The Potrayal of Happiness - "Keluarga Yang Bahagia Membawa Keberkatan Dalam kehidupan Itu Sendiri"
Thursday, September 29, 2011
Cerita Ramadhan & Syawal
Wahh.. lama betul tak update blog saya ni. Bukan sebab malas or lupa tapi memang tidak berksempatan kerana macam yang telah terjadi. Pada bulan August tu Abah mertua saya telah menjalani operation prostat, takde yang serius cuma langkah awal bagi mengelakkan bengkak tu menjadi kanser. Menurut Doktor, penyakit ini adalah biasa dikalangan lelaki yang berusia 50 tahun ke atas. Setiap lelaki akan menghidapi penyakit ini jadi untuk elakkan dari menjadi serius iaitu kanser so better dibuat operation. Abah kena stay kat Hospital PPUM for almost 1 week so kami berdua ulang alik setiap hari untuk melawat Abah & Mama yang menjaga Abah.
Tuesday, July 26, 2011
TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN
10 TIPS MAKAN DI BULAN RAMADHAN
- 1. Berbuka dengan membaca doa.
- 2. Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2 biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
- 3. Bolehlah makan nasi & "noodles"
- Nasi "Noodles"
- Nasi putih Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
- Nasi ulam Koayteow }
- Nasi kerabu
- 4. Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
- 5. Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
- 6. Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
- 7. Berhenti makan sebelum kenyang.
- 8. Lebihkan minum air.
- 9. Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
- 10. Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan adalah seperti berikut:
- Nasi putih Oats/ Nestum
- Roti/ Ban Buah-buahan/ Kurma
- Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

- "BADAN SIHAT RAMADHAN BERKAT"
- Credit to : Disediakan oleh Klinik Kaunseling Obesiti Pusat Kesihatan, Program kampus Sejahtera
Ramadhan Al Mubarak
Alhamdulillah Ramadhan bakal menjelma lagik... Aku bersyukur kerana dipanjang umur buat masa ini kerana diberi peuang untuk melalui suasana dan beramal ibadat pada bulan Ramadhan akan datang. Marilah kita bersama2 mengumpul segala kebaikan dan pahala sepanjang bulan Ramadhan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga kita mendapat 1001 kebaikan dan rahmat sepanjang bulan Ramadhan.
Happy Birthday & Happy Anniversary
Pada 3 julai 2011 yang lalu, cukuplah umur 32 tahun... Alhamdulillah sepanjang umurku ini aku berasa begitu diberkati dan aku bersyukur dengan segala limpah kurnia dari ALLAH SWT kepadaku... Aku benar bersyukur... Tiada lain yang ku inginkan hanyalah kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.
Kepada suami ku tercinta, Terima Kasih atas limpahan Kasih sayangmu kepada ku.... Aku bersyukur mempunyai suami sepertimu... Semoga kehidupan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat bersama anak2 dan cucu kita nnt. InsyaALLAH, Amin.... Selamat Hari Ulang Tahun 1 perkahwinan kita.....
Kepada suami ku tercinta, Terima Kasih atas limpahan Kasih sayangmu kepada ku.... Aku bersyukur mempunyai suami sepertimu... Semoga kehidupan kita kekal abadi hingga ke akhir hayat bersama anak2 dan cucu kita nnt. InsyaALLAH, Amin.... Selamat Hari Ulang Tahun 1 perkahwinan kita.....
Monday, June 13, 2011
Tragedi di Kampung
Pada hari khamis bersamaan 9 jun 2011, jam 530 pagi kami terima panggilan telefon dari mak mertua ku dari Klang. Kami ni memang suspen kalau terima call pagi2 subuh2 gitu memang la bad news. Masa tu kami masih membuta lagi dengan deruan dengkuran krooh.....kroohhh.... baik punya...!!! Dan sememangnya betul, kami dapat berita rumah nenek sedara kami di rembau hangus terbakar. Hati berbelah bahagi nak cuti kecemasan ke or camner, selepas fikir2 family come first maka kami pun decide amik le cuti kecemasan tu. Terus bangun mandi, solat dan bersiap terus ke klang coz nak bawa mama n abah gi skali.
On the way gi, disebabkan perut aku masuk angin maka kami pun drive thru kat McD bli le breakfast meal utk kami berdua.. sambil makan sambil drive... oklah tu... manja gitu hubby ku makan disuap...
Berbalik kepada citer tragedi kebakaran tu, rumah wan tu rumah pusaka, dibina pada tahun 1962 oleh moyang mereka dengan kudrat sdri tulang 4 kerat. Takde maknanya nak suh cina buat, sume buat sdri beb... Masa aku gi tengok umah tu sume orang yang penah membesar kat umah tu sugul je... mana taknya rumah tu la tempat mereka bermain masa kecik2 dulu. Tempat mereka berkumpul ramai2 anak beranak... sekarang tu sume hanya tinggal kenangan.
Bersyukur, wan achik selamat sebab takde kat rumah tu, kebetulan dia berada di KL untuk menghadiri majlis perkahwinan cucu sedaranya. Wan achik tinggal sehelai sepinggang tapi nasib bak sume dokumen berharga macam geran tanah, IC dll ada disimpan ditangan dia.
Ini ada foto untuk tatapan sume...
Wednesday, June 8, 2011
Pregnancy time
Ini aku nak citer tentang bila selepas disahkan oleh Doktor bahawa aku tengah mengandung anak sulong. Mula2 memang tak tau nak buat gapo sebab takde experience kan so banyak dpt info dari kekawan yg dah menjadi ibu2 dan bapa2 nih. Dapat detect aku ngandung ni masa baby dlm perut berumur 5 minggu. Masa tu gi official check kat klinik di kampung ku di Bentong.
1st thing kena buat bila gi klinik desa ni kena register dulu kena bawa IC sdri dan suami dan juga sijil nikah yang asli. Pastu baru isi butir2 di buku pink tu. The most important is kena ingat bila date 1st day period yang last skali sbb doktor tu nak calculate due date kita. Bila dah isi butir2 tu kat buku pink, kita kena bagi sample urine, darah, berat dan tinggi. Banyak giler dia amik darah kat lengan pulak tuh... sakit wooo....
Selepas 1st check up ni, klinik tu akan tentukan monthly check up kita bila mengikut date2 dan time2 yang dipersetujui. Aku pilih nak buat check up setiap hari khamis jam 8.00am so far OK je, takde la lama sangat nak check up kat klinik area umah nih... Yang penting sampai2 je kat klinik terus gi toilet utk sample urine pastu tunggu le nombor giliran bila.... and then just enjoy the moment je....
Inilah dia rupa bentuk buku pink tu.....
Jenis darah kon A positive....
Masa scan ni baby umur 5 bulan so tak brape clear lagi... lagipun scan tu pun zaman batu punya...sabar je lah.
Baby pun sorok2 jantina dia...
Pipi aku dah tembam masa ni... baby umur 6 bulan dah... berat tak timbang lagi.... yang kompom lebih 60kg...
Inilah rupe terbaru kon.... kembang skit la.... almaklumla orang ngandung memang le gini kan.... Yang penting kecomelan ku terserlah..... kekekkekee....
Monday, June 6, 2011
Memories...
Ada something yang funny dan memorable untuk nak di kongsi bersama semua... Wajah aku masa Sekolah Rendah... Aku bersekolah di Sekolah Rendah Sungai Marong dari darjah 1 sehingga darjah 6... Muka macam kartun je masa ni... kekekkeee...
Foto ni aku donlod dari FB kawan skolah rendah ni la.. nama dia Feroze Afandi... Hengatkan takde jumpe dah gambo2 gini, rupenyer he stil keep it..... Lawak betul la...
Foto ni masa Darjah 5 or 6 gitu, kami gi rombongan ke Penang...
Ini pulak foto kelas masa darjah 5 merah... Cikgu kelas Puan Parameswari.
Foto kelas ni masa darjah 4 merah. Barisan cikgu tu dari kiri Ustazah Khalijah, Cikgu tu tak hengat nama dia, Puan Sarawathy, Guru Besar Cikgu Abdul Rani, Puan Parameswari, Cikgu melayu ni tak hengat jugak tapi kawan mak smpi la nih....
Foto kelas darjah 1 merah bersama cikgu Saemah.. garang giler cikgu nih... Dah pencen pun dan masih ada lagi dia sekarng ni tp kurang sihat dah.
Foto kelas masa darjah 3 kot... tak hengat dah... Cikgu tu pun tak hengat nama dia... Mr. Ho rasanya...
Happy time masa lepas UPSR... apa lagik aktiviti nyer adalah main....sakan la.... Buruk giler muka aku masa ni tp maintain comel...
Masa ni adalah lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Klaau tak silap masa darjah 2 atau 3 gitu la...
Thursday, May 26, 2011
Aku nak jadi Ibu dah....
Wah... dah lamanyer tak update blog ku ini.... Kehidupan agak bz dengan macam2 peristiwa dan agenda. Segala macam perkara kehidupan biasa menjadi luarbiasa lately. Kehidupan selepas berkahwin benar2 menjadikan aku bukan biasa tapi luarbiasa. Fuhhhh.....
Starting December 2010, kehidupan ku akan berubah dimana akan hadirnya permata hati kami berdua. Aku telah disahkan pregnant... aku dapat rasakan perubahan pada diri ku maka dengan senang hati nyer aku pun buat le pregnany test sdri kat umah tapi agak kecewa dengan result pada test yang pertama iaitu pada 10 Dec 2010 jam 745pm, result dia negative sebab 1 garis je yang kuar... hehhehee.... . Aku test ni sebab terasa period ku dah lewat beberapa hari.
Test yang kedua aku buat pada seminggu kemudian iaitu 17 Dec 2011, kali ini aku buat test pada waktu pagi jam 745am. Aku ada baca yang time gitu la kandungan dalam urin kita bagus utk test2 pregnant nih. Kami berdua melihat dengan debaran... ada kelihatan 2 garis tapi garisan kedua tak brape clear.. so antara pasti dan tidak la pulak... guano nyer.... tapi kami tak putus asa tetap mencuba lagi test tu. Aku decide nak buat test ketiga sebulan selepas test kedua tu.
Pada 20 Jan 2011 jam 10.30am, kami berdua buat test ketiga... kelihatan 2 garisan yang benar2 clear.. Alhamdulillah, suspen jugak.. Perasaan masa tu happy + suspen sebab tertanya2 pada diri dah bersediakah utk menjadi ibubapa... dah ready ke aku dari fizikal dan mental... selepas tertanya2 pada diri... aku bersedia la nak jadi mak.... hehehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)




































