Monday, July 26, 2010
Friday, July 23, 2010
Pulau Ketam @ Crab Island
Permulaannya memang tertanya2 kat mana Pulau Ketam ni dan apa aktiviti yang ada kat sana? Tengok dalam web takde banyak info tentang Pulau Ketam ini. Kalau ada pun hanyalah sebuah perkampungan cina. Agak risau juga.. tapi apa yang penting aku dapat spend time with all my family. Aku gi sana pada 17th July - 18th July (2 days). Kami pakat berkumpul di RnR awan besar jam 11am, kami lah peserta paling awal... hehehee....excited tuh nak g jenjalan. Setelah sume korum cukup so kami gerak ke Jeti Pulau Ketam kul 11 lebih. Korum yang g adalah family Embong, family Ngah, family Ri, family Kama, family Zura, me & Hubby, mak dan ciktot. maybe dalam 20 org gitu la...
Kat jeti, member Abangah dah tunggu untuk ke pulau tu, sekali tengok naik speed boat... wahhh..... aku suker.... mencabar tuh!!! Bayangkan dalam lebih 20 orang naik speed boat so sume rasa suspen... tp best dan excited.... Naik boat lebih kurang amik masa 30min la.. panorama sepanjang perjalanan naik bot memang syiok.. nampak hutan bakau, kapal kontena berlabuh, boat2 kecil etc.... sampai ke tempat yang dituju tu sebuah jeti persendirian di perkampungan cina. Pelik jugak sbb sume cina... cina tu pun pelik tgk kami ni agaknya. Melayu dari mana la nih... kekekkeee... Perkampungan kat situ sume atas air, syiok wooo..... smpai terus chek in kat lodge.... nak ke lodge tu kena lalu tepi2 rumah orang... Lodge tu ada 7 bilik so cop la room masing2...
Yang menarik disini adalah transportation utama masyarakat disini adalah BASIKAL so kami yang jakun ni macam orang tak penah jumpa basikal, mengayuh kesana ke sini... yang seronok mestilah bebudak... tapi tak kira budak kecik or dewasa sume mcm tak penah naik basikal, kelakar giler...
Aktiviti di Pulau Ketam
Aktiviti yang ada disini yang kami lakukan adalah memancing, tengok boat, lepak tepi jeti, tengok nelayan naikkan ikan n udang, berbasikal dan berjalan ke pekan. Best la sebab new experience for us untuk holiday kali ni. Selalu lepak2 makan2 tepi pantai, shoping2... kali ni tidak... juz abih kan masa lepak dan berjalan2 melihat kehidupan masyarakat lain... serta memancing... syiok wooo bila dapat ikan nih....
I think this is the best honeymoon i've ever had... no need something romantic but the most important is the quality time that i spend with my beloved hubby and my precious family. Maybe the best honeymoon could be the family day on this 31st.... maybe.... kita tungguuuuu....
Foto @ Pulau Ketam:-
RAHSIA JUMAAT
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat
Amalan Sunat Hari Jumaat
Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.
Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah".
Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.
Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan
Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"
Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.
Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).
Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.
Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.
Credit to : Kapt Hapidi bin Hussin
http://maf.mod.gov.my/masjid%20page/Rahsia%20Jumaat.htm
Tuesday, July 20, 2010
Perkahwinan ku - 4th July 2010

Kehidupan selepas berkahwin
Marriage life
Wednesday, June 2, 2010
Big Event of the Year 2010
Event 15th - 16th June 2010
Wednesday, April 21, 2010
Bz betul.....
Friday, March 26, 2010
Trip to Langkawi - Day 4 (Last Day)
Dah dalam flight nak balik... fly kul 545pm tapi delay so gerak kul 600pm... smpi Subang kul 7pm lebih gitu... balik umah tunanganku jemput kat Subang dan antar ke cheras.. Thank you Ayang...
Gerak ke flight yang menunggu kedatangan kami nak berangkat pulang...
Barisan beg2 staf, masa datang sume kempis2 dan kecik je.... bila balik sume beg jadi besau2 belaka...
Sampai kat airport, tengah beratur untuk check in... and boarding....
Berfoto sebelum check it out.... heheeheheee....
Masa ini dah siap berkemas..... Bergambar sakan sebelum balik...
Kak Yati dan Farish... comel Farish ni.... baik je dia... senyap dan banyak meragam...
Aktiviti hari last kat Langkawi adalah berenang di pantai dan swimming pool.... sakan mandi..


