apa kalau aku byk fikir mmg la stress dan tensen so akan mudah naik hanginnnnn... hehehehe... sian dema... sabar jelah kan....

Now, aku sibuk dgn International Conference ni plak.... ambohaiii... fenin pun ada.. biasalah bila bab nak printing2 ni nak kena proof read la.. chek sana sini la.. pastu nak tukar itu ini.. huhuhhhuhuuuu..... stress ooooo..... aduhai....

semoga segala urusan aku dipermudahkan olehNYA.. InsyaALLAH.... AMin....

Friday, March 26, 2010

Trip to Langkawi - Day 4 (Last Day)


Dah dalam flight nak balik... fly kul 545pm tapi delay so gerak kul 600pm... smpi Subang kul 7pm lebih gitu... balik umah tunanganku jemput kat Subang dan antar ke cheras.. Thank you Ayang...


Gerak ke flight yang menunggu kedatangan kami nak berangkat pulang...


Barisan beg2 staf, masa datang sume kempis2 dan kecik je.... bila balik sume beg jadi besau2 belaka...


Sampai kat airport, tengah beratur untuk check in... and boarding....


Berfoto sebelum check it out.... heheeheheee....


Masa ini dah siap berkemas..... Bergambar sakan sebelum balik...


Kak Yati dan Farish... comel Farish ni.... baik je dia... senyap dan banyak meragam...


Aktiviti hari last kat Langkawi adalah berenang di pantai dan swimming pool.... sakan mandi..

Trip to Langkawi - Day 3


Selepas breakfast sume menunggu bas di depan lobby untuk aktiviti seterusnya percutian dengan melawat tempat2 menarik yang di Langkawi ini.


Ambil menunggu sambil berborak.... dan melihat gelagat anak2 masing2..


Ini adalah Hotel Holiday Villa & Spa, Langkawi... hotel yang kami tinggal untuk 4 hari 3 malam...


Selepas bas sampai destinasi pertama adalah Cable Car Gunung Mat Chincang. Punyalah tinggi ketar rasa kaki nak naik ni.. aku naik 1 cable bersama Kak Zaidah, Kelaurga Shidi & Keluarga Hamdan.


Berfoto bersama kak Zaidah dan farish yang comel... di ketinggian 700 meter atas aras laut...


Ini adalah jambatan gantung kat atas tu tapi kami tak naik sebab kesuntukan masa... dan juga takut sebenarnya...


Destinasi seterusnya adalah Beras terbakar... dah kurang dah beras nyer.. kalau kuis2 pun tak mudah jumpa macam dulu2...


Berfoto bersama Bro. fadzriel di depan papan maklumat dan contoh beras terbakar. Selepas ke beras terbakar ni kami makan tengahri kat Restaurant Siam.. sedap gak... abis sume makanan, almaklumla laporrrrr.....


Selepas lunch kami gerak ke underwater world.... bleh tahan la tapi takleh compare dengan aquaria kat KLCC.. yang more better... Berlakon kunun bergambar di atas pergunungan berais... sejuk le konon menggigil....


Antara kehidupan yang dipaparkan kat dalam underwater world.. obor2 ni... lawa giler....tapi merbahaya.... kalau terkena benda ni ubatnya adalah air kencing.... Selepas melawat underwater world ni kami terus balik ke hotel untuk berehat dan prepare untuk Dinner with Show...


Dinner malam ini adalah dengan Cultural show sekali. Nice jugak... sambil makan sambil joget.. huhuhhuuuu... utk memeriahkan suasana diorg bagi wisel.. tiup la bila2 nak tiup....


Menu malam tu adalah BBQ style... aku pun apa lagik... nampak plak udang kara... ketam.. lamb chop... beef steak... sume telan.. kenyang dah macam ular sawa plak... tapi rugi plak coz aku makan sepinggan je malam tuh... takde tambah2 pun...


Alamak.. kak zaidah & Hamdan joget lambak la... cewaaahhhhhh....lepas hajat nampak!!! Teringin ye...

Trip to Langkawi - Day 2


MasyaALLAH, kebiruan.... sejuknye mata memandang... kebesar ciptaan ALLAH SWT.


SUBHANALLAH... comelnyer la model nih... anak sapa la ni... kekekkee...


Anak Hamdan, si Muqri Hadif... tengah lepak2... macam Abang Besar je...... geram betul.. badan semangat pastu mulut tengah bising....


Masing2 tengah lepak tepi pantai menunggu bot untuk buat Island Hopping.. masa masing2 dah siap breakfast kat Hotel...


Inilah dia bot yang kami tunggu... 1 bot hanya untuk 12 orang saja....


Aku dan roommate kat hotel... Kak Zaidah.... inilah 2 orang anak dara yang tinggal.. yang lain dah jadi Mak orang je...


Destinasi pertama adalah Pantai Beras Basah... once landing je terus snap foto aku la....


Bergambar kat signage Pantai Beras Basah.....


tengok betul2.... tu la dia dayang bunting yang berbaring... ada sejarahnyer Tasik Dayang Bunting nih....


Tu dia... inilah Tasik Dayang Bunting... nak ke situ kena naik turun bukit.... ni sayup2 kat atas bukit... blum abis turun tangga lagik nih...


Tempat jualan... mahal bleh tahan... ye lah itu le satu2 nyer kedai... dalam hutan plak tuh.... sapa nak niaga weh!!


Lepas penat harung bukit bukau di Tasik Dayang Bunting tu, time for lunch plak... tapi ni kat tempat lain.. another Island.. tak tau le kat mana nih...


Makan seafood tak hengat... udang, ketam, ikan, ayam pun ada..... tapi kurang kenyang sebab takde nasi.... almaklumla perut melayu mmg camni... Lepas lunch terus balik Hotel.... ready for the next agenda....


Aktiviti petang plak adalah TELEMATCH.... macam2 games kami kena main... aduhai....


Games 1 - Lari dalam guni
Games 2 - Lari bawa timun
Games 3 - Lari bawa paip PVC
Games 4 - Tarik Tali
Games 5 - Isi air dalam botol


Last Aktiviti adalah main bola tampar pantai.... kaum pompuan tak main juz duk tepi jadi penonton.


Aktiviti pada malam pula adalah Karaoke competition, complimentary untuk sume staf.. dr boss smpi staf.. huhhhu.... aku punkena nyanyi, lagu Francesca Peter.. kerna terpaksa....


Sebelum competition dimulakan ada majlis sambutan besday untuk staf dan family yang lahir pada bulan Jan-Mac.... so ramai la.... pastu nyanyi lagu besday ramai2...


Fulamak our Director... feeling abis..... berbaloi la coz 2nd place... kekekeke....