The Potrayal of Happiness -
"Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"

Tuesday, August 3, 2010

2010 Holiday

Last week kami semua satu family gi holiday ke Cherating. Kami g on 31/07/2010 - 01/08/2010. Kami stay kat satu resort ni, Mercu Beach Resort. Bagi kami juz nice la tempat dia... sempoi je... yang penting pantai dia ok, luas, pasir putih, bersih dan sesuai untuk kami buat games. Family member yang joint the holiday ni terdiri dari:-

1. Family Embong
2. Family Ngah
3. Family Ri
4. Family Jali
5. Family Kamar + Parent Kak Nisa
6. Family Yip
7. Family Zura + Mak Abg Sudin
8. Family Aku Yan & new member (My beloved Hubby)
9. Ciktot
10 Our beloved Mummy
** Family De (Last minutes tak dapat joint coz tetiba Malina demam panas)

Family Ri dah g dulu ke Mercu coz nak tengok anak bujang dia, Along Ashraf kat umah sewanyer. Jali & Zura gerak Jumaat malam lepas keje, diorg tido Sg. Panching dulu. Yang bertolak dari Bentong pada Sabtu pagi adalah Yip, Anak2 Ngah dan kon dgn hubby. Mak, Ngah dan Embong gi ke jengka dulu menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku.. G mengantor la.... lepas kenduri tu baru gerak ke Cherating.

Gerak dari bentong dalam kul 1030am, sampai ke kuantan lepak Teluk Cempedak dulu... jenjalan ke Zoo kuantan dulu baru gerak ke Cherating. Sampai sana dalam kul 230pm. Check in dulu.. masuk barang dalam bilik, lepak makan rambutan dan langsat kat depan room... kekekekeke... 1 row chalet tu kami sume konker.... dah kenyang so lepak masuk bilik relax jap... tak sedar dah kul 5 lebih. Bangun mandi dan terus ke pantai untuk mulakan telematch.

Start telematch kul 6pm sampai le kul 7 lebih. Hari dah gelap gulita sebab mendung nak ujan dan angin kuat masa tuh.... Games sume ada lebih 5 games untuk setiap kategori.. syiok la.. lawak tul... sambil bersukaria sambil exercise.. kuar la jugak peluh.... tahun ni sume amik part sume acara.... Sporting... Abangah pun sporting abis kali nih.. CAyalah.....

MAlam plak g dinner kat restoran luar.. nasib baik dekat je dengan resort tuh... selepas keletihan bermain apalagi perut pun lapar... Lepas makan aktiviti lain adalah tengok penyu bertelur di Turtle sanctuary, jarak perjalanan amik masa dalam 15-20 min la... Penyu ni tak tentu naik ke adarat ke tidak tapi juz try our luck je... Staf situ kata akan ada naik tapi lambat.. Penyu tu tak SMS lagi.... Nak tgu penyu SMS lambat la pulak so kami decide balik ke resort coz sume dah penat dan ngantuk.... Balik bilik sume meghetuh.... kroohhh....kroohhhhh....

Pagi ahad, aktiviti pagi adalah breakfast dulu pastu terjun kolam... dah puas terjun sume gi mandi pantai plak. Pelbagai aksi ada kat laut tuh... ada yang nak belajar timbul la.... berenang berirama la.... trapung la.. mcm2 la... Dah puas mandi, majlis penyampaian hadiah kepada pemenang diadakan. Mula2 kat bawah pokok tapi makin lam makin banyak plak tebuan so berubah tempat. Rupenya ada sarang dia kat atas pokok besar tuh...

Sesi penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pun ada juga.... macam2 hadiah apa.. yg best, yang lawak, yang cikai pun ada tapi sume hepi dan syiok je.... asal dapat hadiah sudah bagus.... Lepas selesai sume, siap packing untuk check out plak... Check out dia kul 12 noon. Dah check out, discuss plak nak gi mana.. last2 decide nak g Sg. Panching umah mak abg sudin untuk makan lunch.... so berkonvoi la kami ke sana.... cuma ri dankamar je yang tak sebab masing2 ada hal lain. Kat umah Abg sudin puas makan ikan fresh, buah rambutan sedap giler... pastu langsat lagik.. pergghhh...puas hati!!

errmmm... everytime kalau spend time dengan family kon memang meriah dan bahagia je rasanya... Family kami besar dan sume sepakat... InsyaALLAH kesepakatan tuh akan terus utuh ye... Mudahan... Pastu kepala masing2 sume gila2... itu yang mebuatkan meriah dan hingar bingar tuh... kepada suami ku.. hope ayg bleh terima peel sorg2 kami dalam family nih... This is our family....



Monday, July 26, 2010

Maher Zain




Friday, July 23, 2010

Pulau Ketam @ Crab Island

Dimanakah Pulau Ketam??? ermm... actually dekat je di Klang... dekat2 dan ke arah Pelabuhan Klang. Kenapa Pulau Ketam isu hari ini kerana last week, itulah destinasi percutian aku bersama Hubby dan familyku yg tersayang. Holiday kali ini Abangah aku yang ajak semua, actually plan nak pegi masa selepas kenduri Kahwin aku di Klang tapi kerana terlalu ramai yang konvoi so plan itu di postponed ke minggu depannya. So dapatlah aku dan hubby aku joint the club... hehehehee....

Permulaannya memang tertanya2 kat mana Pulau Ketam ni dan apa aktiviti yang ada kat sana? Tengok dalam web takde banyak info tentang Pulau Ketam ini. Kalau ada pun hanyalah sebuah perkampungan cina. Agak risau juga.. tapi apa yang penting aku dapat spend time with all my family. Aku gi sana pada 17th July - 18th July (2 days). Kami pakat berkumpul di RnR awan besar jam 11am, kami lah peserta paling awal... hehehee....excited tuh nak g jenjalan. Setelah sume korum cukup so kami gerak ke Jeti Pulau Ketam kul 11 lebih. Korum yang g adalah family Embong, family Ngah, family Ri, family Kama, family Zura, me & Hubby, mak dan ciktot. maybe dalam 20 org gitu la...

Kat jeti, member Abangah dah tunggu untuk ke pulau tu, sekali tengok naik speed boat... wahhh..... aku suker.... mencabar tuh!!! Bayangkan dalam lebih 20 orang naik speed boat so sume rasa suspen... tp best dan excited.... Naik boat lebih kurang amik masa 30min la.. panorama sepanjang perjalanan naik bot memang syiok.. nampak hutan bakau, kapal kontena berlabuh, boat2 kecil etc.... sampai ke tempat yang dituju tu sebuah jeti persendirian di perkampungan cina. Pelik jugak sbb sume cina... cina tu pun pelik tgk kami ni agaknya. Melayu dari mana la nih... kekekkeee... Perkampungan kat situ sume atas air, syiok wooo..... smpai terus chek in kat lodge.... nak ke lodge tu kena lalu tepi2 rumah orang... Lodge tu ada 7 bilik so cop la room masing2...

Yang menarik disini adalah transportation utama masyarakat disini adalah BASIKAL so kami yang jakun ni macam orang tak penah jumpa basikal, mengayuh kesana ke sini... yang seronok mestilah bebudak... tapi tak kira budak kecik or dewasa sume mcm tak penah naik basikal, kelakar giler...

Aktiviti di Pulau Ketam

Aktiviti yang ada disini yang kami lakukan adalah memancing, tengok boat, lepak tepi jeti, tengok nelayan naikkan ikan n udang, berbasikal dan berjalan ke pekan. Best la sebab new experience for us untuk holiday kali ni. Selalu lepak2 makan2 tepi pantai, shoping2... kali ni tidak... juz abih kan masa lepak dan berjalan2 melihat kehidupan masyarakat lain... serta memancing... syiok wooo bila dapat ikan nih....

I think this is the best honeymoon i've ever had... no need something romantic but the most important is the quality time that i spend with my beloved hubby and my precious family. Maybe the best honeymoon could be the family day on this 31st.... maybe.... kita tungguuuuu....

Foto @ Pulau Ketam:-







RAHSIA JUMAAT

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat


Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.


Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah".


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.


Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.


Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).


Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.



Credit to : Kapt Hapidi bin Hussin

http://maf.mod.gov.my/masjid%20page/Rahsia%20Jumaat.htm


Tuesday, July 20, 2010

Perkahwinan ku - 4th July 2010


Masa malam berinai, aku memakai baju songket mak yang dah dismpan oleh mak selama lebih 20 tahun... masih elok lagi... kualiti kain dolu2 mmg bagus.....

Masa akad nikah... hanya dengan sekali lafaz je lelaki ini telah menjadi suami ku yang sah... inilah dia MOHD SHAFFRI BIN MOHD AZAMI...

Menunggu ketibaan suamiku untuk bersanding diatas pelamin yang indah... kekekkekee.... Baju sanding ini adalah rekaan dan dijahit oleh sepupu ku Roziana. Thanks Ana...sume kata baju cantik... huahahahua....

Ketibaan suamiku disambut dengan paluan kompang.... alahai bagai pinang dibelah 2 lah... hehehhe..... orang kata sama cantik sama padan.. mudahan2... Alhamdulillah.... Kaler tema di bentong adalah Hitam dan putih...

Masa di rumah klang, balik awal untuk menghadiri majlis Aqiqah anak buah suami ku....


Persandingan ku di rumah suami ku di Klang pakai kaler merah putih.... hehehhee... org kata lawa dan seksi bajunyer...

Kehidupan selepas berkahwin

Apakah kehidupan selepas berkahwin??? Adakah berubah? Adakah sama je? Adakah takde berubah langsung???

Erm.. its depend pada cara org yg mencorakkan life tu sdri... If dia berkehendakkan life tu sama as single... sama je la rasanya... If dia rasa nakkan pembaharuan then dia akan merasai the new life tuh.... If dia mau certain berubah mengikut kehendaknya maka itulah yang dia dapat....

Pada aku... ada perbezaan skit kehidupan selepas kahwin dan masa bujang dulu. Masa bujang ingat diri sdri dan family je... tapi bila berkahwin kena fikir suami dulu dan bertambah keluarga menjadi 2. Itu tak menjadi masalah pada aku tapi adakala perkara2 yg kita rasa mudah bila diambil mudah akan menjadi masalah plak so kena pandai fikir2 kan dulu sebelum membuat sebarang keputusan. Kelaurga mentua aku anggap macam family aku sdri tapi kena faham karakter masing2 dan scenario family tu sdri. Pepatah melayu dah berkata - " Masuk kandang lembu, mengembuuuuu..... Masuk kandang kambing... mengembekkkkkk...." begitu lah yang akan aku lakukan tp bukanlah mengembek dan mengembu tuh.... pendek akal la plak camtu.... kekekekkee...

2 family ini mempunyai karakter dan suasana yg amat berbeza.... Family aku yg ramai mmg la meriah dan agak bingit jika berkumpul reramai tapi itu lah best nyer.... Family mertua plak suasana nyer agak senyap kerana ahli keluraga tak ramai.. yang akan memeriahkan hanyalah cucu2 yg 2 beradik tu je.... hehehehee... tp dah cukup memeriahkan rumah mertua ku....

Hal attitude plak, masa bujang aku agak malas skit... tapi bila kahwin dah rajin buat sume wlpun tak sume.. tp aku enjoy to doing it... hope lasting la peel aku tuh.... hehehhehe.... Masa bujang tak fikir hal org lain tp dah kahwin kena fikir perasaan hubby ku tercinta... kena jaga makan minum nyer... sedangkan aku masa bujang tak fikir pasal makan pun sbb tu la kurus kot... hehehehe... Kehidupan tu mula teratur la...

Life after married ni, stakat ini aku rasa bahagia kerana ada orang yang mencintai dan menyayangi diri ku... huhuhuhuu.... kami buat keje sama2... kemas umah sama2, masak sama2, makan sama2 dan macam2 la kami buat bersama... seperti masa kami bujang2 dulu.... mmg kami buat bersama2 keje apapun... hope kaedah itu akan kami lakukan smpi bila2 nnt.... InsyaALLAH....

Kepada suami ku... semoga kebahagiaan akan sentiasa bersama kita... sayangilah dan cintai lah diriku seperti dulu di masa sekarang dan akan datang... I love u....

Marriage life

Salam,

Dah lama sangat tak update my blog coz quite bz with my conference, wedding, family activities.... Alhamdulillah on 4th July 2010, selamat sudah sy menjadi seorang isteri kepada suami ku, Mohd Shaffri. Termeterai la sudah aku janji sumpah setia kami berdua dahulu untuk membahagiakan life masing2 berpaksikan agama kami. InsyaALLAH, akan berusahalah kami untuk menjadi pasangan yang terbaik. Amin...

Aktiviti pada 3rd July 2010 adalah majlis khatam Al-Quran oleh anak2 buah ku serta marhaban oleh kumpulan ibu ku.. Alhamdulillah majlis berlangsung dgn meriah dan mudahan2 diberkati olehNYA.

Pada 4th July 2010 jam 10 pagi berlangsung la pula majlis akad nikah... lafaz akad dan nikah itu disahkan pada jam 10.19am mengikut jam di video camera sy tu la.... dalam round that time la kan... Alhamdulillah sumenya dipermudahkan oleh ALLAH SWT...

Diharapkan, kehidupan kami suami isteri akan diberkati dan dirahmati olehNYA hingga kekal abadi bahagia ke akhir hayat kami berdua bersama anak2 kami dan kedua keluarga kami. Tiada lain yang kami inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan akhirat..... InysaALLAH... Amin....

Wednesday, June 2, 2010

Big Event of the Year 2010

Dengan segala Hormatnya, saya menjemput kepada semua kenalan2 saya ke majlis Walimatul urus saya yang akan diadakan pada 4th July 2010 (Ahad) dialamat KT 307 Ketari, 28700 Bentong, Pahang. Diharapkan dengan kehadiran kalian akan memeriahkan majlis saya ini. Dan doakan juga kebahagiaan kami berdua hingga kekal ke akhir hayat.

Kad Kahwin, Alamat dan peta majlis di rumah lelaki

Kad Kahwin, Alamat dan peta ke Majlis rumah perempuan (Rumah saya la tuh!....)

Event 15th - 16th June 2010

This coming 15th - 16th June 2010, akan ada satu International Conference di IIUM. Conference ini organize by Law Centre la so aku adalah salah seorang kaki tangan nyer. Aku bab2 Printing2 ni la.. aduyai... bab ni la paling leceh... coz nak make sure sume information mesti dapat cepat ... coz nak print ni amik masa skit... aduyai... pening kopalo den!

This conference called INTERNATIONAL CONFERENCE ON ISLAMIC BANKING AND FINANCE:CROSS BORDER PRACTICE AND LITIGATIONS. Will be held at Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws, International Islamic University Malaysia on 15th - 16th June 2010.

Hoping that still ramai lagi yang nak register... late comers... moga ramai la crowd nnt on that day.... After the event, i will bz with my another big event.. event of my life.... huhuuuuu... i have 2 weeeks to settled everything for my wedding day... perghh.... chaiyyoooolkkkk.... InsyaALLAH everything gonna running smoothly.... MUdahan2.. Amin...